Hi Korang,
Bukan senang nak ke Satellite Building KLIA ni kalau tak travel ke oversea. Thanks to Turkish Airlines for this special invite.
Merasa jugak lah naik aerotrain ke Satellite Building tuh, best gak. Rasa cam kat oversea plak, keliling penuh dengan foreigner.
Sesampai je aku di sambut dengan wakil-wakil dari Tourism Malaysia, baggage check kemudian baru boleh masuk ke Gate C2 ni, sementara menantikan first flight dari Istanbul sampai, ktorg minum-minum dengan media yang lain.
Meh aku citer sket secara official ye, so bahasa pun mengikut bahasa rasmi dan formal gituh.
Setelah memiliki rangkaian penerbangan yang keempat terbesar di dunia dan menerokai 221 destinasi penerbangan di 98 buah negara, Turkish Airlines terus berkembang dengan menambahkan Kuala Lumpur, Malaysia sebagai salah satu destinasinya.
Bermula pada 25hb April 2013 penerbangan pergi balik di antara Istanbul dan Kuala Lumpur akan beroperasi sebanyak tiga kali seminggu pada hari Isnin, Khamis dan Sabtu. Tambang pengenalan bagi penerbangan pergi balik dari Istanbul ke Kuala Lumpur ini diletakkan pada harga permulaan sebanyak RM2,140 (termasuk cukai dan yuran perkhidmatan)
Penerbangan sulung TK060 akan berlepas dari Lapangan Terbang Atatürk Istanbul, pada jam 1.15PM (Waktu Malaysia) ke Kuala Lumpur, dan merupakan penerbangan Turkish Airlines yang pertama ke Kuala Lumpur semenjak tahun 2002, di mana sebelum ini penerbangan tersebut telah menggunakan laluan menerusi Bangkok. Penerbangan TK060 akan tiba di Gate C2 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4.50PM diikuti oleh sambutan penghormatan menggunakan meriam air.
Pesawat A340-300 akan membawa seramai 270 orang penumpang berserta 9 orang anak kapal. Di antara para VIP yang akan menaiki penerbangan ini adalah Ismail Gercek, Ahli Lembaga Pengarah, Turkish Airlines, Mehmet Nuri Yazıcı, Ahli Lembaga Pengarah, Turkish Airlines dan Ahmet OlmuÅŸtur, Naib Presiden Kanan Pengurusan Hasil, Turkish Airlines, Ufuk Ugur, Naib Presiden, Pemasaran dan Jualan, Asia dan Timur Jauh, Turkish Airlines dan Y. Bhg. Dato’ Mirza Mohd Taiyab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.
Ketibaan penumpang akan diraikan dengan persembahan kebudayaan, yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia, dan disambut oleh H.E Ms Serap Ataay, Duta, Turki di Malaysia, Datin Normasila Musa, Pengarah, Divisi Promosi Antarabangsa bagi Amerika, Eropah dan Oceania, Tourism Malaysia, Y. Bhg. Tan Sri Bashir Ahmad, Pengarah Urusan, Malaysia Airports, Y. Bhg. Dato’ Azmi Murad, Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Operasi Malaysia Airports, dan Firat Yildirim, Pengurus Besar, Turkish Airlines Malaysia.
"Kami melihat peluang yang amat besar untuk menghubungkan pengembara yang menjalankan perniagaan mahupun pelancongan di antara Malaysia dan Turki. Sebagai salah sebuah syarikat penerbangan yang paling pesat berkembang di dunia, melalui rangkaian luas yang kami miliki di antara Timur dan Barat, serta mutu perkhidmatan kami yang bertaraf tinggi, kami akan memberikan pengembara keupayaan untuk berhubung, keyakinan yang mendalam serta keselesaan yang mereka impikan,” kata En. Firat Yildirim, Pengurus Besar, Turkish Airlines Malaysia
Y. Bhg. Tan Sri Bashir Ahmad, Pengarah Urusan, Malaysia Airports, berkata, “Malaysia Airports amat berterima kasih kepada Turkish Airlines kerana memilih Kuala Lumpur. Memandangkan bahawa Turkish Airlines terbang ke lebih banyak negara di seluruh dunia berbanding syarikat penerbangan lain, kelebihan dari segi rangkaian dan perkhidmatan ini akan memberikan manfaat yang sangat besar kepada penumpang dari Kuala Lumpur di mana mereka boleh berhubungan dan mengembara ke pelbagai negara lain melalui Istanbul. Malaysia Airports mengalu-alukan kedatangan Turkish Airlines ke Kuala Lumpur dan kami yakin bahawa operasi yang mereka jalankan pastinya akan mencapai kejayaan.”
Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Y. Bhg. Dato’ Mirza Mohd Taiyab menyatakan kegembiraannya dengan perkhidmatan penerbangan dari Istanbul ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh Turkish Airlines, “Tourism Malaysia amat berterima kasih kepada Turkish Airlines kerana memperkenalkan perkhidmatan baru ini di Kuala Lumpur yang bukan sahaja akan menghubungkan Kuala Lumpur dengan Turki tetapi turut menjangkau ke destinasi lain di Negara-negara Eropah yang berjiranan. ‘Kami mendoakan yang Terbaik’ dan berharap agar laluan baru ini akan menjadi salah satu dari laluan antarabangsa popular yang akan menghubungkan dunia kepada bandaraya metropolitan Kuala Lumpur.”
Turkish Airlines menawarkan pelbagai pilihan perkhidmatan semasa di dalam penerbangan mahupun di luar pesawat yang akan menjadikan pengalaman terbang bersama syarikat penerbangan ini sebagai sebuah pengalaman unik yang dialami hanya sekali seumur hidup. Ianya merangkumi perkhidmatan “Flying Chef”, sistem hiburan dalam pesawat digital yang membawakan hampir 450 buah filem dan rancangan pendek, serta lawatan ke bandar Istanbul bersama jurupandu secara percuma bagi penumpang yang sampai ke Terminal Istanbul menaiki perbangan yang bersambungan.
Turkish Airlines juga turut menawarkan akses kepada CIP Lounge yang eksklusif dan dipertingkatkan mutunya bagi penumpang kelas perniagaan, serta pemegang kad Miles&Smiles Elite, Elite Plus dan pemegang kad ahli Star Alliance Gold. CIP Lounge yang terletak di balai berlepas antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Atatürk, Istanbul, menawarkan kemudahan seperti bilik bersantai peribadi, bilik mandi yang dilengkapi kit dandanan diri yang istimewa, dewan permainan billard, dan sebuah pusat perniagaan.
Jadual waktu penerbangan adalah seperti berikut,
No. Penerbangan
|
Hari
|
Berlepas
|
Ketibaan
|
TK060
|
Isnin, Khamis, Sabtu
|
Istanbul
|
01:15
|
Kuala Lumpur
|
16:50
|
TK061
|
Isnin, Khamis, Sabtu
|
Kuala Lumpur
|
23:15
|
Istanbul
|
05:35
|
Semua waktu yang dipaparkan adalah mengikut Waktu Malaysia (GMT +8)
Penerbangan di antara kedua-dua bandaraya ini akan ditingkatkan sebanyak empat kali seminggu dengan penambahan penerbangan pada hari Rabu yang akan bermula pada 17hbJun 2013.
Untuk mengetahui jadual penerbangan, sila layari laman web www.thy.com, atau hubungi pusat panggilan kami di +90 212 444 0 849 atau kunjungi mana-mana pejabat jualan Turkish Airlines
Terima kasih kepada Turkish Airlines dan ICON team coz sudi menjemput aku menyaksikan moments yang bersejarah ni dan jugak gelang comel serta replica Turkish Airline plane ni, bertambah lagi koleksi aku.
Hopefully Turkish Airlines more success in future.