Thursday, May 23, 2013

Samsung Galaxy S4 Workshop

Hi Korang,

Mesti ramai yang sakit hati pasal aku dapat Samsung S4 ni kan.

Alah janganlah sedih. Nanti sampaikan turn korang gak, cuma kuatkan sket kerajinan membelog ye.


Aku dapat invite dari Samsung Malaysia untuk ke Samsung Galaxy S4 Workshop ni. So pepagi sabtu tu ktorg dah sampai ke Suka KL kat One Residency ni. Cantiknya tempatnya, kawasan banyak tourist rupanya. 

Ramai gak blogger yang datang, tapi semua aku kenal la so senang sket nak borak kan.


Ktorg diberikan Samsung S4 sorang satu, yelah untuk familiarization kan. Bukak kotak dan trus godek-godek sket mana yang tau. Setakat amik gambar buat video pandai lah aku kan. 


So basically workshop ni, ajar ktorg more details function dalam S4 ni. Bukan setakat amik gambar, facebook, instagram, video rupanya banyak lagi function yang best-best. Kalau nak citer semua kat korang jawabnya sampai esok entry ni tak abis kan.



Makan pun sedap gak tau. Korang tengok je lah Keek aku ni.

Then kena sign borang sket. Rupanya dapat review S4 ni. Yeah rasa nak lompat je tapi kene cover sket, kang orang kata poyo plak kan. eehee


Dah beberapa hari S4 ni jadi Life Companion aku, memang syiok di kendung kemana saje sampai masuk tandas pun nak bawak gak kan. Boleh main candy crush sambil buat apa yang patut... iskk pengotor betul la.

Cam biasa,
korang kalau ada menda nak suruh aku review pasal smartphone terbaru dari Samsung ni bagi tau aku ek.. Aku akan sedaya upaya melaksanakannya...

ok chow..



  

Wednesday, May 22, 2013

Resipi Kek Batik Comot


Hi Korang,

Aku memang tak pandai masak.

Kalau setakat untuk makan berdua lepas lah, tapi nak masak dalam quota kenduri tu mintak maaf la ek. Ilmu amat kurang di dada lagi.

So hari tu, memang teragak sangat nak makan kek batik ni. Gara-gara si Sumijelly la ni, dia post gambar kek batik ni kat Instagram. Terus aku tergoda di buatnya.

Nak pi beli bahan, malas plak. So terus selongkar apa yang ada kat dapur comel aku ni.


Inilah bahan-bahannya:-

Milo (tapi aku guna Milo 3 in 1)
Susu tin
Butter (aku guna butter yang sapu kat roti tuh)
Esen Vanilla sket
Biskut Marie (aku guna biskut JACOB’s Weetameal)

Aku tak ikut sukatan pun, pakai agak-agak je dari resipi yang aku cilok kat Google ni. Memintak tuan punya resipi tak marah ek coz aku alter resipi dia ni sket.

Cara masak :-


Cairkan butter dan masukkan semua bahan kecuali biskut di atas dapur. Kacau sampai sebati, jangan sampai melekat pekat ye. Tutup api. 


Kemudian tuang dalam casserole yang beli kat Langkawi tak pernah pakai ni secara berlapis-lapis biskut.Tak kisahlah korang nak hancurkan ke tak ek. Terpulang pada si tukang masak.


Dah siap sampai abis, pi masukkan dalam fridge dan sejukkan sampai 4 jam. Kalau tak sabar, pi makan yang cair-cair tu jelah.


Di sebabkan aku main hentam keromo je buat kek batik ni, hasilnya pun cam tu gak lah.Walaupun tak cantik tapi sedap dan ada rasa lemak-lemak masin sket kata Mr Big. Dia makan 10 ketul selebihnya aku bawak pi office kasi bebudak ni rasa dan komen.


Last-last diorg yang kasi nama KEK BATIK SLOOPY ye..

Kalau korang nak tiru boleh but sukatan agak-agak sendiri la ek. Aku tak pandai nak sukat...

Chow



Wordless Wednesday - Paling Comel

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Ok ok siapa paling comel?

korang rasa yang mana ek.... pada aku haruslah si molly tu kan.. sebab dia tu dah la gemuk pemalas plak tuh. Mr Big tak yah kira la dia memang paling comel no. 1 kan...

ehhehee...