Tuesday, March 12, 2013

Makan Chinese Muslim Food @ Restoran Haslinda Sim Abdullah


Hi Korang,

Mak ai tajuk bukan main lagi ek. La senang untuk korang sebenarnya nak google nanti kan.

Dah lebih dari 10 kali pi makan kat sini, now baru je nak citer kan.

Siapa kata tak sedap? Babap kang.. sedap la wei sebab tu Mr Big duk ulang makan kat sini je, sampai tokeh kedai pun dah kenal muka kan.


Memang agak payah sket nak cari kedai chinese muslim food ni. Nasib baik kat Bangi ni ada 2 je iaitu Mohd Chan Abdullah (MCA) dan kedai ni. Tapi malas nak ke MCA sebab ramai sangat orang dan mahal sket.

Opss bocor rahsia!

Di antara menu yang selalu ktorg order

Portugese Chicken RM12.00 (small plate). cilok gambo dr sini

Salted Egg Squid RM25.00 (large plate)

Crabmeat Beancurb RM12.00 (small plate)

Ini 3 dish yang memang akan di order kalau datang makan kat sini. Kekadang je ada tambah lauk sini kalau ktorg pi makan dengan kengkawan lain kan.


crabmeat soup

crispy cHicken

claypot beancurd

lemon chicken

siakap sweet sour

Banyak kan menu yang ktorg cuba kan!

Kalau korang datang awal bulan, ya ampun memang payah nak dapat seat tau kena tunggu turn makan. Sebab tu ktorg suka pi tengah bulan, orang tak ramai kan. Service memang ok la tak de lah lambat sangat, lagi pulak FREE WiFi so layanlah internet dulu kan sambil tunggu makan sampai.

Nak terangkan cam ne nak pi aku tak berapa pandai, so korang google jelah according to address kat bawah ni ek


Restoran Haslinda Sim Abdullah
No. 48, Jalan Medan 2C, Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi 43650 Bangi
03-8925 6889
Everyday 11.30am – 11.00pm

Bagi ktorg sedap la sebab aku nak masak style cam ni memang tak de skill langsung lagi plak kalau kira-kira harga beli barang nak masak tu lebih mahal dari makan kat luar so baik pi makan kat luar jelah. Tapi tak boleh selalulah boleh kempis poket dibuatnya walaupun perut semakin kedepan kan.

So Bangian lets try tau..

Hehehhehe

Selamat Makan Korang!


Selesa Dengan Pakaian Dalam NEUBODI

Hi Korang,

Kalau setakat pakai BRA, rasanya korang pandai lah kan. Yelah kalau tak pakai mesti rasa pelik dibuatnya.

Tapi betul ke cara pemakaian bra korang tuh?

Jangan nak kata orang, aku sendiri pun kekadang terkial-kial jugak.


Jadi hari tu, aku berkesempatan ke butik pakaian dalam wanita NEUBODI ni di Paradigm Mall.

~Founded in 2008, Neubodi is a growing lingerie brand that represents an effortless body transformation through providing the right fit to exude the natural beauty and
confidence for every modern woman today~

Pakaian dalam di sini reka untuk memperbaiki kedudukan ‘aset’ kita yang selama ni kita abaikan. Rasanya lebih 600 jenis saiz termasuk plus size cam aku ni mengikut rekaan dari cup B – I, with band size dari 30 – 44,  warna, keunikan bagi saiz badan semua wanita.

Jom tengok koleksi bra dan panties kat butik ni.







Meh citer sket ciri-ciri uniknya Neubodi Bra ni

1. Shoulder straps
Shoulder straps are set at least 15mm wide to provide 10-20% support to to the breasts.


2. Soft boning structure
We incorporate each piece with a special boning side structure. This is a ‘keep and lock’ system to enhance your body silhouette.

3. Underband
The under band provides more than 80% of lift and support to the breasts. Our high and broad under bands are constructed to sit firmly around the body and to provide
stability to the breasts.

4. Centre piece
The center gore is thoughtfully constructed to sit firmly against the chest to provide a strong hold to the bra.


5. Cup
Our cups are impressed with a 3D contour design to actualize volume and also to intensify a desirable cleavage.


6. Underwire
The underwire is the crucial element to ensure the breast are cupped and held in place perfectly and comfortably.

Di butik Neubodi ni, sebelum korang beli bra dan panties dan sewaktu dengan korang di ajar dulu cara pemakaian yang betul. Aku pun di ajar sendiri oleh one of the expertise kat sini ye.


Memula pilih saiz bra yang betul. Kemudian cara nak pakai tu bukan main tibai je, ada step by step yang harus dilakukan. 


Refer kat gambar di bawah ni ek.


Faham tak?

Ke korang nak aku demo cara pakai bra yang betul. Aje giler wei, mana boleh. Nanti nampaklah lemak-lemak di sekeliling badan ni kan.



Once bila dah pakai tuh, feelnya lain beb. Korang dapat rasakan betapa selesanya bila bra ni melekap kat badan korang.


So terima kasih to Neubodi coz sudi curahkan ilmu sket kat aku yang tak berapa arif mengenai pakaian dalam ni. 

Hopefully pas ni, aku dah pandai jaga my ‘aset‘ ye…


Korang pun boleh gak praktikkan apa yang aku ajar ni, ye baguslah ilmu kesihatan cam ni. Lepas ni cik abang sayang pun mesti duk puji je korang kan hehehehehh


Untuk lebih info, korang boleh call customer careline ni ye 6012-7238128 / 03-6150 1288 atau klik ke www.neubodi.com

Pakaian dalam sama penting dengan pakaian kita kat luar tu tau

Cubalah ye..




Monday, March 11, 2013

Char Koay Teow Sedap Di HOT Bangi


Hi Korang,

Aku pi makan kat sini dah 2-3 pun but still tak de masa nak tulis lagi review kan.

Ok now aku citer.

Lama gak aku duk peratikan kedai ni, bukan apa bila lalu je tutup, so cam ne nak singgah kan. Until one day tuh, lepas pi kedai hardware survey tin cat rumah nampak plak kedai ni bukak itu yang terus singgah.

Rupanya kedai ni bukak lewat petang ye, lebih kurang dalam kul 6 lebih cam tu. Masa ktorg sampai tu, orang tak delah ramai sangat kan. Ok ok la


Kat kedai ni menunya ada 2 je iaitu CHAR KOAY TEOW dan NASI LEMAKBetul lah kata food blogger ni, papan menunya tergantung kat dinding dapur tu kan.


So ktorg order je Char Koay Teow special RM5.50 sepinggan. Jadilah. Aku makan sepinggan je but Mr Big 2 pinggan coz sket sangat dia kata, yelah kan tengoklah saiz badan.


Minum Teh O Ais Limau je, senang boleh potong lemak kan. Katanyaaaa

OVERALL rasa:-


Tak sama cam Char Koay Teow Penang pun sebab tukang masaknya orang Kelantan kot dari slang yang diorg cakap kan. Warnanya tak gelap, may be tak nak letak banyak kicap agaknya. Kuahnya ada rasa cam kacang sket, tak hangus.

So Bangian yang still mencari kat mana nak makan bila dah malam ni, meh singgah sini.

HOT Bangi Char Koay Teow
Seksyen 9,
Bandar Baru Bangi
(sebelah Bangi Kopitiam)

Bolehlah alas-alas perut kalau tak nak makan nasi kan. Sedap.

Jom malam ni lepak ni nak...