Monday, February 4, 2013

P1 MX 230 Sememangnya Jadi Idaman

Hi Korang,

Ok kite flash back balik 2 entry terdahulu iaitu dapat MX 230 dan outing dengan P1Mudah sket korang nak paham kan.

Sambung balik kisah MiFi MX 230 ni


Pengalaman dapat guna device canggih dari P1 ni memang best. Mana tak nya kemana-mana je berjalan dengan internet. Kira macam HOTSPOT plak tuh. Senantiasa WiFi di tangan.

Aku pun check it out kat website P1 ni ternyata ada kempen baik punya untuk device MX230 ni



Not bad jugak pakej yang di tawarkan.


Yang penting, saiznya yang kecil dan muat-muat masuk poket so senangla nak bawak berjalan.

Boleh la sesiapa yang tak de On the Go device ni mencuba kan.

Cuba dulu kemudian baru tau.




Saturday, February 2, 2013

Samsung EcoBubble™, Beruang Kutub Pun Suka Gak

Hi Korang,

Masa dulu-dulu, janji ada mesin basuh dah cukup bagus dah. Janji lepas basuh baju + seluar jeans + cadar yang tebal-tebal tuh. Dekat 8 tahun gak aku pakai mesin basuh ni.

Tapi bila tengok mesin basuh Samsung EcoBubble yang canggih ni, hati mula bercakap-cakap. Rasanya dah masa kot bertukar ke yang up to date sket.


So aku google sket mengenai Samsung EcoBubble ni, apa yang specialnya

Apa itu Eco Bubble?
Teknologi yang menggunakan penjana gelembung yang membebaskan sabun ke dalam air dan kemudiannya ke udara bagi menghasilkan buih sabun yang banyak. Apabila teknologi ecobubble ™ digunakan, sabun alan jadi lebih baik dibebaskan ke dalam air dan penembusan lebih cepat ke dalam pakaian dicapai, jadi kurang air panas diperlukan untuk membantu proses pembersihan. 



Program Eco Super ni membasuh pada hanya 15 ° C, dengan keputusan mencuci 40 C °, menjimatkan sehingga 70% tenaga hasilnya.

Kira Eco friendly la tu kan


Bagi aku kapasiti 12kg untuk sekali bagus memang dah cukup bagus. Mana taknya boleh basuh cadar, quilt cover, toto sekali gus. Sambil nak tunggu siap boleh lah aku goyang kaki buat keje lain plak kan macam upload gambo ke FB, instagram kejap kan


Yang eloknya tuh, mesin basuh Samsung EcoBubble ni beroperasi sesenyap mungkin. Tipulah kalau tak dengar bunyi mesin tu bergerak but tak delah sampai jiran sebelah boleh dengar mesin korang tung tang tung tang..

Even beruang kutub pun suka yang amat dengan mesin basuh Samsung EcoBubble ni.

Tengok ni


Betul kan, apa aku cakap.

Pandai plak beruang kutub tu basuh bulu dia ek. Sambil nak tunggu kering, siap boleh buat memacam benda untuk hiburkan hati dia.  Comel plak aku tengok bila bulu dia dah siap basuh, terus jadi putih ooo


Ermm memang patut kena angkat satu ni, dah lama rasanya pendam hasrat hati yang terbuku ni kan.




Friday, February 1, 2013

Dim Sum Halal Dan Enak


Hi Korang,

Makan-makan time..


Dim Sum ni adalah sejenis makanan Cina yang di hidangkan dalam bakul pengukus kecil di  waktu pagi kat kedai kopi Cina. Kira macam kuih-kuih tradisional diorg lah.


Yang sedapnya, inti dalam Dim Sum ni ada ayam, daging, udang, sayur-sayuran sket. Kira cam ala-ala popia kita gak la but yang differentnya di kukus. So tak delah berminyakkkk


Aku memang suka sangat makan Dim Sum ni tapi nak cari yang HALAL dan sedap amatlah payah. Sekarang ni kalau teragak nak makan, cepat-cepat ktorg ke restoran Mohd Chan Abdullah kat area Bandar Baru Bangi ni.


Bila dah malam, kalau ke restoran ni confirm-confirm Dim Sum abis. 2-3 kali jugakla aku terkena. Sekarang ni time petang-petang lepas balik keje, terus je singgah dan tapau.

Senang hati!

Nak suruh aku buat?


I have no guts to do that sebab aku tak de bakul pengukus kecil yang comey lote tuh.  Lepas tu plak, kulitnya plak aku tak reti nak bancuh tepung takut karang adunan lembek tak sememena kan.  Tapi bila tengok resipi yang aku google kat internet ni nampak cam senang plak.

Tengokla, one fine day nanti..