Tuesday, May 14, 2013

RWGenting YNOT Graffiti Art Finale @ Genting Highlands

Hi Korang,

Mesti bebudak team Genting marah kat aku coz terlampau lama tak terpost entry ni kan.

Sila maafkan aku kerana faktor usia yang meningkat.


Ok sebelum tu, meh BACA tentang GRAFFITI entry yang aku pernah tulis sebelum. Kalau dah baca then baru faham ye.


Selama 2 hari 1 night ktorg berkampung di Genting Highlands. Yang best tu boleh bawak partner sekali, so Mr Big geared up semua photography gadget dia, which is aku langsung tak tau apa-apa barang yang dia bawak.


DAY 1

Ktorg bertolak dari Wisma Genting dalam kul 9am cam tu. Majoriti bloggers muda remaja je yang ramai. Blogger remaja purba aku jelah. Hehehehe.. itulah suka join aktiviti orang muda kan. Sesampai je terus ktorg dibawa ke main stage kat Outdoor Theme Park tuh.


Pass all access tuh, hebatlah. Jalan je ke mana yang korang suka kan.






Ktorg tengok para pelukis graffiti ni bukan main profesional lagi melukis kan. Cantik-cantik plak tu tau


First show ada BMX bike performance, hah ko angkat atas bawah kiri kanan basikal tu dibuatnya. Kemudian ada fashion show dari rain coat tapi dah digraffiti kan. Comel gak.






Ada plak live telecast untuk HITZ.FM, itu yang jumpa JinnyBoy ni. Anak mak la dia ni, siap mak temankan. Dah dengar suara masuk radio, kita main game plak. Yeah, aku tak menang pun dapat goodies bag pun jadilah kan.


Ok pi makan kat Happy Valley Restaurant, sedap tuh pekena Chinese food tengah sejuk-sejuk kan



Check in bilik kat First World Hotel, cantik biliknya. Rasanya diorg baru renovate, bau cat wangi lagi. Rehat kejap buat apa yang patut then turun bawah balik.







First time nak rasa Songkran Water Festival tu apa tau. Rupanya pesta air yang di sambut secara besar-besaran di Thailand tapi Genting brought it here. So tak yah pi Thailand kan. So main air dan buih sabun beramai-beramai di puncak yang sedia ada sejuk tuh. Dah rasa cam bebudak pun ada, its fun.

Dah basah-basah, naik bilik then prepare for dinner.


Dinner at Coffee Terrance at Genting Hotel. Sedap betul makan kat situ. Boleh makan salmon sesuka hati yeah, rainbow cake pun sedap.








Lepas berjalan balik ke main stage kat Outdoor Theme Park, tengok show Elecoldxhot. Diorg dance guna baju LED light tu. Best kan, tengok kat Keek aku tuh. Mesti korang teruja lah.

Sebelum naik bilik tu, lepak dulu kat Starbucks pekena hot chocolate. Enak pekena time sejuk-sejuk ni. Naik bilik terus tidur dek kerana kepenatan satu hari ni kan

DAY 2

Sebab tidur awal so bangun awal lah. Pepagi lagi ktorg turun kat First World Cafe ni, sementara nak tunggu bebudak lain, ktorg jejalan dulu dalam mall. Sunyi je maklumlah theme park belum start lagi.


Ok pi breakfast jap.




Abis sarapan, terus ke main stage lagi ada performance Elecoldxhot dan video shooting untuk Genting pun advert. Seronok bukan main lah diorang. Bukan main banyak pose aku perasan sebab aku pun cam tu gak lah. Nanti aku buat special entry untuk bebudak kaki dance ni ye, korang tolonglah ingatkan.

Tak sabar nak tunggu video Harlem Shake tu siap ye





Lepas lunch, terus siap-siap untuk balik ke KL. Aku perasan dalam bas semua bebudak ni berbungkang tidur. Alah cakap orang, aku pun sama gak. Penat wei, rasanya lebih dari 10 tawaf satu Genting Highland ni


Memang seronok outing ke Genting Highlands kali ni, memacam yang ktorang explore.


Anyway, thanks to Genting team coz sudi ajak ktorg ke sini, hopefully lepas ni ada lagilah event sebegini.

Hehehhehe go Genting!

Monday, May 13, 2013

English Hi Tea at Teaffani Patisserie, Parkamaya


Hi Korang,
Yeah, dapat jemputan ke English Hi Tea.. best..

Cafe Teaffani Patisserie yang terkenal dengan mobile afternoon tea caterer dan tempat yang aku pi kat Fahrenheit ni merupakan cafe pertama diorang.

Walaupun terletak di tingkat 3 dan agak ke dalam sket but locationnya cafe memang sesuai lah. Let’s say kalau korang dah penat-penat shopping kat area Parkamaya ni, korang boleh lepak dan chill di sini. Biasalah orang-orang perempuan ni banyak menda nak citer kan
Jom tengok setting up cafe ni







Cantik tak? Haruslah amat bersesuaian dengan tema dan konsep ala inggeris


Ktorg di hidangkan dengan Teaffani Pastisserie High Tea Set, Cuma berharga RM49.90 per set untuk 2 orang.

Menu Hi Tea set ni gabungan di antara savouries dan sweets. So kalau nak manis boleh savoury pun boleh.
Ni di antara menu yang dihidangkan

Raisin Scones and Jam

Sandwiches

Tiramisu
                                     
Orange Pudding


Brownies

Carrot Cakes

Macarons

Chicken Quiche

And of course a pot of tea

Menarik kan. Baru tengok gambar dah mengiurkan, inikan plak bila makan.



Sambil makan-makan tuh, ktorg di perkenalkan dengan Rachel tuan punya Teaffani Patisserie ni. Cantik orangnya kan. So dia ceritalah mengenai cafe comel dia ni.

Betul-betul macam cikgu kan



ladies..

Now sambung makan dan bercamwhore lagi.



Ok kalau korang nak ke sini, ni alamatnya    
                 
Teaffani Patisserie
Parkmaya 3rd Floor,
Fahrenheit 88,
147 Bukit Bintang, KL. 




Ktorg dapat buah tangan dari Rachel, almond rocher.  Sedap sangat,dalam sekelip mata je aku boleh habiskan.


Eh, ada lagi. Dapat lovely ointments dari Lullabelle. Nanti aku citer lagi pasal minyak angin ni hehehhe

Anyway terima kasih to The Butterfly Team dan Teaffani Patisserie Ms Tammy dan Ms Rachel for this special treatment. Really-really chill up coz aku dapat jumpa ramai lagi beauty bloggers dan diorg bebaik belaka tau ♥


Comel kan ktorang...