Wednesday, March 27, 2013

Bag Of Love ‘Debut Bag’ March Edition

Hi Korang,

Ini kali pertama aku dapat beauty box but dalam bag ye.

Selalunya diorg ni letak semuanya dalam kotak, then bila aku dapat je Bag of Love ni bukak je ada kotak pink dan dalam kotak pink tu lah ada cute bag ni.



Cantikkan warnanya. Hitam strip dengan pink gelap dan ada gold-gold sket kat zipnya. Saiznya pun memang sesuai untuk kita-kita orang pompuan yang nak letak bebarang make-up.

Jom kita tengok apa yang ada dalam bag cute dan comel ni kan.


1. Guerlain La Petite Robe Noire EDT (1ml) @ RM248 for 50ml
Wow parfume ! Ini memang salah satu brand favourite aku. Walaupun sample kecil je but ok gak boleh letak dalam handbag. Emergency senang. So sentiasa wangi je


2. KANEBO Skin Fusing Powder Foundation (0.6g)
Actual Casing with Sponge @ RM60 ; Foundation Refill @ RM140 (10.5g)
Wei dapat lagi, harituh dalam VT beauty box dah ada. Memang colournya sesuai dengan kulit muka aku.


3. Revlon Professional Color Sublime Treatment (75ml) @ RM88 for 200ml
Alah rambut aku tak colour so cam ne nak guna ni, tak per boleh sedekah kat korang readers yang setia kan. Lepas shampoo, sapukan treatment ni dan biarkan 5 minit kemudian bilas. Itu je




4. Murad Vitalic Energizing Pomegranate Cleanser (50ml) @ RM148 for 150ml
Dr Murad tuh, memang terkenal dengan kebaikkannya. Dapat plak cleanser ni, rasa sangat-sangat beruntung coz ia sesuai gak untuk kulit bermasalah. Tekan 2 pump terus letak kat muka, dan leher. Tak mengeringkan kulit lepas di cuci. Dapat gak voucher RM30, jadilah ek.


5. Definite Face Blending Brush (Full Size) @ RM98
First time dalam beauty boxes ni, dapat brush. Original saiz plak. Memang lembut je bulunya. Guna untuk sapu loose powder kat seluruh muka.


6. Complimentary Movie Pass for "The Host"
Citer ni belum start lagi, may be dalam April. So jimat duit tiket wayang bulan ni



Apa yang aku suka dengan  Bag of Love Debut Bag ni
1. Untung sesangat. Aku kira-kira total semua sekali dalam RM200++ cam tu, but kalau subscribe baru RM39.90. Jimat kan
2. Banyak barang kosmetik, barulah best. Nak cari yang sesuai dengan kulit memang payah kan
3. Dapat bag FREE. Bolehlah aku buat letak sample-sample ke kan

Syiok kan.

Itulah memang worth it kalau korang subscribe  Bag of Love ni. Memacam produk kecantikan berjenama yang korang boleh dapat.

Nak subscribe? Meh ikut instruction kat bawah ni


Subscribe for a month at RM39.90 each, 
or RM119.70 for 3 months dapat hadiah misteri 
or RM478.80 for 12 months dan bulan ke-13 dapat PERCUMA!


Nak tau produk terbaru sebulan, 


 Facebook: fb.com/Bag-Of-Love




Ermm memang berbaloi-baloi sungguh !



Wordless Wednesday - Pelakon Che Ta Bertudung

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Hah ko... betul kan

Ingat aku buat cerita ke? 

Manis je aku tengok Rozita Che Wan ni bertudung kan. Barulah contoh isteri mithali..

heheheehehe

Propa sangatkan!







Tuesday, March 26, 2013

LAMB RIBS Di Tony Roma‘s ® Terbaik Setelah First Time Mencubanya

Hi Korang,


Aku bukan geng makan kambing punya orang.

Serious, memang aku tak makan kambing coz dulu pernah terkena sekali dengan baunya hamisnya, loya tekak dibuatnya membuatkan aku terus BANNED kambing dalam wishlist aku. Alah tak mati pun kalau tak dapat makan. Ok je.

Bila dapat jemputan dari Tony Roma‘s® untuk mencuba menu terbaru mereka, aku dalam hati dah bercakap janganlah kambing. Memintaklah Bountiful Beef Rib ek.

Tup-tup bila sessi briefing, diorang cakap Lamb Ribs je hati aku dah mula hancur. Nampaknya aku tengok je Mr Big telan kambing sesorang dengan senang hati coz tak payah nak berebut dengan aku. Ermm tak perlah boleh makan side dish je, no problem.
Until aku di convincekan oleh Ms May Tan dan Chef Muhammad  Adam Mah iaitu orang yang created menu Lamb Rib ni baru aku terbuka hati untuk cuba.

Memang kita tau, kalau western restaurant kat Malaysia ni memang main dishnya beef (daging lembu) so kecian plak pada mereka-mereka yang tak boleh makan lembu ni (disebabkan agama or kesihatan or memacam lagi) itu yang mendatangkan idea pada Chef Adam tuh. Kiranya ada pilihan bagi mereka-mereka yang mengemari kambing ini.

Meh kita dengar apa Chef Adam nak cakap sket mengenai menu Lamb Ribs yang telah memenangi ‘Brand Innovation Award’ dari Romacorp dah diikuti oleh ‘Best Operator of the Year 2008 dan ‘Best Brand – American Casual Dining 2009’ ini.
Mr Big dengan Chef Adam

‘It was a painstaking process to develop the Lamb Ribs, from conception to perfecting the seasoning so that it is palatable to Malaysians of all races. We wanted to make sure the Lamb Ribs would not just be another addition to the menu but a dish that could stand up to scrutiny from our loyal diners’.
Chef Adam telah menceburi di dalam industry F&B ini lebih dari 25 tahun dan mempunyai pengalaman bekerja di pelbagai hotel 5 star di merata dunia dan rangkaian makanan antarabangsa sebelum mengembangkan sayapnya di Tony Roma‘s® Malaysia.

Bila aku tanya mengenai resipinya, Chef Adam cuma cakap yang daging kambing ini di import dari Australia yang telah siap di custom made potongannya especially untuk Tony Roma‘s® Malaysia. Memang betul-betul special. Cara marinate, ingredients semuanya ilham beliau.
Apa tunggu lagi, jom makan.


Mengikut tradisi makan di Tony Roma‘s® ni, para pelanggan di pakaikan ‘BIB’ ye bagi mengelakkan baju terkena sos tau. Comel plak bila aku tengok kena pakai bib, cam kanak-kanak riang je.
Ktorang dihidangkan dengan 2 dish iaitu Beef Shorts Ribs dan Lamb Ribs.
Bountiful Beef Ribs (bestseller)

Memang kita tau daging lembu bahagian rib ni camne rasanya kan. Di tambahkan plak dengan sos-sos marinate dan sos masak di grill tu memang sedap. Lembut.
Lamb Ribs
pakai tangan je udah

siap tutup mata bagai

Dagingnya juicy, lembut. Sekali tarik je terus senang masuk mulut. Langsung tak de bau kambingnya. Rasa bukan macam kambing lah. Sos plum memang terasa. Aku plak makan pakai tangan so apa lagi terus menjilat jari dibuatnya.
Tinggal tulang je uols!

Bagi aku ini adalah pengalaman pertama aku makan kambing setelah sekian lama kan, memang totally salah perception aku, rupanya sedap lah. ishkk... 
Lepas makan lamb ribs, terus je pi main VuVuZela kat Sunway Lagoon ni tau.

Thank you pada Ms May dan Chef Adam serta Tony Roma‘s® team kerana sudi menjemput ktorg ni, next visit ke sini nanti memang menu Lamb Ribs ni akan jadi pilihan pertama aku.

Ok restoran Tony Roma‘s® ini mempunyai 6 outlet iaitu di Sunway Piramid mall, eCurve, The Pavilion KL, The Gardens Mid Valley, 1 Mont Kiara dan yang terbaru Setia City Mall

Jom LIKE Tony Roma’s di facebook  Tony Roma's Malaysia dan juga di official mereka http://www.tonyromas.com.my mana tau kot-kot ada promotion ke diskaun yang best-best kan.

Jom makan!