Thursday, April 18, 2013

Sayangi Kereta Anda | FUEL PUMP Punca Kereta Tiba-Tiba Mati


Hi Korang,

Ok ok balik ke segmen Sayangi Kereta Anda. Lama tak citer ek.

Yelah kereta tak meragam so jaranglah pi workshop kawan baik kan.

Last week, on the nak pi keje masa sedang elok baik punya jem teruk kat Kajang Silk ni kesayangan aku ni meragam. Tengah elok tekan brek angkat minyak tup-tup mati plak enjin.

Ok tak per start enjin lagi dan jalan lagi, tekan brek angkat minyak then mati lagi. Lebih 10 kali cam tu aku dah mula cuak. Nasib baik kat lane kiri. So apa lagi berhenti,  pasang hazard light dan terus call Mr Big. Nasib baik dia kat umah lagi so tak sampai 15 minit cam tu dia sampai.

Cuba 2-3 kali pun still sama gak.

Nak tak nak tepon pomen kawan baik, so citer itu ini dan tau dah masalahnya iaitu FUEL PUMP rosak.

Sudahnya Mr Big drive slow-slow sampai ke workshop yang dia kenal kat area Bangi ni. Tak sempat nak pi kawan baik punye workshop coz jauh nun KL tu kan.

berkeladak, banyak habuk

Check computer, enjin semua tak de masalah overall tip-top. So memang target Fuel Pump la tuh.

yang atas tu ada kesan terbakar sket

Bila dia bukak je seat belakang kereta ni, nampak dah ada menda macam torchlight saiz besar tuh. Sekali dia keluarkan ermm dah terbakar rupanya one of the wire kat atas Fuel Pump ni so sebab tu bila jalan minyak macam tersekat-sekat nak kuar kan.

Fungsi Fuel Pump autau pam minyak ialah untuk menyedut minyak dari tangki simpanan petrol ke enjin. Selain daripada itu, alat ini berfungsi sebagai pelampung untuk menentukan takat petrol. Fuel pump ini biasanya diletakkan bersama tangki minyak di bawah seat belakang.


putih suci murni lagi


Lepas negotiate harga, proses untuk menukar Fuel Pump ni tak sampai satu jam pun.Tokeh kedai tu pi amik spareparts sekejap dan terus je tukar.

Harga plak,

China brand = RM280

Taiwan brand = RM480

Orignal = RM899

dah ganti baru

Di sebabkan tak berapa nak mampu beli yang original sebab duit baru je dilebur kea rah lain dan lepas tokeh bengkel tu kasi suggestion mana yang elok dan sesuai, maka ktorg pilih yang Taiwan brand. Panjang sket lah nyawanya boleh tahan up to 5 tahun kan.

Melayang RM450 lepas dapat diskaun dari tokeh workshop.

Lepas test drive tengok ok ke tak, terus je balik dan tak pi keje.

Sudahnya ktorg singgah makan Nasi Ayam tepi jalan depan simpang rumah aku ni, pekena sorang 2 pinggan nasi ayam.

Alhamdulillah.

Sampai rumah, bukak TV terus tertido depan TV.

Korang,

Kalau ada nak tanye pasal kereta bagi tau ek. Nanti aku boleh tanyakan kat pomen kawan baik tuh. Tinggalkan email, url dan soalan ye



Wednesday, April 17, 2013

Salmon Oh Salmon


Hi Korang,

Kenapa aku suka Salmon?

Sebabnya ianya sedap dan tinggi khasiat, ni baca kat bawah ni sket

  1. Mencegah penyakit jantung
  2. Mengurangi tekanan darah tinggi
  3. Meningkatkan fungsi otak dan memori
  4. Meningkatkan kesihatan mata
  5. Melindungi saluran pencernaan

Actually banyak sebenarnya tapi malas nak google, so ini jelah yang sempat aku tulis ek.


Bukan apa, hari tuh aku and dengan family Mr Big pi makan salmon besar, sedap dan murah kat Jaya Groccer Empire Gallery Shopping Mall.

Ye betul lah!

Dalam Jaya Grocer tuh dapat tempat makan, kira macam café cam tu lah. So kalau nak makan pilih je bahan fresh dari pasar basah then bawak je pi kat Café tu, nanti diorg masakkan ikut apa yang korang nak makanlah.

Tengok ikan salmon yang dah siap masak ni. Sedap kan

Menarik


Saiz besar

Murah 


Kira sepinggan ni dalam RM30++ je siap garnishing dan side dish.

Pegilah kat Jaya Groccer tuh, tapi kena tengok time coz kalau peak hour memang ramai orang dan sampai tak de seat pun. Kena main cop-cop ye.

I love Salmon!

Terus jadi lapo balik dibuatnya la plak....



Cantik Pipi Masterchef Selebriti Soo Wincci Bulat Cam Telur

Hi Korang,

Semalam ada event Samsung kat Grand Hyatt Hotel KL.

Ada launching smart TV yang lagi smart daripada yang dulu. Canggih gak la. Nantila la citer.

So dalam pada masa orang sibuk-sibuk pi godek smart TV tu, aku menyelinap pi cari model, penyanyi, tukang masak masterchef selebriti ni, Soo Wincci


Jumpa dia in person, memang peramah dia ni. Langsung tak de cakap campur english, cakap melayu bukan main fasih lagi tau.

Pipi dia cam ada telur kan? bulat betul... anyway memang cantiklah Soo Wincci ni

Itu je nak citer

Ok dah pi sambung keje ye...