Wednesday, April 3, 2013

Hannah Tan Mencari Penari K-Pop ‘Sunsilk Girls’ Untuk 2013 Asia Super Showcase


Hi Korang,

Sebut je nama Hannah Tan terbeliak mata korang kan.


Tau lah Hannah Tan tu gorgeous.


Memang ye pun, Hannah Tan dan Sunsilk  mencari gadis-gadis comel yang kaki K-pop untuk join ‘Sunsilk Girls Search’ iaitu pertandingan tarian yang membolehkan korang berpeluang menari bersama-sama dengan Hannah Tan sebagai opening act untuk 2013 Asia Super Showcase.

Wei Hannah Tan tuh, glamour korang nanti.




‘Sunsilk has always been about bringing fun and enjoyment to women in ways that exude confidence derived from great hair. Inspired by K-Pop culture that exhibits fun and upbeat energy, Sunsilk Girls Search is aimed at reaching out to Malaysian women to extend their good times without having to worry about their hair and apperances all the time. To this end, Hannah Tan, an established performer in the East who is exudes confident energy is a natural partner for the brand’ kata Ms Ashlee Ng, Brand Building Director (Hair, Deo & Male Grooming) of Unilever (Malaysia) Sdn Bhd



Actually Sunsilk nak bagi kita-kita pompuan masa kini kebebasan untuk mengekspressi diri kita dengan yakin. Biasalah kalau pagi-pagi comey je rambut memasing, ko tunggu sampai tengahari ke petang harus kusut masai dibuatnya. So kandungan dalam shampoo Sunsilk yang mengandungi natural oils macam Moroccan Argan Oil, Coconut Oil, Almond Oil, Jojoba Oil dan Olive Oil dapatlah menjaga kecantikan rambut korang tuh.



Bagi Sunsilk K-Pop kini menjadi trend masa kini. Tengoklah memana je kita pergi, ada je orang berfesyen ala K-Pop, rambut ala K-Pop, make-up pendek kata semuanya K-Pop lah. Lagi plak artis K-Pop Korea kat famous kat Malaysia ni.


Ok ye korang-korang nak yang join ‘Sunsilk Girls Search’ ni, cuba perhatikan kalau nampak je Sunsilk truck kat area Lembah Valley terus je ke situ coz diaorang ada roadshow. Kat situ lah akan adanya pertandingan tarian ni. Tak yah nak bimbang lah step cam ne coz semuanya dah di sediakan, ikut je dance move dalam video ‘Hey, Miss Pretty’ yang di produced oleh Sunsilk dan Audi Mok (composer music terkenal di Malaysia ni). 5 yang terbaik akan merasai pengalaman menari di 2013 Asia Super Showcase bersama-sama artis K-Pop antarabangsa yang lain.


Nak tau more details pasal dance competition ni meh check it out kat www.facebook.com/SunsilkMalaysia . Bolehlah korang tau tarikh dan lokasi Sunsilk truck tu kan.


Thank you  Sunsilk for sudi invite aku ke event, walaupun tak dapat bergambar dengan Hannah Tan tapi dapat set shampoo sekotak pun jadilah kan.

Hey, miss pretty…..


Wordless Wednesday - Jom Mengundi Boleh Menang Kereta

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week



mari-mari lah pergi mengundi di Guardian People Choice Awards 2013. Boleh menang kereta tuh..

Jom cepat...

Tuesday, April 2, 2013

Duit Belanja Makan


Hi Korang,
Memang hari-hari kita kena makan betul tak?
In fact, dalam bulan puasa pun even siang kita puasa but mesti makan jugak kan. Ada korang dengar orang sesaja nak berlapo straight seminggu.
Ermm nan ado.
Macam aku, everyday  aku mesti makan sarapan, lunch dan hi-tea kat opis ni.
So duit belanja aku
1. Sarapan = RM2.00 
( kuih ke, roti canai ke, nasi lemak ke, mee hoon ke,roti ke)
2. Lunch = RM6.00 
( nasi campur, goreng-goreng+ air kosong je)
3. Hi-Tea = RM2.00 
( pastry ke, kek ke, biskut ke, roti ke)
So total = RM10.00 setiap hari x 26 hari bekerja = RM 260.00

Mak oi, banyak betul aku kan. Patutlah gemuk. Sana lemak sini lemak, ya ampun..

Tapi tak sampai pun RM260.00 sebulan aku belanja.


Selalunya sarapan tu, aku bawak roti yang dah si sapu jem dari rumah sebab Mr Big memang kena bawak bekal pepagi coz dia malas nak mengeteh kat opis dia. Pandai gak laki aku berjimat ek. Kalau betul-betul nak makan then baru la pi beli.

Lunch plak bukan fix pun setiap hari. Kalau makan mee hoon sup cam tu baru RM4.00 je semangkuk. Kekadang malas nak makan so jimat kat situ. Cuma kalau keluar makan ke Mines kenalah up sket duit belanja, biasalah nampak CHATIME, STARBUCKS, Auntie Anne semua nak makan kan.

Hi-Tea penting dalam opis aku, memang dah jadi culture kot sepanjang 5 tahun aku keje kat sini. Kul 3.30 memang pantry cam jem sket. Yang buat kopi lain, yang makan biskut lain. So memang tak beli apa-apa pun kecuali pi beli kek kat bistro bawah ni. Itu je. Kalau tak bedal biskut Marc Jacob yang company dah siapkan, cicah kopi ke milo.
Aku memang tak de budget pun dalam bab makan ni, malas nak berkira sangatlah. Makan je apa yang teragak. Bukan apa, bila dah tak boleh makan nanti baru lah teringin nak makan semua kan. Lagipun bila congak balik memang tak sampai pun amount yang aku kira tadi.
Ada duit balance tu simpan, boleh buat belanja shopping beli earings !
Makan memanglah makan but make sure makan benda yang berkhasiat lah tapi sekali sekala terkeluar sket dari piramid makanan ok kot.
So korang plak cam ne ? ada buat-buat budget cam aku gak ke.
Now, simpan duit untuk join seminar buat duit dengan blog plak eehehe