Monday, May 13, 2013

Neutrogena Deep Clean Facial Wash untuk Kulit Sihat Dan Cantik


Hi Korang,

Ni ada facial wash terbaru keluaran Neutrogena bagi korang yang sukakan bauan fruity-fruity tau.

Aku petik dari PR media yang sudi share pasal produk ni



Jenama penjagaan kulit No. 1 yang paling disyorkan* oleh ahli dermatologi, Neutrogena®, melancarkan dua siri baharu di bawah rangkaian Deep Clean® – iaitu Neutrogena®Brightening Mulberry dan Neutrogena® Revitalizing Pink Grapefruit.


 Pembersih muka Neutrogena® Deep Clean yang menyeri dan menyegarkan kulit dengan ekstrak mulberi dan limau gedang

“Di Neutrogena®, kami percaya bahawa kulit yang bersih ialah langkah pertama untuk kulit yang sihat dan cantik.  Dengan siri pembersih muka baharu kami yang diperkaya dengan ekstrak mulberi dan limau gedang merah jambu, rangkaian Neutrogena® Deep Clean®  kini membersihkan kulit secara mendalam, serta menyegar dan menyerikan kulit.  Produk ini memberi perbezaan ketara dan menjadikan kulit sihat dan cantik sebagai keutamaan," kata Karen Ong, Pengarah Pemasaran Bersekutu, Johnson & Johnson Sdn Bhd.

Ekstrak mulberi di dalam Neutrogena® Brightening Mulberry membantu menyerlahkan kulit yang jelas cerah dan berseri, manakala sari limau gedang merah jambu menanggalkan sel-sel kulit mati agar kulit nampak lebih muda dan sihat.




Seperti semua pembersih muka yang berasaskan teknologi Neutrogena® Deep Clean®, dua siri baharu ini juga berkesan menanggalkan 99 peratus kekotoran, minyak, bendasing dan sel-sel kulit mati, menjadikan kulit bersih, segar dan sihat.

Kedua-dua siri ini merupakan pembersih muka buih ultra yang membersih jauh ke dalam pori-pori dengan buihnya yang halus dan kaya, yang terbentuk apabila keluar daripada botolnya; dan pembersih skrub yang mempunyai butiran pengelupasan halus untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.  Kedua-dua cara ini berkesan untuk menyerlahkan wajah yang lebih berseri dan segar dari dalam.   

“Siri Brightening Mulberry dan Revitalizing Grapefruit ini juga diuji oleh ahli dermatologi bagi ciri bebas minyak, bebas alkohol dan tidak menyumbat pori-pori.  Komitmen kami ialah memberi pelanggan kulit yang sihat dan cantik dengan formulasi yang mesra kulit.  Itulah sebabnya kami merupakan jenama nombor satu yang disyorkan oleh pakar kulit di seluruh dunia,” tegas Ong.

Berikan kulit anda keserian dan kesegaran yang anda idamkan!  Rangkaian Neutrogena®Deep Clean® Brightening Mulberry dan Revitalizing Pink Grapefruit boleh didapati di farmasi-farmasi utama di seluruh negara. 




Untuk maklumat lanjut tentang Neutrogena® dan produknya, sila layari dan “like” Facebook Neutrogena® Malaysia di www.facebook.com/MyNeutrogena.


Korang yang masih lagi tercari-cari apa produk yang sesuai dengan kulit muka korang, why not cuba yang ni. Nanti kalau aku ada dapat produk ni untuk review, aku citer kat korang ek.

Chow…

Sunday, May 12, 2013

Nasi Lemak Bonda di Hari Ibu

Hi Korang, 

Cam biasa, weekend memang tak de masa mengadap buku note ni.

Banyak betul aktiviti bersama blogger dan family.

Semalam baru je abis shooting dengan #buddyzAizat di Taman Tasik Titiwangsa kemudian dengan weddingnya lagi dan malam family gathering.

Memang letih tapi sempat layan TV sampai kul 3pagi. 

TV dengan aku memang tak dapat dipisahkan.

So pagi ni, mama siapkan nasi lemak kupang untuk ktorg berlima untuk breakfast. Haruslah sedapkan, air tangan ibu. Memang terbaik!

So sempena Hari Ibu ni, aku cuma nak cakap Selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu yang menyambutnya especially kepada omak den, omak mertuo den, makcik-makcik den dan mummy bloggers yang aku sayang...

Selamat Hari Ibu dan Happy Sunday Korang!




Friday, May 10, 2013

Naik Lori 2 Jumaat Lepas

Hi Korang,

Ini cerita 2 minggu lepas.

Korang yang ada perasan kat facebook aku pasal nie mesti tau citer.


Ye kereta meragam lagi dan kali ni kena kat Bukit OUG. Mak oi memang sedih tak terkata.


Tapi aku berjaya settlekan semuanya sendiri tak yah Mr Big tolong pun. Dia cuma tukang arrange workshop mana nak pi je.

Korang tengok lah keek aku ni ek


Seronok gak naik lori tu tau, pemandangan luas. Dari jauh dah boleh nampak jem ke traffic light kan. Tapi abang tow truck to sombong sket, tak nak senyum pun so malas aku nak keek pasal dia la.

cantik plak graffiti kat sungai klanG ni

Alah menda nak jadi, nak buat cam ne so bertabahlah

Lagipun satu pengalaman baru bagi aku kan.

Anyway,

Salam Jumaat Korang!