Friday, March 22, 2013

DOA MURAH REZEKI


Hi Korang,
Pepagi jumaat ni tak nak bebel panjang.
Ni aku kongsikan dengan korang doa untuk dipermudahkan rezeki.


Bukan apa dalam 2 minggu ni, banyak plak rezeki melimpah ruah kat aku. Walaupun lain yang aku nak tapi lain yang aku dapat, aku still bersyukur. Mungkin yang tak dapat tu bukan rezeki aku kot. Yang dapat ni, bolehlah digunakan kejalan yang sepatutnya
Alhamdulillah
Kalau ada rezeki lebih lagi, boleh lah aku kongsikan dengan korang plak ek.
Jangan lupa jadikan amalan ye.

Ni nak tambah sket:
Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang tetapi dalam bentuk kebahagiaan, kesihatan yang baik, masa yang banyak lapang, kawan yang baik, peluang menyambung pelajaran, business makin maju, tulis blog tak henti-henti coz idea mencurah-curah, dapat advertorial walaupun sket, dapat ilmu coding HTML, menang lucky draw, dapat pi travel FREE dan memacam lah.
Itu je
Anyway,
Salam Hari Jumaat korang..

p/s : Sebenarnya untuk peringatan diri sendiri ni ermm..


Thursday, March 21, 2013

AXE Apollo Mencari Rakyat Malaysia Menjadi Angkasawan Untuk Ke Angkasa Lepas

Hi Korang,
Inilah dia cerita ke angkasa lepas last week

Aku dapat undangan ke launching AXE Apollo di Mandarin Oriental Hotel, KLCC. Not bad tempatnya cantik. Setting upnya memang betul-betul macam dalam aerospace. Sejuk yang amat!


Nasib baik fingerfoodnya sedap, makan sampai tak henggat sambil borak-borak sambil kena interview dengan suratkhabar HARIAN METRO, yeah happy face!
Membebel plak,
DAH!
Back to story.
Betul ke ni dapat pi ke angkasa lepas?
Tipu lah
Eh betul lah, ada plak aku nak main-main kan, jap aku citer

AXE Malaysia melancarkan pencarian di seluruh negara untuk memberi peluang kepada individu yang ingin melangkaui kebolehan sendiri – untuk menjadi seorang wira negara. Bakal pengembara angkasa ini akan berpeluang untuk merasai suasana angkasa yang luar biasa dan kembali sebagai wira kebanggaan seluruh negara lalu memberi inspirasi kepada seluruh  warga Malaysia yang lain.

Kenapa plak angkasa lepas?
Tiada wira yang lebih unggul daripada seorang angkasawan dan AXE ingin memberi para peminatnya satu peluang untuk mengalami satu kembara yang tiada bandingannya. Melalui pelancaran produk terbesar dalam sejarahnya selama 30 tahun, AXE kini menyeru kaum lelaki dan wanita dari 60 buah negara di segenap pelusuk dunia untuk berdaftar dengan A.A.S.A dan mencipta profil angkasawan mereka di AXEApollo.com dan memberitahu kepada seluruh dunia mengapa mereka layak untuk ke angkasa lepas.

Apabila kaum lelaki tampil segak, berbau wangi dan berasa selesa, mereka pastinya lebih berkeyakinan. Ini adalah sebabnya mengapa deodoran semburan badan baharu AXE Apollo adalah sesuai dengan keharuman yang segar dan bersih, menggabungkan “sage” segar dengan “crisp mandarin” yang nyata dan kayu cendana yang lembut. Kaum wanita mengkagumi seorang hero, dan tiada yang dapat menandingi seorang angkasawan, maka kami menamakan produk ini agar menepati dengan semangatnya” kata Herry Budiazhari, Pengarah Pemasaran, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd

Cara nak jadi Angkasawan Negara? Mudah je, korang ikut je step kat bawah ni ek
1. Klik kat  www.AXEApollo.com
2. Register segala details korang
3. Kemudian suruh kengkawan korang VOTE kat website tersebut
4. Kalau terpilih terus dapat wakil Malaysia tau.
Itu je mudah kan!

Bagi merekrut kadet-kadet untuk perjalanan unggul ini, AXE Apollo Space Academy(A.A.S.A) telah ditubuhkan dengan kerjasama seorang legenda angkasa lepas, Buzz Aldrin. Dengan menganggotai A.A.S.A di  AXEApollo.com, kaum lelaki dan wanita akan berpeluang untuk merebut satu perjalanan ke angkasa lepas bersama agensi angkasa antarabangsa, Space Expedition Corporation (SXC)
AXE telah bekerjasama dengan SXC bagi mendapatkan 22 tempat duduk di pesawat angkasa lepas suborbital, ‘Lynx’.  SXC yang diterajui oleh CEO Michiel Mol mengendalikan pesawat suborbital Lynx milik XCOR Aerospace yang membawa para penumpang lebih dari 100 kilometer ke dalam angkasa lepas, sekaligus memberikan mereka status angkasawan.

Bila dah berangan jadi Angkasawan tu jangan plak lupa guna AXE Apollo ni, alah murah je cuma RM16.90 satu. Mau tau sekali pakai je dah macam bau angkasawan plak kan. Tup-tup terus terpilih.
Rezeki kan, mana kita tau.
Haruslah paksa Mr Big register kat www.AXEApollo.com kot-kot dapat jadi Angkasawan ke kan, aku gak untung.

Wednesday, March 20, 2013

Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....