Wednesday, January 16, 2013

Giliran Kajang dan Bangi Tiada Air


Hi Korang,

Aku rasa isu ketiadaan air ni kini makin meruncing. (Wah ayat skema cam baca berita plak kan)

Huahauhauhaua

Aku tak boleh tulis ayat-ayat cinta cam ni oit.. susah lah. Ok back to normal ye.

air cuci muka

Aku pun dah jadi cam kes K Red dah. Wabak tak de air ni dah mula merebak kat area umah aku. Tak sure plak housing area kat sini but area rumah aku confirm.

air untuk cuci berus gigi

Semalam balik dari event awal so plan nak basuh baju dan masak special sket bagai. Bukak-bukak je paip air kat sinki dapur ni, langsung setitik air pun tak keluar. Apalagi mengambur pi check kepala paip lain ermm harammm langsung tak keluar apa-apa pun.

Sudahnya aku pi tadah air minum aku dalam COWAY punya machine tu untuk basuh tangan. Nak masak pun tak boleh kan, aku keluarkan semua baju-baju kotor masuk dalam laundry bag siap-siap untuk anto pi dobi. Kemudian keluarkan segala mak neka baldi dan tong-tong yang ada susun dalam bilik air guest tu standby kalau-kalau air keluar kan.

Bagitau Mr Big kes ni, tak sampai 10  minit dia call. Dia cakap tadi dia baru je call JMB(Management umah ktorg) memang air dah mula di catu. Ni gara-gara berpunca dari adanya berlaku pencemaran air di Empangan Semenyih. So JMB akan bukak air tangki start dari kul 8.30malam sampai air abis setiap hari cam tu until further notice.

Mak oi, tak kan lah lama benau kan.

Sudahnya aku kemas-kemas umah je sambil update blog sementara nak tunggu kul 8.30 mlm. Tak sampai kul 8 pun diorg dah bukak air. Hah apa lagi, cepat-cepat tadah air penuhkan semua baldi. Baju plak aku terus masuk dalam washing machine dan basuh, langsung tak yah ke dobi. Kemudian berpaksa Mr Big mandi, takut-takut air habis plak.

air untuk dapur

Aku macam obses di buatnya, segala bekas yang beso dan bertutup semua aku penuhkan sampai Mr Big kita ni berdua je bukan ada anak pun yang sampai nak tadah bergelen-gelen air kan. Aku cakap tak per, mana tau tak de 2-3 straight at least ada gak air untuk emergency.

Nau baru aku rasa betapa pentingnya air ni.


Boleh jadi gaduh dibuatnya kalau tak de air ni. Sedangkan ktorg berdua kat umah ni banyak pakai air, bayangkan rumah K Red yang dah almost sebulan tak de air tuh. Dia lagi kesian dengan anak-anak lagi memang azab sengsara dibuatnya.

So kepada pihak yang berkenaan PUSPEL, SYABAS. Taula korang ni ada kuasa yang maha hebat boleh tutup air dengan sewenang-wenangnya tapi TOLONG prihatin tentang keadaan rakyat Selangor ni.

Betul kata orang

'BIAR TAK DE ELEKTRIK JANGAN TAK DE AIR'

Teruk betul lah cam ni…

Semalam penuh plak orang kat kedai hardware, beli tong plastik bukan main banyak lagi.


Wordless Wednesday - Musim Tak De Air

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Kini trending ni tau. 

Abis satu Selangor tak de air. Rumah aku yang atas langit ni  pun terkena gak. Jawabnya mandi kat kolam renang public la ye






Tuesday, January 15, 2013

Makan McDonalds Prosperity Burger Bererti Derma RM1 Kepada Badan Kebajikan


Hi Korang,

Orang Malaysia ni kalau bab derma-derma ni memang no. 1, asal ada orang datang mintak derma kasi je RM1 kan. Baik orang Malaysia ni.


So apa kata korang menderma sekali di kempen ‘McDonald’s Prosperity Gives Back‘ yang bakal di adakan pada 19hb dan 20hb Januari 2013 ni nanti. Alah weekend ni je pun.


Kalau 2 tahun lepas, cuma 10sen sahaja pihak Mc Donald derma bagi setiap biji Prosperity Burger yang di jual dan tahun ini mereka meningkatkan jumlah derma kepada RM1 bagi setiap biji burger yang dijual.


“McDonald’s has always stood by giving back to those in need and bringing benefit to local communities in all our operations worldwide. Throughout our 31 years in Malaysia, we have undertaken many community outreach initiatives that have benefited various communities. Prosperity Gives Back marks the first 2013 community initiative by McDonald’s to touch as many lives, as far reaching as possible across the nation,” kata Ms Sarah Casanova, Managing Director of McDonald’s Malaysia and Regional Manager of McDonald’s Malaysia & Singapore semasa media briefing last week di Mc D Mutiara Damansara yang sempat aku hadiri.


PROSPERITY bermakna 10 nilai-nilai mulia yang dipegang iaitu Happines, Friendship, Love, Satisfaction, Peace, Abundance, Sharing, Family, Affection and Joy.


Beberapa orang Selebriti Malaysia seperti Phat Fabes (FlyFM), Leya (HotFM), Nicholas Ong (OneFM), Julie Woon, Chelsia Ng dan ramai lagi akan menjadi volunteers atau sukarelawan pada 2 hari tersebut di Mc Donald Kota Damansara sebagai tanda sokongan mereka pada kempen ‘McDonald’s Prosperity Gives Back‘.

Pada mulanya kempen ini di jalankan pada 2011, sebanyak RM286,000 di kutip dan di agihkan kepada 44 badan kebajikan dan dalam tahun kedua sebanyak RM395,828.80 di kutipkan dan di agihkan kepada 52 badan kebajikan dan tahun ini pihak Mc Donald berharap hasil kutipan tahun ini akan dapat diberikan kepada lebih daripada 60 buah badan kebajikan di seluruh Malaysia.




Caranya?

Beli je Prosperity Burger tak kisah samaada ayam atau daging dan secara automatiknya RM1 telah pun di dermakan kepada badan kebajikan tempat korang beli burger tu tadi.


Mudah kan.

Alah sekali sekala menderma apa salahnya. Bukan luak pun RM1 tu kan. Sekali korang menderma RM1, lebih dari RM1 korang di limpahkan rezeki.


Kalau nak tau more info, Log on to www.mymcd.com.my/prosperity to read stories of true ‘PROSPERITY’ shared by our fellow Malaysians.

Find out more about McDonald’s Prosperity Gives Back Campaign and the Prosperity Burger on http://www.facebook.com/My.McDonalds

Jom ke Mc Donalds pada 19 dan 20hb Januari ni tau!