Sunday, January 27, 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia : Antara Angin Dan Air

Hi Korang,

Nasib baik sempat aku tengok episod minggu ni punya Fear Factor Selebriti Malaysia

Yelah touch down kat LCCT dalam kul 6.30 cam tu dari Kota Bahru, kemudian pi dinner kat Shaftsbury Square dan akhirnya baru sampai rumah.


Minggu ni cabaran dalam Fear Factor Selebriti Malaysia ni memang hebat. Mana tak nya kena berlawan dengan nature. Cam ne nak control nature kan? itu kan ciptaan semulajadi yang kita tak boleh predict. 


Cabaran Pertama

Para peserta kena alihkan bendera dari satu point ke point yang lain. Nampak macam senang tapi rasanya bila dah tergantung kat tempat tinggi tu memang cuak jugak lah. Sampai kan Azri AF tu tak boleh buat disebabkan gayat. Hebat jugak penyakit gayat ni ek? Sama hebat dengan sakit jantung. Zawen plak tak boleh buat disebabkan ligamen kat bahunya koyak masa last week punye challenge. 


Cabaran Kedua

Peserta kena melepaskan pasangannya di dalam kotak kaca bermangga yang di rendam secara perlahan-lahan di dalam kolam renang. Mudah kalau pandai control  breathing technique boleh duk lama dalam air tuh. Yang aku perasan kebanyakan peserta yang kena bukak mangga tu yang tak berapa pandai control breath. Maybe sebab panik dan nak cepat.


Keputusan minggu ini

Pemenang Imuniti : Akim dan Farish

Pemenang RM10K : Johan dan Kaka

Pasangan terkeluar : Zawen dan Iz Sulaihi  menarik diri disebabkan kecederaan bahu Zawen yang tak boleh teruskan challenge seterusnya.

Pandangan Aku:

Kalau aku untuk first challenge tu rasanya aku boleh buat dengan syarat jangan pandang bawah sebab kalau duk pandang bawah je memang seram dan gayat la kan. Cabaran kedua tu, aku memang tak boleh buat sebab aku tak pandai berenang so camne nak selamatkan orang lain kalau diri sendiri pun tak terselamat kan.

Kesimpulan:\

Air dan angin memang tak boleh di sangkalkan lagi, so terpulang pada nasib kita untuk tentukannya.

So kita tengok plak minggu depan cam ne plak cabarannya ye.




Friday, January 25, 2013

Sepetang Bersama Bicara Mak Dara

Hi Korang,

Seronok betul dapat pi gathering dengan blogger-blogger HOT anjuran Blogger Mak Dara ni. Actually Mak Dara buat majlis ni sempena anniversary blognya yang ke 2 iaitu ‘BICARA MAK DARA’ dan jugak birthday beliau sendiri yang jatuh pada bulan Januari ni gak.

Masa dalam invitation cuma 10 orang blogger esklusif saja yang dijemput tup-tup bila aku sampai lebih 22 orang blogger yang datang tau. Tengok betapa hebatnya penangan Mak Dara ni.


Sesampai je terus Mak Dara bagi tag kat ktorg, even Mr Big pun dapat tag ye. Jangan memain-main. 



Tup-tup dapat goodies sorang satu. Aku dapat set make-up jenama Mak Dara sendiri wokeh dan Mr Big dapat t-shirt. Tak sangka plak Mak Dara dalam proses membina jenama sendiri. Hopefully bloggers boleh bagi support la ye.



Sementara tunggu makan, ktorg kenal-kenal lah dulu. Ye walaupun dah kenal lama kat dalam blog, ada yang first time aku jumpa macam Hafiz dan Dkna tu. Lelain-lelain semua geng-geng biasa cam Yana, Ruby, Nurul, DeqNoor. Ada juga yang baru kenal macam Melastik Bintang dan Farah. Mak Eila Jejari Runcing pun ada.

ini pinggan pertama je tau, belum tengok pinGGan seterusnya

Ok makan sampai walaupun lambat dihidangkan sebab ada miscommunication sket tapi sedap tau. Simple  je menunya tapi mengenyangkan sungguh.

birthday girl dengan cake comelnya

potong  kek time

Tak de aktiviti pun, just borak-borak biasa tapi gathering ni dah gempak. Mana tak nya ktorg ada je menda yang nak di gossipkan. 



Tapi Mak Dara ada buat lucky draw, hah time tu yang best tu riuh rendah dibuatnya kat Rampai Palace tuh.

Ok camwhoring time!








Sebelum balik tuh, apa lagi photo op la dulu. Walaupun tak de photo booth but Mak Dara dah prepare props untuk ktorg bergambar. Best ooo


Terima kasih kepada Mak Dara sekeluarga termasuk anak dara Mak Dara yang comel tuh coz sudi jemput ktorg berdua. Walaupun simple je gatheringnya tapi awesome sangat. Dress code warna putih tu memang terbaik, nampak cam suci murni.


Anyway Selamat Ulangtahun yang Ke 2 kepada Bicara Mak Dara.Com semoga lebih maju dan sukses di masa depan.

Kat bawah ni nama-nama blogger yang join sekali gathering ni ye.



So feel free to check it out apa cerita diorg pasal gathering ni tau.

Meriah sungguh tau!



Thursday, January 24, 2013

Makan Malam Ala ‘Fine Dining’ @ Majlis Kesyukuran Grand BlueWave Hotel, Shah Alam


Hi Korang,

Meh citer pasal dinner ala ‘Fine Dining’ ni nak? Ok ok


Ktorg dapat jemputan dari team Grand BlueWave Hotel Shah Alam ke majlis kesyukuran sempena Penganugerahan ‘Islamic Quality Standard For Hotel Design’ bagi hotel Blue Wave ni.

Hebat tuh! Hotel berkonsepkan Islamic.

Penerima anugerah ini perlu mematuhi dan mengaplikasikan setiap skop dalam standard kualiti yang telah ditetapkan menurut Syariah Islam. Kriteria-kriteria bagi standard kualiti ini bersifat menyeluruh dan merangkumi setiap aspek operasi di sesebuah hotel termasuklah set penjaggan diri, prasarana, makanan dan minuman serta perkidmatan lain yang ditawarkan.


Hotel Grand Blue Wave menerima anugerah ni pada 6 Disember 2012 oleh Universal Crescent Standard Center (UCSC) di 1st International Islamic Tourism Standard Conference (IITSC) anjuran bersama UiTM baru-baru ini.

So jom citer pasal makan ye.

Bertemakan  Fine dining style dengan konsep hidangan melayu. Moh kita tengok apa yang di hidangkan untuk ktorg sebagai tetamu ni ek

Pembuka Hidangan, seindah pandangan


Kerabu pucuk paku mentimun dan cucur limau bali dan isi ketam

Hidangan laut Bayu Nusantara


Pais ikan tenggiri berulam, sate teratak udang cili bangala dan paceri nenas kerisik mutiara

Warisan seni santapan Utama


Nasi Citra sempah sekawan, Ayam pandan bungkus halba serai, daging empeng dendeng berlado dan kambing simpul rendang penanggah

Santapan manisan pemanis selera


Pudding diraja pekan

Pembasah telaga penghilang dahaga


Apple juice, coffee and tea, mineral water

Wah, kelas kan nama-nama hidangan yang dipersembahkan pada ktorg. Ok la satu pembaharuan dari segi plating dan presentation. Taste wise, ok ok aje. Ada yang sedap ada yang tidak.

Kalau korang outstation atau nak cuba rasa cam ne hotel berkonsepkan islamic ni boleh la ke sini ye. Dengar-dengar ada floor yang khas untuk muslimah single bila menginap di sini.Even swimming pool pun ada special time untuk muslimah tau.


Grand BlueWave Hotel Shah Alam
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 603 - 5511 8811 / 1800-38-1388

Salam Maulidur Rasul...