Hi Korang,
Dah sekian lama x celebrate hari setiausaha ni.
Last masa 7 tahun lepas kat company lama aku, disebabkan aku je sorang pompuan yang bukan secretary dalam dept tuh, bos aku ajak sekali pi makan kat Holiday Inn Glenmarie tu je. Jadilah ada orang belanja makan pun dah cukup baik kan.
Bila team Grand Blue Wave ajak pi makan time Secretaries Week ni, aku pun tak lepas peluang lah. Pergi berdua dengan Farah, partner masa event toilet hari tuh. Nasib baik dia free, kalau tak bosan gak aku nak cover event sengsorang kan.
Haruslah ramai wanita yang hadir kan, dah nama pun hari untuk setiausaha. Kalau ada setiausaha lelaki miracle lah tuh.
Dengan tema ‘Meraikan Kebijaksaan & Keanggunan Wanita’, semua guest yang hadir datang dengan busana serba biru turut dihiburkan bersama penampilan istimewa selebriti tanah air Adilla Idris.
“Majlis petang ini dianjurkan bukan sahaja untuk meraikan para setiausaha dan wanita korporat, tetapi juga sebgai penghargaan kepada ahli Bluelink yang setia menyokong hotel seiring dengan bulan sambutan ulangtahun GBWHSA yang ke-13 tahun ini”, kata Mohd Ghazali Sayed Ibrahim , pengurus hotel.
Pelbagai program menarik disediakan buat para tetamu antaranya peragaan fesyen oelh pereka muda Zack Hussin dari Zack Collection, perkongsian tips kecantikan oleh Avon Cosmetics (M) Sdn Bhd serta Eskayvie Sdn Bhd, mystery game dan lucky draw.
Tengok Keek Aku ni...
Lebih istimewa, ibu-ibu tunggal sekitar Selangor juga turut dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis pada petang tersebut hasil kerjasama dengan pihak majalah Seri Dewi & Keluarga, Kumpulan Media Karangkraf.
Jom tengok apa yang dihidangkan,
Soup ‘ Japanese Sukiyaki’
Indian Lamb Shoulder Vindaloo
Fried Fish with Egypt Style
Italian Baked Prawn Thermidor
Buttered French Garden Vegetables
Arabic Ouzi Rice and Steamed Jasmine Rice
Menarik kan, apa lagi makan sampai tak ingat ye. Kembung-kembung perut dibuatnya.
Walaupun banyak nombor depan mata aku ni tapi satu pun tak kena, ishk tak lucky langsung lah.
Anyway, terima kasih kepada Grand Blue Wave Hotel Shah Alam kerana sudi menjemput aku ke event ni. Sekali sekala di raikan terasa begitu berharga plak.
More details mengenai hotel ni, jom check it out here:-
Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam Selangor
Tel : 03-5511 8811
Jomlah ke sana ye...