Tuesday, April 9, 2013

Genting Charity Event 2013 @ Resorts World Genting Highlands


Hi Korang,

Hari tu kan aku dah citer pasal permainan terbaru THE WAVES kat Genting Theme Park kan, now citer pasal charity event plak.


Bila dapat jemputan semacam ni, memang tak lepas peluang lah walaupun time tu ada 4-5 event lain yang lagi best. Tetap Genting di hatiku tau !

Cam biasa naik bus kat dekat Wisma Genting tuh, nasib baik yang pergi ni semua dah kenal so boleh memekak-mekak dalam bus. Belum pun lepas area Toll Gombak, memasing dah ngorok siot betul. Diaorg ni asal naik bas je nak membuta kan maklumlah kena air-con kuat, dah macam bebudak plak aku tengok.


Sesampai je Ms Jq Lee (GENM WeCare Team) yang comey lote ni dah tunggu. Terus je ktorg di bawa ke First World Cafe untuk lite breakfast. Kat situ dijumpakan dengan mereka-mereka ni yang kurang bernasib baik ni.


Ada 3 persatuan iaitu:-

1. Myanmar Chin Student Organization – Kiwanis (80pax)

The Kiwanis club of KL works closely with several children’s homes and learning centres and one of them is the Myanmar Chin Student Organisation based in Taman Puchong Utama. They are using this trips to involve their Kiwanians and also Kiwanis Youth who will act as chaperons to these Myanmarese kids.

2. Pertubuhan Wanita dan Kesihatan, Kuala Lumpur (WAKE) 17 pax

The impact of AIDS on children and adults are both complex and multifaced. WAKE uses a holistic approach to the management of the children’s health and for the resident of the Homes. These children are HIV infected children and affected siblings who are abandoned.

3. PT Foundation (26 pax)

PT Foundation strives to be the most affective community-based organization providing information, education and care services relating to HIV/AIDS and sexuality in Malaysia. Each  day our 5 drop-in centers offer food, chelter, care and support to over 200 of the most marginalized members of our community.


Tujuan Charity event ni adalah untuk bagi mereka yang kurang bernasib baik ni merasai pengalaman menyeronokkan di Resorts World Genting dan juga di Genting Theme Park.
So ktorg semua having breakfast together beramai-ramai



Kemudian terus je First World Cineplex untuk movie screening. Citer ‘Oz the Great & Powerful’.

Synopsis of ‘Oz the Great & Powerful’.

Oscar Diggs (James Franco), a small time circus magician with dubious ethics, is hurley away from dusty Kansas to the vibrant Lad of Oz. At first he thinks he’s hit the jackpot-fame and fortune are his for the taking. However, when he meets 3 witches, Theodora (Mila Kunis), Evanora (Rachel Weisz) and Glinda (Michelle Williams) who are not convinced he is the great wizard everyone’s been expecting. Putting hismagical arts to use through illusion, ingenuity and even a bit of wizardry-Oscar transforms himself not only into the great and powerful Wizard of Oz but into a better man as well.

Nasib baik belum lagi tengok citer ni. Kira layan gak la coz 3D kan. Citer bebudak memang best. Kira macam real sungguh. Good choice.



Abis movie dah tengahari pun, apalagi balik ke First World Café untuk lunch. Yeah.. makan sampai kenyang tak ingat. Ada sessi pemberian goodies pada 3 badan charity ni. Seronok betul diorg dapat hadiah kan. Walaupun peralatan sekolah tapi bermakna wei untuk diorg.

Lepas makan, apalagi happy time!

Masuk ke Outdoor Theme Park Genting.





First sekali, ktorg di bawa ke THE WAVES. Alah permainan terbaru kat dalam Genting ni. Rupanya launchingnya pada hari tu gak. Lepas je perasmian, team ktorg adalah yang first sekali dapat main. Mestilah seronok tak ingat. Berpusing-pusing, nasib baik tak terkeluar apa yang di bedal tadi.



Then semua bloggers ni bawak haluan masing-masing, yelah seronok benau nak main semua game kan. Aku +Mr Big+Ruby+Naim+Hanis tak delah hardcore nak main semua menda kan. So ktorg jejalan je dalam nie, kalau ada yang berkenan dan tak ramai orang baru lah main.







Jalan punya jalan dah petang dah pun. Lepak kat Starbucks sementara tunggu bas sampai.

Dalam bas, ermm semua pengsan yang amat.


Anyway thank you team Genting dan First World Hotel for this special invitation. Memang best ooo. Sambil berlibur sambil beramal kan. Hopefully kalau ada lagi event cam ni, jangan lupa jemput den dengan Mr Big yo…

CLP Notes : Tak teredit gambo tau kalau dah 400 keping shoot kan. Sakit jejari runcing yang manis tu tau.


Monday, April 8, 2013

Tonite Dinner!

Hi Korang,

Malam ni malas nak masak so ktorg makan ni jela..


jeng jeng jeng, comeykan bekasnya. Saje packging cam nie, nak kasi naikkan selera makan akhakha

Ais krim pulut hitam yeah!

Tak sabo nak balik makan ni....yummy...


WeChat Party 2013 @ Neverland Club KL


Hi Korang,

Apa WeChat tuh?


WeChat ni merupakan satu aps untuk kita berkomunikasi dengan kengkawan kita secara FREE, anytime anywhere asalkan ada internet line or data kat smartphone kita ni lah.


So bila dapat opportunity untuk ke WeChat Party ni, haruslah Iam no. 1. Sebelum kul 7pm lagi aku dah sampai, yelah takut tak de parking plak kan.


Sesampai je register dulu, then kemudian camwhore bagai. Hah amik ko gamba pepuas.


Ramai gak media yang hadir especially blogger lah kan. Nasib ramai yang kenal so tak delah jadi kera sumbang.



Sebelum event start, jom kita makan dulu. Walaupun nampak simple tapi sedap oo. Yelah memasing tengah lapar tuh baru balik keje kan.

So opening act ada dance performance. So sambil makan tu sambil tengok lah ye. Hah tergeliat badan diorang pusing-pusing bagai.


MC malam Rudy. Sekali tengok macam pelakon Jack Black. Dua kali tengok macam neighbor bawah rumah aku je plak. Walaupun dia cam tu, tapi dia hilarious giler beb.



So kata-kata aluan dari Mr Ponshu Yeung Vice President, Tencent International Business. Citer sket pasal WeChat ni lah.



Kemudian ada performance dari Vivian Chua dan Henley Hii. Sedap gak diorg berdua ni duet. Harmoni je rasanya.





Ok game time. 10 orang naik kepentas. Game macam ala-ala Venus Vs Mars. Jawab soalan pasal lelaki dan perempuan. Of courselah perempuan menang. Yeah, you go girls!


Oh ye lupa nak kasi tau, sambil event berjalan korang perasan tak skrin kat belakang tu. Itu lah WeChat apps ni. Tengok orang boleh share, komen apa yang diorg rasa event malam tuh. Hah, memacam lah yang bebudak ni tulis.




Ada performance lagi, tup-tup Awi Rafael keluar. Aduiyai. Best giler wei.  3 lagu dia nyanyi. Best tuh coz boleh nyanyi sesame sekali. Dah macam konsert plak.


Ada game lagi, satu gak 10 orang pemain. Jawab-jawab soalan gak. Ada yang senang da nada yang susah. Pemenangnya dapat iPad tuh. Jeles aku…


Last sekali ada lucky draw. Eh, tersangkut plak nama aku kan. So dapat lah headphone BEATS ni. Mahal tu kata Mr Big. Kira oklah, rezeki malam tuh.


Thank you WeChat coz sudi jemput aku malam tuh. Enjoy sangat lah!

Korang,


Mehlah install WeChat apps ni. Semua smartphone tak kira Ios, Android, Symbian, Blackberry dan Windows phone boleh tau. Lagi plak FREE je download dan install tuh


Untuk info lanjut, korang boleh layari laman  :

Jom WeChat!

Some pics credit to google.com