Friday, April 12, 2013

Jubah Maksiat

Hi Korang,

Pepagi Jumaat ni, meh aku tunjukkan korang gambo ni. Ni aku jumpa kat Facebook tadi



Ermm itulah kan.

Aku tak nak citer banyak, so renung-renungkan la ye.


Salam Hari Jumaat!



Thursday, April 11, 2013

3 Cara Untuk Menang Honda CR-Z Dalam GUARDIAN Customers’ Choice Award 2013

Hi Korang,

Bab-bab contest ni memang aku suka.


Yelah beli barang, isi borang dan hantar. Kemudian tunggu je jawapan menang ke tidak. Senang kan tapi afford dan semangat tu kena kuat sket lah.


So untuk tahun 2013, sekali lagi Guardian mengadakan  Customers‘ Choice Award untuk loyal customers mereka termasuk aku lah tuh. Award ni bertujuan untuk mengenalpasti produk yang manakah menjadi pilihan para pelanggan Guardian di seluruh negara. Para pemenang di pilih berdasarkan 'Vote and Win' contest yang sedang di adakan pada 1hb - 29hb April 2013.


Korang pun boleh join, caranya senang je.

1. Spend minimun RM10.00 dalam single receipt kat memana store Guardian

2. Nanti korang diberikan form dan korang just VOTE produk mana yang menjadi pilihan hati korang mengikut kategori yang dipertandingkan.

3. Dah siap, hantar balik kat Guardian. Itu je.

Senang dan mudah kan.

Hadiah utamanya kereta tuh, Honda CR-Z Hybrid 1.5L (AT). Ada gak hadiah 3D2N Holiday Spa di Mandarin Oriental Hotel, RM5000 Guardian vouchers dan pelbagai lagi.

Best kan! I Iike tau!



So ktorg yang hadir masa PC event ni, dapat merasai sendiri apa yang di namakan Shopping Sprees Challenge. Ktorg kene identified beberapa produk mengikut list yang diberikan dan kena cari produk tu semua dalam masa paling cepat. Masa ini korang boleh tengok bersungguh-sungguh aku berlari ke sana kemari dalam Guardian Sunway Piramid ni mencari barang.


Namun apakan daya, tak dapat jadi yang tercepat tapi dapat goodies yang aku search tadi. Best tuh. So Congrats to Max (photographer) dan amoi (journalist) yang menang tu ek.

Selain dapat gak Guardian vouchers wokeh, boleh shopping lagi.


So korang jangan lupa join tau. Aku ni pun tengah duk sibuk isi form, ada 10 keping nak diisi. Usaha tangga kejayaan, ermm mana tau tak menang kereta dapat shopping vouchers pun jadi lah kan.

Wednesday, April 10, 2013

Rumah Makan CIBIUK, Makan Ala Sunda Indonesia.


Hi Korang,

Sebenarnya dah lebih 5 kali aku ke Rumah Makan CIBIUK Malaysia ni, sekarang baru nak citer kan. 

Sila salahkan Mr Big ye. Dia kata kita cuba dulu semua signature dish diorg then baru you citer.


Sampai ke sudah, menu itu yang dia duk ulang –ulang order kan.



Restoran ni menghidangkan makanan Jawa Barat dan tarikan utamanya ialah sambal. Ada pelbagai jenis sambal yang di sediakan secara FREE. Sebab tu ianya di gelar kedai ‘Rajanya Sambal’. Masuk je depan pintu restoran ni, dah nampak pun booth sambal. Hah pilih yang mana satu korang nak cuba.


Tapi yang aku heran, tak pulak laki aku ni merengek kata pedas. Kalau tak pedas sket pun dah tak makan. Nampak lada merah sket, dia letaknya dalam pinggan aku.

Ishkk terkesima kejaplah. Pelik tapi benar.


Ini teh o kosong. Memang tak de gula langsung. Dihidangkan PERCUMA tau.

Dah jangan membebel lagi, meh tengok apa yang ktorg order ye

Nasi Liwet Kastrol Ayam Goreng RM 27.90 for 2 person 



Ada ayam goreng, nasi kastrol, tauhu dan tempe goreng, jengkol (jering) goreng, ikan sepat masin dan sambal tomato Cibiuk.

Cumi Crispy RM14.90 

memang betul-betul crispy, tepung nipis, kerak sedap

Talapia Goreng RM27.90 saiz kecil


Inilah dancing fish. Tilapia ni di belah tiga dan digoreng secara menegak dalam minyak panas. Sebab tu bila gigit ranggup yang amat.

Jus Mangga RM6.90 

Pekat, melekat sampai ke tekak. Manis medu. Pure mangga. Sedut-sedut tak abis pun. Sedapp


Alpokat RM7.90 

Ini favourite Mr Big. Avocado diblend dan di curahkan sos coklat ditepinya.Me Big pun pandai buat ni, tak caya meh KLIK kat entry SINI.

Nampak tak?


Memacam yang ktorg order. Giler banyak tapi yang ajaib tu semuanya abis. Aku ingatlah ada jin yang tumpang makan sekali agaknya, itu pasal semuanya abis. Licin. Tinggal tulang je.

Tengok ikan tu korang dah gedik-gedik nak ke sini kan, ini tompeknyo

Rumah Makan CIBIUK Malaysia

No. 1-G, JLN PUTRA 6,
TMN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
TEL : 012-4570061




Actually ada lagi menu dia yang best dan nampak sedap, meh tengok blog SUMIJELLY ni, dia pi makan dengan familynya. Nampak cam lazat je sate ayam tuh.

Selamat Makan Korang!