Tuesday, April 23, 2013

Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Duta Terbaru SNE Marketing


Hi Korang,

Kalau cakap SNE mesti korang tak tau apa menda tu kann, tapi kalau aku cakap produk Beutskin Essence yang penyanyi Adira makan tu for sure korang tau kan.

Kalau bab nak putih nak cantik serah je kat korang kan confirm suker punya.


Tapi tak de lah Dr Sheikh Muszaphar makan Beutskin ni tapi dia amalkan produk ‘SNE Capsule‘ yang mengandungi suplemen seabuckthorn untuk mencegah daripada sinaran radiasi yang berbahaya.

Pada tahun 2005, SNE Capsule telah diiktiraf oleh China Space Foundation (CSF) sebagai “Makanan Suplemen Khusus Angkasawan China”, ia sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai makanan suplemen di angkasa lepas. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor pernah mewakili Malaysia mengembara ke angkasa lepas pada tahun 2006, ini merupakan satu pencapaian yang gemilang dalam sejarah Malaysia. Seseorang yang begitu istimewa seperti Dr. Sheikh Muszaphar Shukor selaras dengan imej jenama SNE yang fokus pada kesempurnaan dalam produk kesihatannya.


Hebat kan produk ni, bukan setakat untuk angkasawan je kita-kita pun boleh makan lah.

SNE memiliki tapak seabuckthorn liar yang terbesar di dunia. Produk kesihatan dan penjagaan kulit SNE menggunakan ekstrak seabuckthorn liar Mongolia Dalam sebagai bahan utamanya. Malah, dengan menggunakan Teknik Pengekstrakan Superkritikal CO2untuk mengekstrak nutrien seabuckthorn, struktur dan keaktifan nutrien dapat diperlihara supaya kesan unggulnya tidak kehilangan. Oleh sebab seabuckthorn liar mampu mengekalkan nutriennya pada keadaan persekitaran yang teruk, maka, ia memiliki jumlah nutrien yang sedia diserap yang lebih tinggi. 


Memang seronok dengar Dr. Sheikh Muszaphar bercerita pasal experience dia ke angkasa lepas tu, memacam perkara yang dia alami so dengan adalah suplemen Seabuckthorn ni dia mampu atasi semua tuh.


Di antara produk SNE yang terbaru mengandungi seabuckthorn adalah:-

1. SNE Capsule
2. Artercardy Essence
3. WIS-D Essence
4. SeaBuck Activ
5. Rebond Essence
6. Excel Tea

Memacam ada kan, semuanya ke arah kesihatan yang optimum


Aku tak sempat nak amik gambar dengan Dr. Sheikh Muszaphar masa launching hari tuh, maklumlah ramai betul peminat beliau yang hadir. Kira bagi chance kat diorg ni lah.
Ok nak citer pasal produk SNE ni


Aku dah cuba SNE Capsule dan mak aku dah cuba SeaBuck Activ dah masa 2 minggu ni.

So far, SNE Capsule memang memulihkan kulit aku yang ada masalah ni. Biasalah orang saiz comel cam aku ni cepat berpeluh so kulit mula melelas dan melecet di bahagian pelipat so ada kesan yang tak cantik, bila makan SNE Capsule kesan-kesan melecet tu mula berkurangan dan kering.

Mak aku plak selalu batuk-batuk biasalah orang dah berumur kan, so aku bagi makan sekali je SeaBuck Activ terus lega kerongkong yang gatal tuh dan hilang batuk-batuk sebelum ni.

Kira bagus betul lah produk SNE ni.

Tak sabar plak aku nak cuba Artercardy Essence dan Excel Tea, hopefully akan nampak gak kesannya pada aku nanti.

So terima kasih kepada SNE Marketing kerana sudi menjemput aku ke event ni, hopefully dapatlah jemputan dari diorg lagi ek.

Monday, April 22, 2013

Samsung S4 Tiba di Malaysia, Tak Sabarnya

Hi Korang,

Perasan tak last week aku ada banyak post gambar kat Facebook wall pasal ketibaan Samsung S4 tak lama lagi.

Memang pun sket masa je lagi.

Last week aku sempat terjah ke Pre-Teaser S4 ni kat Jaya One,PJ.

Memula sampai tu nampak cam tak de orang, kemudian baru ada 2-3 orang duk tengah setup something. So inilah kot.


First sekali ade orang nyanyi-nyanyi, rasanya macam lagu tema untuk iklan S4. Ada plak orang main muzik sekali tuh. Dah macam live performance plak.

Majoriti instrument music cam classic gitu macam voilin dan cello. Ntah apa pun aku tak sure. Sedap gak, harmoni je bunyinya.


At the end keluarlah beberapa orang bawak banner S4 keluar.

Uisk cam tu sekali gimiknya, awesome sungguh.

Korang pun excited gak kan, aku tau dah.

Jeng jeng jeng...

So Samsung S4 akan muncul di Malaysia ni tak lama lagi.. Soon tau, dah dekat je tau

Jadi pada hari yang di nantikan tu, bangun cercepat then terus ke Samsung outlet yang berhampiran dengan korang. 

Aku for sure banyak telco akan buat launching serentak mengenai Samsung S4 ni.

Aku?


















Haruslah wajib pi ke launching ni, nak usha-usha betapa canggihnya smartphone ni kan.

Jom korang!







Saturday, April 20, 2013

Surat kepada PENCINTA KUCING Yang di Sayangi.


Hi Kakak, Abang, Pakcik dan Makcik


Nama kita kucing comel. Hidup kita terbiar tau sama cam nasib kengkawan lain.

Huhuhu sedih kan.


Yelah nak bercakap pun tak reti inikan plak nak hidup berdikari, semuanya mengharap belas ehsan orang lain.

Nasib baik ada satu orang ni, nama dia Kak Wawa. Dia sudi nak tolong kita tau.

So Kak Wawa akan anjurkan CAT ADOPTION DRIVE bersama-sama dengan PAWS kat Jim’s Burgers & Breakfast Cafe nanti untuk membela nasib ktorg yang lemah tapi comel ni.

CAT ADOPTION DRIVE

Tarikh : 10th dan 11th May 2013

Time : 12pm – 6pm

Venue : Jim’s Burger & Breakfast,
No 1-07-01, Block 1, Presint Alami, Pusat Perdagangan Worldwide, Persiaran Akuatik,
Seksyen 13, Shah Alam Selangor



(Lokasi kedai ni – ikut jalan nak ke Tesco Extra dekat pusat akuatik tuh, nak lagi senang sebaris dengan GoodHope Hotel, mengadap jalan besar. Boleh nampak rumah-rumah beso yang cantik tu lah)


Kalau Kakak, Abang, Pakcik, Makcik peminat dan pencinta kucing comel macam saya ni ada FREE time jemputlah ke sini. Selain daripada dapat jumpa kita, dapat gak jumpa kucing-kucing comel yang lain sambil dapat make friends dengan pencinta kucing yang lain.


Kalau dah suka dengan kita, boleh bawak kita balik lah.  Kak Wawa dah siapkan makanan kita sekali. Royal Canin tuh, mahal dan berkhasiat wokeh. Lagi plak, kalau Kakak, Abang, Pakcik dan Makcik nak bela kita, Kak Wawa akan bagi gift card RM30 untuk makan kat Jim’s Burger ni. Makan kat sini sedap tau, tak caya meh baca kat ENTRY Akak Cik Lily Putih ni. Dia tu kan kaki makan.

Lagi ramai datang lagi bagus tau sebab kengkawan kita ramai yang perlukan kasih sayang dari pencinta kucing macam Kakak, Abang, Pakcik dan Makcik ni.

Mesti ktorg happy coz dah ada rumah baru, so boleh memain dengan gembiranya.


Jangan lupa, nanti datang ye. Lepas balik jejalan tuh pada 11th tuh, meh lah ke sini. Boleh gak makan-makan sambil main-main dengan kita.

Datang tau, kita tunggu....

Sekian.

Yang dahagakan kasih sayang,

Kucing comel dan kengkawan