Wednesday, January 23, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Pakai MASK 2 Kali Seminggu Je


Hi Korang,

Memangla pakai mask ni tak berapa penting sangat tapi bagi aku penting tuh.

Yelah mask ni kan dapat tanggalkan kulit mati dan bersihkan kulit muka kita lagi mendalam. Bukan nak kata pencuci muka je dah cukup tapi kalau boleh nakla enhance kan lagi kulit muka aku yang tak berapa nak cantik ni.

Barulah nampak segar dah bersih.

Malam tadi sambil tengok TV tu tak de nak buat apa kan walaupun kain baju melambak tak lipat lagi, tapi buat bodo je sebab malas teringat plak nak pakai mask.


So keluarkan stok mask yang ada. Banyak benau, ada yang beli dan ada yang dapat. Pilih punya pilih, nak cubalah yang Oil Control dan pore reducer tuh. Mana tau kot-kot muka boleh jadi cam NEELOFA kan.


Cara pakai MASK yang betul.

1. Pastikan cuci muka supaya bersih dari segala bakteria

2. Pastikan tangan bersih dan dah dikeringkan

3. Buka plastik mask, tanggalkan kertas pelapik dan terus letak mask kat muka

4. Tekan mask dengan lembut, make sure kena ke seluruh muka korang tau.

5. Biarkan 15 – 20 minit, depends tak pun ikut instruction yang tertulis tuh

6. Abis 15 – 20 minit, cabut mask tu dari muka, jangan basuh ye

7. Urut lembut muka guna essence mask yang tertinggal tadi 

8. Dan biarkan sampai kering.


Nampak tak? Mudah je tu kan.

oit pakai mask pun sengget la

Lepas seketika korang dah buka muka dari mask tu, korang akan nampak seri dari muka korang tu terpancar keindahannya. Yelah daki semua dah hilang kan. Sorry gambo muka lepas bukak mask terlupa nak amik coz masa nak tunggu mask tu, aku boleh tertido dibuatnya hehehehhehe

muka lebar cam pinggan..

Ewah ewah ewah Cik Lily sungguh lawa

Tapi kalau nak lawa lagi

Jangan LUPA pakai mask 2 kali seminggu ye!



10 DUTA TERBARU SCHWARZKOPF


Hi Korang,

Hari tu sempat gak aku ke event Pencarian Duta Schwarzkopf di Aeon BIG, Mid Valley Megamall. Schwarzkopf tu jenama produk penjagaan rambut la. International brand tuh.


So road show pencarian Duta Schwarzkopf 2012 berlangsung selama enam minggu dengan menampilkan produk-produk runcit penjagaan rambut, pewarnaan rambut dan penggayaan milik jenama itu. Sebagai syarat menyertai pencarian, seseorang hanya perlu membeli mana-mana produk runcit Schwarzkopf bagi melayakkan diri menerima tatarias percuma termasuk dandanan rambut, solekan dan sesi fotografi profesional. Semua yang menaruh harapan membawa pulang cetakan 4R percuma imej diri mereka yang baru, lengkap dengan bingkai gambar Schwarzkopf yang direka khas.


Daripada 243 peserta muda lagi memberangsangkan diambil dari jelajah Pencarian Duta Scwarzkopf yang diadakan di kolej-kolej utama dan universiti terpilih di Lembah Klang, 10 pemenang terpilih mempunyai pakej lengkap iaitu bergaya menarik, berkarisma dan berjaya menulis slogan kreatif mengatasi yang lain.


Untuk sepanjang 2013, Ooi Joshua, Loo Lyn Shia, Toh Han Ying, Leong Hung Jeng, Tan Xue Fen, Yap Foo Khiew, Shailini Nair, Tan Jia Tong, Nik Azrul Aimanshah b. Ibrahim dan Lee Sing Yee, akan dilimpahi dengan bekalan selama setahun produk-produk runcit penjagaan dan penggayaan Schwarzkopf dan dijemput untuk menghadiri pelbagai majlis dan aktiviti publisiti korporat serta majlis rasmi


“Kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan untuk pencarian ini. Daripada gambar-gambar peserta yang mengambil bahagian, boleh saya katakan bahawa golongan belia di Malaysia adalah sekumpulan muda-mudi yang jelita disertai personaliti cukup menarik; tiada kekurangan bakat di sini! Walau bagaimanapun, 10 Duta Schwarzkopf yang baru, dipilih berdasarkan keyakinan bersahaja mereka, personaliti yang mempesona dan bertenaga, yang kami percaya melambangkan jenama Schwarzkopf dengan tepat. Kami percaya mereka mampu mewakili jenama ini dengan baik,” kata Encik Markus Daburger, Pengurus Besar Henkel Beauty Care – Cosmetics Retail, Malaysia & Singapura, di majlis anugerah PencarianDuta Schwarzkopf 2012.

Produk-produk runcit Schwarzkopf, termasuk produk penjagaan rambut siri Extra Care, produk pewarnaan di bawah jenama Freshlight dan Palette serta produk penggayaan siri Got2b, kini boleh didapati di farmasi, hypermarket dan pasaraya terpilih bermula bulan Jun tahun lalu.

Produk-produk runcit Schwarzkopf juga boleh didapati di kesemua 26 cawangan Carrefour yang kini dikenali sebagai Aeon BIG, selepas pengambilalihan Carrefour oleh Aeon Co (M) Bhd baru-baru ini.

Ini adalah di antara produk terbaru keluaran Schwarzkopf


ULTIMATE REPAIR BI-PHASE TREATMENT SPRAY RM 29.90

Schwarzkopf Extra Care Ultimate Repair & Gloss Treatment is a light and easy spray containing liquid hair technology with liquid keratin to fill the gaps in the hair cuticle repairing the hair from the inside to the surface using identical particles. The mask treatment provides intensive repair results.

HYDRO COLLAGEN EXPRESS REPAIR DAILY TREATMENT SPRAY RM29.90

Schwarzkopf Extra Care Hydro Collagen Express Repair Leave In Conditioner delivers intensive regeneration and moisture that repairs the hair structure and smoothes the hair surface while leaving it completely comb-able.

Apa macam? Kalau pakai ni mesti rambut jadi cantik dan bermaya lah.

Produk-produk Schwarzkopf kini memberi peluang kepada kita untuk menikmati produk penjagaan dan penggayaan rambut profesional dan berkualiti pada harga yang mampu dimiliki.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Schwarzkopf di Malaysia, produk-produk serta perkembangan dan aktiviti 10 duta baru tersebut, layari laman Facebook Schwarzkopf Malaysia di https://www.facebook.com/SchwarzkopfMY

Ok ok jom cer cepat pi cuba ek