Saturday, February 16, 2013

SEGMEN REVIEW BLOG BY DJH 2

Hi Korang,

Jejalan blog Farah ni tadi terus ternampak segmen review yang dia join ni.

Sebab malam ni ada FREE sket so aku pun join gak




SYARAT 2
  • Follow blog angah
  • Tekan Google +
  • Buat entry..
  • Tekan like fanpage angah..


FAEDAH :
  • korang akan dapat follower baru!!
  • blogger2 lain akan tau macam mana blog korang,dan sekaligus dapat tingkatkan trafik blog korang!
  • trafik meningkat!!

Apa lagi?

moh join cepat ye...




Friday, February 15, 2013

Dah Hilang


Hi Korang,

Dekat 2 minggu aku mencari kucing yang selalu aku bagi makan kat parking ni.


Memula ingat dia dah beranak kot

So meratalah ktorg tawaf sai’e kat block ni mencari kucing tuh. Asal balik keje je, pi ronda pusing block. Kot-kot dia sembunyi anak-anaknya dari kena amik kan.

Maklumla kucing tu comel, lepas tu bijak plak.


Dari jauh dia dengar bunyi enjin kereta aku dah terus berlari kat parking tunggu nak bagi makan kan. Kekadang tu agaknya kalau aku bagi makan banyak, dia walk down dengan ke lift, kira cam escort plak kan.

Ishkk sedih plak, dahla makanan dia sepaket beso aku beli.

Tup-tup aku terperasan kertas kat beam tiang tadi (baca entry ni)

Ntah-ntah cleaner tu dah buang kucing aku tak?

Ermm

Jeng..jeng..jeng..

Tak per balik karang aku pi serang JMB!

Dan pesanan untuk makcik cleaner jahat tuh…

Aku akan serakkan sampah kat dalam bilik sampah tuh tau….

Sambil tangan posing Jahat budak jahat!!.. macam citer Hantu Kapcai tuh


Ada Aku Peduli

Hi Korang,


Renungan di hari Jumaat yang mulia ni



Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... 

Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....

 
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...

Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku..

. 
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami... 


Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam..

.
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian...


Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar...


Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa...


Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku... 


Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku...


Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata..

.. 
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus 
nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki.... 



Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI 



Ketika telefon isteriku berdering di malam hari.

.. 
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting... 


Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya..

. 
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan...


Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya.... 


Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....


Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ..

. 
Kini,
aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku? 





Kesimpulannya :-

Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap

dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan 

diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila 

hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki. 


Cilok dari FB kengkawan aku semalam...