Wednesday, February 6, 2013

Wordless Wednesday - Botol Wonderland

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week

Jeng jeng jeng...


Cantik tak?

Best kan.

Tapi bila korang tau apa dalamnya lagi best.

Cer teka cer teka...


Tuesday, February 5, 2013

OTAK-OTAK, Kudapan Masa Tunggu Makanan Sampai

Hi Korang,

Salah satu all time favourite food aku ialah OTAK-OTAK.

Bukan otak manusia lah.


Otak-otak ni diperbuat daripada isi ikan yang diproses berbentuk leper dan bersegi di campurkan dengan bahan-bahan rempah  seperti bawang merah, santan, serai, kunyit dan memacam lagi yang aku sendiri pun tak sure lah dan kemudiannya di balut dengan daun kelapa sebelum di bakar hingga masak.

Otak-otak ni dulu famous di Johor coz dengar citer makanan ni berasal dari Indonesia dan Singapore gituh. Entahlah itu sejarah kata bukan aku yang kata ek.


Alah sekarang ni merata dah boleh makan OTAK-OTAK ni. Ada kedai makan, then ada lah OTAK-OTAK. Kalau tak de maknanya tak up todate kedai tu hehehehe

Ktorg kalau pi kedai makan, mesti pekena OTAK-OTAK ni dulu sementara tunggu main dish lain sampai. Satu bakul tu ada 10, dalam sekejapan terus licin dibuatnya. Yelah makan pepanas, mestilah sedap kan.


Kekadang tu makan tu je dah kenyang tapi mestila 2 bakul baru masyuk kan. Kalau sebakul RM8.00 maknanya sekeping jatuh 80sen la kan. Ntah aku main bayar je tak kira pun.


Ada jugak aku perasan orang jual frozen OTAK-OTAK ni but for me cam tak fresh gitu lah. Baik pi makan kat kedai.

Dalam erti kata lain, Mr Big bini ko memang pemalas sebenarnya

Sudah malam kang nak pi makan OTAK-OTAK ni.


Samsung GALAXY Camera Workshop Sangat Best.

Hi Korang,

Tup-tup geng Samsung plak panggil pi join Samsung GALAXY Camera workshop ni kat Mid Valley hari tuh. 



Nasib baik buat Sabtu pagi so aku heretlah MrBig sekali, sambil tu boleh shopping sket sempena CNY kan. Dah macam aku raya plak ek.


Class tak ramai pun dalam 10 orang gituh. Objektif workshop ni adalah untuk memperkenalkan lagi kehebatan Samsung Galaxy camera ni. Walaupun aku dah pernah buat review tapi ada banyak lagi function yang aku tak tau dalam Galaxy Camera ni.


Cam biasa simple briefing dari Product Manager Samsung. Dah memacam plak menda yang aku dapat tau. Cara ambil gambar yang betul, editing gambar, uploading semuanya boleh buat dengan camera canggih ni.

Kemudian, ktorg di bawa jejalan around Mid Valley ni.




So sambil jalan tu sambil lah diorg briefing sket function-function mantap dalam camera ni. Aku suka tu time buat slow motion video, memang superb sangat. Boleh slowkan air fountain yang membuak memancut tu tau. Ambil gambo lompat yang cantik dan ada lagi lah.




Mana plak video ni, jap aku pi cari dulu ek


Memang workshop ni bukak mata aku lagi mengenai Samsung GALAXY camera ni dan bertambah kuatlah keinginan aku nak beli kan.

Jawabnya,


Kena keja kuat lagi tulis blog untuk beli camera ni. Bak kata blogger Taiko Sepang, beli camera ni pakai duit blogging baru masyuk kan. Kira nampak hasil berblogging selama ni.

Jadi mari mengupdate blog sentiasa ye.