Wednesday, May 1, 2013

Dating Di Hari Buruh

Hi Korang,

Semua orang bercuti hari ni kan. 

Sekali sekala kasilah pekerja berehat kan, asyik bekerja je

Apa lagi, berehat sepuas hati kan umah la ye

Tapi ktorang...


Kuar dating ari ni. Bebudak blogger ni ajak maik bowling plak kat Wangsa Walk. Jap lagi nak kuar la ni


Anyway, 

Happy Labour Day Korang..


Tuesday, April 30, 2013

Hey LAZADA Malaysia, Happy Birthday!


Hi Korang,

Siapa yang kaki shopping online mesti tau Lazada nie kan.


Lazada merupakan online shopping mall yang terkenal di dunia cyber di Malaysia ni. Daripada tablets, cameras, home appliances, produk kecantikan dan kesihatan, barangan sukan, buku-buku hingga ke barangan keperluan bayi semuanya ada di jual di sini.

Memang pun kalau buka website ni, agak terpesona dibuatnya. Mana tak, harganya lebih murah dari pasaran luar. Kita boleh jimat up to 50% dari harga sebenar. Tambahan plak, penghantaran PERCUMA lagi lah bertambah jimat kan.


Aku dapat invite ke 1st Anniversary Party LAZADA ni di Black Box, Publika. Nasib baik terjumpa Deq Noor dan Bro Framestone, kira ada gak member kan.  Duduk ktorg semeja dengan mainstream media yang lain.


Acara di mulakan dengan video presentation, cara-cara team LAZADA berkerja secara live. Dapatlah tengok cam ner diorang handle segala order yang masuk. Nampak begitu efisen sekali.

Ada sedikit speech dari senior management LAZADA


“Based on these three key elements – offering a great range ofproducts, providing an excellent shopping experience and ensuring exceptional customer service, Lazada will inevitably attract more savvy online shoppers” komen Max Bittner, CEO of Lazada Southeast Asia.


Central to its success has been the Lazada Promise campaign, which includes a commitment  to deliver goods to buyers within 48 hours to 78 hours, a best price guarantee when comparing to other key retailers, and 1 14-day hassle-free return policy.


Sempena dengan ulangtahun yang pertama ni, LAZADA akan melancarkan satu aps  iaitu Lazada Smartphone App dan lain-lain e-Commerce aps lagi bagi meningkatkan hasil jualan mereka.

Lepas ni, lagi ramai yang duk bershopping ye tak?

Ok back to party..


Selain daripada makan-makan, ada gak surprise lucky draw. Tapi cam biasa aku kurang bernasib baik lah, its ok. Itu kan nasib so tak kisah sangat lah.


Anyway thank you LAZADA for this special invite and awesome gift yang diberikan. Pakai kotak delivery LAZADA je, tak yah nak dalam paperbag kan. Memacam ada dalam kotak tu tau.

All the best to LAZADA Malaysia...

Ok, meh sambung shopping balik tau..



Istanbul Aku Datang Dengan Turkish Airlines

Hi Korang,


Bukan senang nak ke Satellite Building KLIA ni kalau tak travel ke oversea. Thanks to Turkish Airlines for this special invite.


Merasa jugak lah naik aerotrain ke Satellite Building tuh, best gak. Rasa cam kat oversea plak, keliling penuh dengan foreigner.

Sesampai  je aku di sambut dengan wakil-wakil dari Tourism Malaysia, baggage check kemudian baru boleh masuk ke Gate C2 ni, sementara menantikan first flight dari Istanbul sampai, ktorg minum-minum dengan media yang lain.

Meh aku citer sket secara official ye, so bahasa pun mengikut bahasa rasmi dan formal gituh.


Setelah memiliki rangkaian penerbangan yang keempat terbesar di dunia dan menerokai 221 destinasi penerbangan di 98 buah negara, Turkish Airlines terus berkembang dengan menambahkan  Kuala Lumpur, Malaysia sebagai salah satu destinasinya.


Bermula pada 25hb April 2013 penerbangan pergi balik di antara Istanbul dan Kuala Lumpur akan beroperasi sebanyak tiga kali seminggu pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu.  Tambang pengenalan bagi penerbangan pergi balik dari Istanbul ke Kuala Lumpur ini diletakkan pada harga permulaan sebanyak RM2,140 (termasuk cukai dan yuran perkhidmatan)


Penerbangan sulung TK060 akan berlepas dari Lapangan Terbang Atatürk  Istanbul, pada jam 1.15PM (Waktu Malaysia) ke Kuala Lumpur, dan merupakan penerbangan Turkish Airlines yang pertama ke Kuala Lumpur semenjak tahun 2002, di mana sebelum ini penerbangan tersebut telah menggunakan laluan menerusi Bangkok.  Penerbangan TK060 akan tiba di Gate C2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4.50PM diikuti oleh sambutan penghormatan menggunakan meriam air.

Pesawat A340-300 akan membawa seramai 270 orang penumpang berserta 9 orang anak kapal. Di antara para VIP yang akan menaiki penerbangan ini adalah Ismail Gercek, Ahli Lembaga Pengarah, Turkish Airlines, Mehmet Nuri Yazıcı, Ahli Lembaga Pengarah, Turkish Airlines dan Ahmet OlmuÅŸtur, Naib Presiden Kanan Pengurusan Hasil, Turkish Airlines, Ufuk Ugur, Naib Presiden, Pemasaran dan Jualan, Asia dan Timur Jauh, Turkish Airlines dan Y. Bhg. Dato’ Mirza Mohd Taiyab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.


Ketibaan penumpang akan diraikan dengan persembahan kebudayaan, yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia, dan disambut oleh H.E Ms Serap Ataay, Duta, Turki di Malaysia, Datin Normasila Musa, Pengarah, Divisi Promosi Antarabangsa bagi Amerika, Eropah dan Oceania, Tourism Malaysia, Y. Bhg. Tan Sri Bashir Ahmad, Pengarah Urusan, Malaysia Airports, Y. Bhg. Dato’ Azmi Murad, Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Operasi Malaysia Airports, dan Firat Yildirim, Pengurus Besar, Turkish Airlines Malaysia.



"Kami melihat peluang yang amat besar untuk menghubungkan pengembara yang menjalankan perniagaan mahupun pelancongan di antara Malaysia dan Turki. Sebagai salah sebuah syarikat penerbangan yang paling pesat berkembang di dunia, melalui rangkaian luas yang kami miliki di antara Timur dan Barat, serta mutu perkhidmatan kami yang bertaraf tinggi, kami akan memberikan pengembara keupayaan untuk berhubung, keyakinan yang mendalam serta keselesaan yang mereka impikan,” kata En. Firat Yildirim, Pengurus Besar, Turkish Airlines Malaysia

Y. Bhg. Tan Sri Bashir Ahmad, Pengarah Urusan, Malaysia Airports, berkata, “Malaysia Airports amat berterima kasih kepada Turkish Airlines kerana memilih Kuala Lumpur.  Memandangkan bahawa Turkish Airlines terbang ke lebih banyak negara di seluruh dunia berbanding syarikat penerbangan lain, kelebihan dari segi rangkaian dan perkhidmatan ini akan memberikan manfaat yang sangat besar kepada penumpang dari Kuala Lumpur di mana mereka boleh berhubungan dan mengembara ke pelbagai negara lain melalui Istanbul.  Malaysia Airports mengalu-alukan kedatangan Turkish Airlines ke Kuala Lumpur dan kami yakin bahawa operasi yang mereka jalankan pastinya akan mencapai kejayaan.”


Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Mirza Mohd Taiyab menyatakan kegembiraannya dengan perkhidmatan penerbangan dari Istanbul ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Turkish Airlines, “Tourism Malaysia amat berterima kasih kepada Turkish Airlines kerana memperkenalkan perkhidmatan baru ini di Kuala Lumpur yang bukan sahaja akan menghubungkan Kuala Lumpur dengan Turki tetapi turut menjangkau ke destinasi lain di Negara-negara Eropah yang berjiranan. ‘Kami mendoakan yang Terbaik’ dan berharap agar laluan baru ini akan menjadi salah satu dari laluan antarabangsa popular yang akan menghubungkan dunia kepada bandaraya metropolitan Kuala Lumpur.”

Turkish Airlines menawarkan pelbagai pilihan perkhidmatan semasa di dalam penerbangan mahupun  di luar pesawat  yang akan menjadikan pengalaman terbang bersama syarikat penerbangan ini sebagai sebuah pengalaman unik yang dialami hanya sekali seumur hidup.  Ianya merangkumi perkhidmatan “Flying Chef”, sistem hiburan dalam pesawat digital yang membawakan hampir 450 buah filem dan rancangan pendek, serta lawatan ke bandar Istanbul bersama jurupandu secara percuma bagi penumpang yang sampai ke Terminal Istanbul menaiki perbangan yang bersambungan.


Turkish Airlines juga turut menawarkan akses kepada CIP Lounge yang eksklusif dan dipertingkatkan mutunya bagi penumpang kelas perniagaan, serta pemegang kad Miles&Smiles Elite, Elite Plus dan pemegang kad ahli Star Alliance Gold.  CIP Lounge yang terletak di balai berlepas antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Atatürk, Istanbul, menawarkan kemudahan seperti bilik bersantai peribadi, bilik mandi yang dilengkapi kit dandanan diri yang istimewa, dewan permainan billard, dan sebuah pusat perniagaan.


Jadual waktu penerbangan adalah seperti berikut,

No. Penerbangan
Hari
Berlepas
Ketibaan
TK060
Isnin, Khamis, Sabtu
Istanbul
01:15
Kuala Lumpur
16:50
TK061
Isnin, Khamis, Sabtu
Kuala Lumpur
23:15
Istanbul
05:35

Semua waktu yang dipaparkan adalah mengikut Waktu Malaysia (GMT +8)

Penerbangan di antara kedua-dua bandaraya ini akan ditingkatkan sebanyak empat kali seminggu dengan penambahan penerbangan pada hari Rabu yang akan bermula pada 17hbJun 2013.

Untuk mengetahui jadual penerbangan, sila layari laman web www.thy.com, atau hubungi pusat panggilan kami di +90 212 444 0 849 atau kunjungi mana-mana pejabat jualan Turkish Airlines




Terima kasih kepada Turkish Airlines dan ICON team coz sudi menjemput aku menyaksikan moments yang bersejarah ni dan jugak gelang comel serta replica Turkish Airline plane ni, bertambah lagi koleksi aku.

Hopefully Turkish Airlines more success in future.