Thursday, May 16, 2013

Teruja Dengan Benda-Benda ULTRA!

Hi Korang,

Lately ni ada banyak menda ULTRA yang aku suka

Ye ko..

Bila nama ULTRA haruslah sesuatu yang unik, canggih dan meletops korang.

Meh layan video ULTRA ni ek





Ini merupakan  Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook yang terbaru dah tercanggih sekali. Ia di ilhamkan daripada Intel. Sangat nipis. Seriau plak aku menengoknya.

Sangat detachable dan ultraportable. Touch centricnya sangat awesome.

Tak caya?

Cuba layan sekali lagi video tuh ek. Tak payah nak tunggu DJ yang buat assistant pun boleh dengan adanya Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook nie.

Manyak syiok oooo...


Bag Of Love ‘Earth Month’ April Edition


Hi Korang,

Ingat tak aku pernah citer pasal aku received Bag of Love last month. Ermm mestilah ingatkan coz bagnya yang sangat comel kan. So this month aku dapat lagi, yeah. I love it!

So ini dia,



Bag Of Love, Earth Month April Edition


Tau tak yang beg di diperbuat daripada sehelai canvas yang telah pun dicuci dan di letakkan sekali tag comel. Walaupun nampak cam tak berapa nak lawa but beg ni heavy duty woi, banyak barang berat yang di isi tau.

Meh kita tengok apa yang ada dalam beg comel ni




1. Decleor Hydra Floral Moisturising Cream (RM271 for 50ml)

Ni tube 15ml je. Cara pakai sapu je siang dan malam selepas muka dibersihkan.




2. Nuxe Brightening BB Cream SPF30/PA+++ (RM120 for 30ml)

Titikkan kat dahi, hidung, dagu dan pipi. Sapu dan ratakan seluruh muka.Macam pakai krim muka yang lelain gak.




3. The Body Shop Quiet Night Dreamy Pillow & Body Mist (RM59 for 100ml)

Ini best, memang senang nak buat korang tidur. Spray kat badan ke, bantal sebelum tidur. Memang nyaman je rasanya. Selesa



4. Burt's Bees Richly Replenishing Cocoa & Cupuacu Butters Body Lotion (RM62.80 for 170ml)

Sapu kat memana yang korang suka tapi aku sapu kat badan lah. Wangi macam bau rasberries, macam nak makan pun ada.


5. Phytojoba Intense Hydrating Shampoo (RM88 for 200ml)

Nama sample tapi saiznya besar. Haruslah suka kan. Kalau bawa pi travel best ni, confirm tak tumpah kan.




6. Definite Contour Brush (RM88)

Masa previous bag, dapat Definite Face Blending Brush kali ni plak dapat Contour brush. Ianya lembut dan blend je bila pakai kat muka. Tak de lah nampak comot kan



Bagi aku:-

Banyak brand yang aku tak pernah dengar ada dalam bag yang penuh kasih sayang ni. Barang-barang yang ada dalam bag sangat variety tak tertumpu pada satu jenis produk je.Aku paling suka Pillow Mist tu coz aku ni payah sket nak lelap mata but once dah cuba spray kat bantal ermm terus lena dibuai mimpi yang indah beb!. Amat berbaloi dengan harga lah orang kata.

Syiok kan.

Itulah memang worth it kalau korang subscribe  Bag of Love ni. Memacam produk kecantikan berjenama yang korang boleh dapat.


Nak subscribe? Meh ikut instruction kat bawah ni

Subscribe for a month at RM39.90 each, 
or RM119.70 for 3 months dapat hadiah misteri 
or RM478.80 for 12 months dan bulan ke-13 dapat PERCUMA!

Meh check it out kat www.bag-of-love.com


 Facebook: fb.com/Bag-Of-Love




Ermm memang berbaloi-baloi sungguh !

Korang cuba la ek!


Wednesday, May 15, 2013

Satay Celup Di Tepian Tebrau


Hi Korang,

Saje je nak tunjuk kat korang gambar ni

Aku pun tak tau nak describe makanan ni namanya ape? Kalau Mr Big dia panggil celup-celup, kalau adik aku di panggil yong tau foo berkuah dan kalau anak sedara aku panggil satay angry bird sebab one of the satay tu dibentukkan menjadi angry bird.

Kelakar kan tapi itulah taktik marketing untuk target orang ramai specially kanak-kanak.

Tak caya? Ni aku tunjukkan satay angry bird ni


Betul kan.

Actually masa ktorg pi Johor Bahru baru-baru ni, ye semua orang tak perasan pun coz aku tak update. Alah family matters pi balik hari je pun sempatlah dinner kat Tepian Tebrau sebelum balik Melaka.


Ada pelbagai jenis satay yang korang boleh pilih, samada nak makan fishball type ke yang mentah pun ada macam kerang, sotong, isi ikan kan. Tak kan makan mentah plak, celup dalam air panas yang mengelegak tu beberapa minit dan masak lah. Ada 3-4 jenis sos yang boleh dipilih macam kuah kacang, kuah yong tau foo, sup, cili pedas dan ada lagi lah.


Aku kalau ke sini cuma makan satay celup ni tapi berkuah sup, barulah Johorean style. Mr Big dia makan cam tu je, cicah kuah kacang.



Harga plak secucuk tu bermula 80sen hingga tu RM4 cam tu lah. Kalau korang amik sotong ke, udang ke mahal lah. Kalau setakat fishball-fishball ni murah je.


Rasanya kat KL ni pun dah melambak orang jual but aku tak berapa nak jumpa lagi yang mana sedap. So far yang kat Tepian Tebrau ni still paling sedap satay celup yang aku makan.

Kiranya ni bukan food review ye, sesaje nak citer je ni

Ok chow..

Eh lupa-lupa, korang tau ke tak apa satay celup ni ? kalau tau baguslah tapi kalau tak tau meh google.com ek..