Saturday, January 19, 2013

Tahniah JOZAN, Juara Maharaja Lawak Mega 2012

Hi Korang,

Mesti korang enjoy tengok Final Maharaja Lawak Mega tadi kan?


Ye, aku dengan Mr Big terkekeh-kekeh gelak tengok tadi. Ya ampun, sakit-sakit perut gelak la..

So Tahniah di ucapkan kepada JOZAN (Zizan dan Johan) kerana menjadi Juara bagi Maharaja Lawak Mega. Ternyata korang memang lawak tahap cipan. Tapi group lain pun lawak gak tau.

Ini dia keputusan akhir bagi Maharaja Lawak Mega 2012 ni

Juara - JOZAN

Naib Juara - JAMBU

Tempat Ketiga - SHIRO

Tempat Keempat - BOBOI

Tempat Kelima - SAYWHO

Wow! hadiahnya cash money ooo. Banyak gak ek Juara dan naib juara dapat. Dekat 1million gak.

Tahniah kepada semua pelawak-pelawak ni la. Koranglah yang mewarnai dunia lawak di negara kita ni.

Hopefully rancangan lawak sebegini akan ada setiap tahun ek.



Friday, January 18, 2013

Pasangan Selebriti HOT Scha Dan Awal Ashari

Hi Korang,

Saje nak tunjuk kat korang gambar sweet ni

Scha Al Yahya dan Awal Ashari

Sweet kan!

Itulah jeles mak tau noks! yelah sama cantik sama padan bagai pinang di belah-belah gamaknya.

Masa ni sempat aku ambil masa Listerine event hari tuh. Scha memang peramah dan cantik. Simple je orangnya. Ada lagi gambo diorg, nanti la ek.. 

Tapi aku dengan Mr Big pun HOT Couple gak, ye paling HOT pasal makan je lah....

ehehhehehee

Salam Jumaat korang...


Thursday, January 17, 2013

Restoran Steamboat Antarabangsa @ Bandar Baru Bangi

Hi Korang,

Citer pasal makan-makan lagi yeah! I like!

Biasalah kalau dah lapo memang tak fikir apa pun, janji nampak kedai makan best terus je singgah. Malas nak pilih-pilih sangatlah, takut salah pilih langsung tak lalu nak makan.


Ktorg ke Restoran Steamboat Antarabangsa kat area Bangi ni. Restoran yang menghidangkan steamboat dan grill sekali, lebih kurang macam Red Wok Restaurant. Mak ok ok je but Mr Big suka main masak-masak ni, boleh tunjuk skill katanya.


Menunya haruslah bahan-bahan untuk steamboat dan grill. Ada ayam, daging, kambing, unta (tipu je lah), segala mak neka seafood, sayur-sayuran untuk kesihatan, pelbagai jenis mee kering, buah-buahan dan tak ketinggalan ais-krim pun ada tau.


Berkonsepkan ‘Eat All You Can’ so bolehla makan mengikut selera tekak memasing tapi jangan sampai membazir ye sebab setiap 100gm makanan membazir akan discharge RM10.00. Hah cuak kan, dah berhenti sebelum perut meletup tau.


Bahan-bahan steamboat, amik sket je takut tak abis plak nanti.

lokan grill

eee lemak sedapnya....

sotong grill


Tukang masak setia aku, akan tunjukkan skill bakar membakar ni ye

Hangus-hangus dapur dibuatnya


Mee Maggie aku ni, memula macam tak selera nak makan kan coz cendawan tu nampak buruk sangat tapi bila dah siap masak. Wallah.. sedap sangat.


Licin semuanya, yang tinggal kulit-kulit lokan dan pinggan mangkuk kosong je.


Kalau teringin, mehla ke sini :-

Restoran Steamboat Antarabangsa
10G-1 Jln Medan Pusat Bandar 4A
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
4 Petang - 12 Malam

GPS : 2.960356,101.755901

Harga tak de lah mahal sangat. RM25 seorang dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Tapi aku tak sure plak harga sekarang ni, naik ke dah turun ye. Alah kalau dah kaki makan, mana ada kisah soal harga kann, janji sedap dan kenyang.

Selamat makan korang!