Tuesday, January 29, 2013

Lunch Tadi : MEE KUNGFU


Hi Korang,

Lambat sket up entry coz ada tender nak kena submit, so entry simple-simple je aku citer kat korang ek

Malas nak citer banyak, meh tengok ni.


MEE KUNGFU

Hah nama bukan main lagi, patutla lepas makan tadi aku cam cergas semacam je. Mesti Mee Kung Fu punya pasal ni.


Ntah cam ne mee ni dapat nama ek, agaknya dulu favourite Jackie Chan dan Bruce Lee. Memang Chinese style pun cara masakannya. Kena guna Yee Mee tapi kalau tak de pun tak pe, guna je mee kuning. Tengok bahan yang di gunakan, banyak betul tapi semuanya senang nak cari pi je 99 supermarket tuh semua ada kat situ.


Aku tak nak tepek resipi pun coz aku belum pernah cuba lagi, nanti kalau aku dah reti masak Mee Kung Fu ni baru aku kasi tau resipinya ye

So selamat makan korang!




Pasar Siti Khadijah, Semuanya Ada Di Sini

Hi Korang,

Ramai orang tanya kenapa aku boleh tak de kat event Sepetang Bersama Blogger 2013 #SBB2013 anjuran Denaihati.com tu kan.

Sebabnya aku pi bercuti

Ktorg ke Kota Bahru, Kelantan.

Biasalah ada wedding tapi tak nak cite pasal tuh. Aku nak citer mengenai pasar famous kat KB ni.


Kalau tak singgah ke Pasar Siti Khadijah ni, rasanya memang tak lengkap percutian korang ke Kota Bahru. Yelah pasar ni betul-betul tengah Bandar KB tak kan boleh miss punya lah.

Pasar ini merupakan salah satu tarikan pelancong yang datang ke bandar Kota Bahru ni, ye sampai aku pun tertarik ke sini sampai 3 kali tau. Ianya terbahagi kepada 3 tingkat iaitu:-


Tingkat Bawah
Menjual barang keperluan harian, ayam, ikan, daging, sayur-sayuran hasil kampung


Tingkat 1
Menjual peralatan memasak, barangan tembaga, makanan tempatan, kedai makanan


Tingkat 2
Menjual kain baju, tudung, kain batik sutera, handbag, perhiasan rumah.

Kenapa sampai 3 kali aku ke sini?

First time ktorg pi tu hari Jumaat so kat Kelantan ni hari Jumaat kat public holiday so banyak kedai bukak lepas solat Jumaat, so sekadar cuti mata dan beli yang penting dulu. Petangnya plak lepas wedding abis, ktorg pi sekali lagi dan pasar almost nak tutup so tengok dari luar je lah.








Yang kali ketiga ni baru lah seronok jalan, keluar pepagi dari PCB Resort terus ke Pasar Siti Khadijah ni. Ronda each floor so dapatla beli souvenir sket untuk omak den + apak den + 2 orang makcik kat opis tuh. Mr Big beli seluar pelikat, aku plak banyak beli menda makan je cam keropok, asam-asam, beras wangi ermm itu je lah.







Korang jugak boleh cuba makan makanan asli Kelantan macam Nasi Kerabu, Laksam, Nasi Dagang, Nasi Air, Mee Celup dan ada lagi yang pelik-pelik yang tak sempat aku nak test. Memang sedap.






Tentang harga plak, bagi aku OK OK je. Maklumlah mak tak berapa pandai keceh kelate so harga pun biasa-biasa je lah tapi still murah gak. Orang perempuan kalau ke sini memang abis duit korang wei, kain baju,telekung, tudung cantik-cantik tuh ikut trend bagai. Boleh jadi gila dibuatnya

Itulah tips membeli belah di Pasar Siti Khadijah ni. Hopefully dapat membantu korang yang first time nak ke sini macam aku ni.


Memang seronok kalau kita bawak banyak duit.


Monday, January 28, 2013

Dapat Jugak Tengok FILEM JUVANA


Hi Korang,

Hah, sape dah tengok JUVANA THE Movie ni? Eleh korang memang advance. Tak macam aku lembab je bab-bab citer melayu ni kan.


Bukan tak dapat pi tengok preview filem Juvana ni dengan media but tak sempat nak pi hari tuh, keje banyaklah awal-awal tahun ni.


Aku ni pun, S.I.L aku yang ajak kalau tak confirm-confirm tunggu keluar kat Astro FIRST jelah.

Sinopsis Filem Juvana:-

Juvana merupakan kesinambungan terhadap drama TV popular Juvana (pemenang Anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011).


Sekolah Wirabakti ditutup dan Botak, Apek, Ayam (serta beberapa pelajar lain), dihantar ke sebuah sekolah juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah tersebut, mereka menjadi sasaran Lan Todak, ketua taiko di sekolah itu. Namun Apek serta pelajar lain tidak mahu melawan balik, kerana mengamalkan apa yang dipelajari dari guru mereka, Cikgu Zakiah. Botak pula tidak setuju dan ingin melawan balik menggunakan kekerasan.


Akhirnya keadaaan meruncing apabila sehari sebelum dibebaskan, Kicap dan Gaban dibuli teruk oleh Lan Todak. Botak pula bertindak, dan membelasah Kecik, orang suruhan Lan Todak, hingga nyawa-nyawa ikan.

Apek pula mulai sedar yang ajaran Cikgu Zakiah tidak berkesan di sekolah baru itu. Dia mulai bertukar menjadi ganas, dan akhirnya membalas dendam untuk rakan-rakannya, sehingga berjaya mengetuai semua pelajar.


Botak pula semakin insaf kerana melihat keadaan Kecik, budak yang dibelasahnya itu. Dia juga mula tidak setuju dengan Apek yang sudah mula naik belang di sekolah baru itu.

Satu hari, Daim mendapat tahu yang keadaan rakan-rakannya semakin teruk di sekolah baru. Dia pergi melawat dan melihat sendiri perubahan yang terlah berlaku pada rakan baiknya, Apek, serta kawan-kawannya yang lain.


Ketika itu, berlaku rusuhan pelajar yang diketuai oleh Lan Todak. Dia tidak berpuas hati kerana rakannya Kecik akhirnya telah meninggal dunia. Dia salahkan Botak dan Apek, dan mahu membalas dendam. Pihak sekolah cuba menghalang, tetapi Lan Todak teruskan rusuhannya. Mereka cuba menawan kesemua pelawat ke sekolah mereka pada hari itu, dan Daim serta rakan-rakan lain pula yang terpaksa bertindak menyelamatkan para pelawat serta diri masing-masing dari Lan Todak.

Time tu lah….

Alah ramai yang dah tau kan ending citer ni, siapa mati dan siapa hidup dan siapa kena tangkap balik? So tak yah aku sesusah nak citer. Hehehehhehe

Ok la citernya NOT BAD tapi banyak bercakap sangatlah, patutnya selitkan lah banyak sket action baru lebih gempak. Watak Sharnaaz Ahmad tu memang terbaik oooo. Menjadi sangat, dengan kepala teleng-teleng sekali betul-betul macam psychotic la. Tapi time dia kena belasah dengan Apek tu best, nampak real sangat.

But seriously last part a few minutes sebelum abis tu aku rasa cam tak best plak lah. Cam tak sesuai je

So far Mr Big kasi 3/5 star je coz dia kata action sket sangatlah.


Korang, sempat la nak pi tengok but kena book awal coz filem ni tengah ON baik punya. Penuh je setiap showtime tau.


credit pics from google.com