Friday, April 19, 2013

Wahai Suami Rileks Ok

Hi Korang,

Pepagi Jumaat ni meh layan sket tazkirah dari facebook Ustaz Kazim Elias.

Apa lagi, kisah suami isteri lah. Aku memang suka pasal ni, yelah boleh di jadikan panduan dalam rumahtangga.


ehehheee

So korang suami-suami yang macho, janganlah ambil hati ye. Memang ktorg para isteri nie kuat membebel tapi membebel sebab sayang tau.

So rileks bro! bro rileks.... nyanyi lagu Imuda dan Art Fadzil tu ek

Salam Jumaat!

Thursday, April 18, 2013

Semua Sekali RM44.80 Tunai.

Hi Korang,

Malas nak lunch.

ermm boring makan nasi, rasa muak plak

So pi tempat lain yang boleh menenangkan minda sambil mencuci mata tengok orang.

Apalagi,

Jom pekena kopi kat kedai pompuan rambut panjang pakai crown ni.

So orderlah apa yang patut


Ok siap pilih. 2 drinks 1 cake.

Semua sekali RM44.80 je miss, cashier tu cakap.

Hah ternganga kejap. minum ntah apa-apa je, semua nak lebih, whipped cream lebih, chocolate powder lebih kan.

Nasib baik kad Starbucks ada balance RM100 lagi so swipe jelah.


Jimat duit makan hari nie..



Sayangi Kereta Anda | FUEL PUMP Punca Kereta Tiba-Tiba Mati


Hi Korang,

Ok ok balik ke segmen Sayangi Kereta Anda. Lama tak citer ek.

Yelah kereta tak meragam so jaranglah pi workshop kawan baik kan.

Last week, on the nak pi keje masa sedang elok baik punya jem teruk kat Kajang Silk ni kesayangan aku ni meragam. Tengah elok tekan brek angkat minyak tup-tup mati plak enjin.

Ok tak per start enjin lagi dan jalan lagi, tekan brek angkat minyak then mati lagi. Lebih 10 kali cam tu aku dah mula cuak. Nasib baik kat lane kiri. So apa lagi berhenti,  pasang hazard light dan terus call Mr Big. Nasib baik dia kat umah lagi so tak sampai 15 minit cam tu dia sampai.

Cuba 2-3 kali pun still sama gak.

Nak tak nak tepon pomen kawan baik, so citer itu ini dan tau dah masalahnya iaitu FUEL PUMP rosak.

Sudahnya Mr Big drive slow-slow sampai ke workshop yang dia kenal kat area Bangi ni. Tak sempat nak pi kawan baik punye workshop coz jauh nun KL tu kan.

berkeladak, banyak habuk

Check computer, enjin semua tak de masalah overall tip-top. So memang target Fuel Pump la tuh.

yang atas tu ada kesan terbakar sket

Bila dia bukak je seat belakang kereta ni, nampak dah ada menda macam torchlight saiz besar tuh. Sekali dia keluarkan ermm dah terbakar rupanya one of the wire kat atas Fuel Pump ni so sebab tu bila jalan minyak macam tersekat-sekat nak kuar kan.

Fungsi Fuel Pump autau pam minyak ialah untuk menyedut minyak dari tangki simpanan petrol ke enjin. Selain daripada itu, alat ini berfungsi sebagai pelampung untuk menentukan takat petrol. Fuel pump ini biasanya diletakkan bersama tangki minyak di bawah seat belakang.


putih suci murni lagi


Lepas negotiate harga, proses untuk menukar Fuel Pump ni tak sampai satu jam pun.Tokeh kedai tu pi amik spareparts sekejap dan terus je tukar.

Harga plak,

China brand = RM280

Taiwan brand = RM480

Orignal = RM899

dah ganti baru

Di sebabkan tak berapa nak mampu beli yang original sebab duit baru je dilebur kea rah lain dan lepas tokeh bengkel tu kasi suggestion mana yang elok dan sesuai, maka ktorg pilih yang Taiwan brand. Panjang sket lah nyawanya boleh tahan up to 5 tahun kan.

Melayang RM450 lepas dapat diskaun dari tokeh workshop.

Lepas test drive tengok ok ke tak, terus je balik dan tak pi keje.

Sudahnya ktorg singgah makan Nasi Ayam tepi jalan depan simpang rumah aku ni, pekena sorang 2 pinggan nasi ayam.

Alhamdulillah.

Sampai rumah, bukak TV terus tertido depan TV.

Korang,

Kalau ada nak tanye pasal kereta bagi tau ek. Nanti aku boleh tanyakan kat pomen kawan baik tuh. Tinggalkan email, url dan soalan ye