Friday, March 1, 2013

2 Kali Ke Big Bang Wolf 2013

Hi Korang,

Sampai 2 kali aku ke event ni.


Bukan apa-apa pun but seronok sangat tengok buku-buku omputih yang banyak sangat. Kira macam teruja gituh.


Semalam memang tak sangka nak ke sini sebab masa ktorg pi makan kat The Mines tengok parking bukan main penuh. So hirau kan jelah. Tup-tup time tengah makan, tengok orang duk kira kanan menjinjit beg plastik gambo serigala hitam ni. Then member aku cakap, la hari ni ke start BBW ni. Makan cepat-cepat terus je berdesup ke MIECC, alah sebelah je pun. ½ jam je shopping beli buku. Pilih yang mana berkenan di hati then terus balik opis, takut kena bebel dengan bos botak plak kan.


So tadi pergi lagi BBW ni. Ala lepas makan ada free time sket, melangkau ke sebelah jap. Mak datok ramai ulat buku tengah duk memilih buku. Aku just browse coz dah tau buku mana nak beli. Pilih-pilih then terus bayar.

So inilah hasilnya

Semalam punya – 3 buku RM15.00

Hari ni punya – 3 buku RM15.00

Murah giler kan!

Ntah bila masa aku nak baca pun tak sure lagi, tapi di sebabkan seronok benau dengan buku-buku beli gak lah.

Tapi buku How to draw people tu bila plak aku nak belajar melukis ek.

Ishkk suka buang masa betul tau.

Korang kalau nak ke BBW 2013 ni sempat lagi. Dia sampai 4thMarch 2013. Kalau boleh dating pepagi, boleh lelama sket dan tak ramai orang lagi kan.

Itu je

Selamat berweekend korang…



Jangan Pandang Rendah Ye


Hi Korang,

Biasalah pepagi Jumaat ni, meh aku nak tazkirah korang sket.

Baca ni


Itulah ramai yang pandang rendah kat ktorg kaum wanita ni kan, tapi kalau ktorg tak de cam ne? mau huru hara dibuatnya kan.

Hehehehehhe

Alah for fun jelah, itu pun nak merajuk ishkk.. tak macho lah cam ni

Ok nanti citer laGi pasal pompuan ni ek

Pics : google.com

Thursday, February 28, 2013

Makan Dengan Amoi Cantik Di Du Viet Restaurant, KLCC


Hi Korang,

Tajuk tau mau kalah kan.


Memang pun aku pi makan dengan pompuan2 cantik, masa tu baru je abis even Marie France kan so harusla semuanya girlsssss..

Ktorg tak order apa-apa pun coz masuk-masuk je semuanya dah terhidang. So tak de la aku ke semua nama makanan ni. Jadi aku assume2 je lah ek.

Meh tengok apa yang di order untuk ktorg pompuan2 cantik ni

Spring roll



papaya salad

minum jasmine tea dulu jap


seafood kuayteow noodles

fried rice

First time makan makanan Vietnamese ni, haruslah sedap kan. Banyak betul rencah + rempah + daun ulam, diorg gunakan. Rasa boleh kurus gak kejap makan kat sini.

Ingat kalau ada free-free time, boleh kot buat food review kat restoran ni. Alah sesaje tukar angin plak kan, asyik makan kari je nak gak rasa makan daun-daun. Dah macam kambing plak.


Korang pun bolehla ke sini, kalau nak cuba ek.

Du Viet Restaurant & Café
Lot 416, Level 4, Suria KLCC,
03-2166 3630

Haruslah tiap-tiap ari bukak, ikut time KLCC la ye.

Kalau ajak Mr Big, memanglah aku tak merasa kan coz dia bukan minat makan cam ni. Kena cari regu gak makan menda alah ni.

Ermm sape aku nak ajak kan…

Korang nak tak?