Wednesday, May 15, 2013

Satay Celup Di Tepian Tebrau


Hi Korang,

Saje je nak tunjuk kat korang gambar ni

Aku pun tak tau nak describe makanan ni namanya ape? Kalau Mr Big dia panggil celup-celup, kalau adik aku di panggil yong tau foo berkuah dan kalau anak sedara aku panggil satay angry bird sebab one of the satay tu dibentukkan menjadi angry bird.

Kelakar kan tapi itulah taktik marketing untuk target orang ramai specially kanak-kanak.

Tak caya? Ni aku tunjukkan satay angry bird ni


Betul kan.

Actually masa ktorg pi Johor Bahru baru-baru ni, ye semua orang tak perasan pun coz aku tak update. Alah family matters pi balik hari je pun sempatlah dinner kat Tepian Tebrau sebelum balik Melaka.


Ada pelbagai jenis satay yang korang boleh pilih, samada nak makan fishball type ke yang mentah pun ada macam kerang, sotong, isi ikan kan. Tak kan makan mentah plak, celup dalam air panas yang mengelegak tu beberapa minit dan masak lah. Ada 3-4 jenis sos yang boleh dipilih macam kuah kacang, kuah yong tau foo, sup, cili pedas dan ada lagi lah.


Aku kalau ke sini cuma makan satay celup ni tapi berkuah sup, barulah Johorean style. Mr Big dia makan cam tu je, cicah kuah kacang.



Harga plak secucuk tu bermula 80sen hingga tu RM4 cam tu lah. Kalau korang amik sotong ke, udang ke mahal lah. Kalau setakat fishball-fishball ni murah je.


Rasanya kat KL ni pun dah melambak orang jual but aku tak berapa nak jumpa lagi yang mana sedap. So far yang kat Tepian Tebrau ni still paling sedap satay celup yang aku makan.

Kiranya ni bukan food review ye, sesaje nak citer je ni

Ok chow..

Eh lupa-lupa, korang tau ke tak apa satay celup ni ? kalau tau baguslah tapi kalau tak tau meh google.com ek..



Wordless Wednesday – Gajah Bersama Tuannya


Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week



Bukan main banyak plak gajah belaan Mr Big ni ek

Ishk

abis aku sape nak bela nie... uhuuuuuhuu...



Tuesday, May 14, 2013

Country Chic Steak Kenny Rogers Roasters

Hi Korang,

Ayam ayam dan ayam. Seminggu tak pekena ayam memang tak sah.


sila abaikan pompuan rambut serabai tuh, baru balik dari site lah

Sekali lagi dapat jemputan ke food review di Kenny Rogers Mid Valley ni. Di jemputnya berdua but yang datang cuma sorang je. Aku lah tuh. Mr Big tak sempat balik lagi pun aku pi naik train je dari opis, malas nak bawak kereta time hujan-hujan ni.


Malam tu ktorg di hidangkan dengan Country Chic Steak, menu terbaru dan terlatest dari Kenny Rogers. Bila tengok dalam menu rasa tempting tu tak sampai lagi, then bila yang betulnya di hidangkan, ermm wow rasa sangat awesome.

daGing ayam tebal

creamy musHroom sauce

Country Chic Steak ni merupakan boneless chicken yang dihidangkan ala steak yang di perap dengan rempah tersendiri dan dihidangkan dengan sos cendawan berkrim ala macam béchamel sauce gituh. Eh orang tau masak, mesti lah tau pasal pasal sos-sos orang putih ni. 


Menu ini di hidangkan bersama 3 hidangan sampingan (side dishes) dan juga signature dish muffin Kenny Rogers dengan harga RM20.90 je. Okla tu dapat ayam, 3 side dish dan 1 muffin.


So ayam dah ada, side dish aku Golden Carrot dan Corn, Garden Pasta Salad dan Potato Salad. Malas nak amik aromatic rice coz ngantuk naik train nanti.

Meh tengok Keek aku yang tak seberapa ni ek

Kenyang oo…


Di samping tu ada gak minuman baru yang amat bersesuaian sekali bersama hidangan Country Chic Steak ni. ada 3 jenis pilihan minuman iaitu:


  • Breezy Island – Campuran buah-buahan menyegarkan dan nenas
  • Kiwi Kisses – Mulakan hari dengan kiwi berperisa.
  • Veryberry Wave – Perisa segala jenis berries macam strawberries, rasbery, blueberries.

Setiap satu berharga RM9.90 je. Aku pilih Breezy Island coz nak segarkan badan setelah mengadap ayam yang awesome tu kan.


Korang yang tak kaki makan pedas, elok cuba Country Chic Steak ni. Memang sesuai dengan tekak korang lah. Tapi yang kaki pedas pun boleh makan gak, sekali sekala tukar angina tak de salahnya.

Ok itu je


Layari laman web www.KRR.com.my untuk dapatkan maklumat tentang aktiviti dan promosi terkini oleh Kenny Rogers ROASTERS, atau boleh juga layari Facebook.com/KRR.My.

Terima kasih pada team Kenny Rogers yang sudi menjemput ktorang makan di sini ye...

Nanti kalau ada menu terbaru dari Kenny Rogers ni aku bagitau kat korang tau..