Monday, January 14, 2013

Restoran Teppanyaki Bukit Bintang

Hi Korang,

Dengar nama pun dah tau dah, Teppanyaki ni adalah makanan Jepun.

Ktorg kalau pi area Bukit Bintang ni, memang selalu akan pi makan kat sini. Senang, mudah dan cepat.


Korang kalau masuk kedai ni jangan terperanjat pulak. Actually tempat duduk makan kat sini berbentuk kaunter. Kita boleh tengok secara LIVE tukang masak ni masak depan kita guna kuali besi empat segi yang rata dan hitam.

Sebab apa aku cakap cepat?

Bawah kuali besi lebar tu, ada dapur gas boleh kawal saiz api. So lagi banyak masak lagi besar lah apinya dah cepatla makan. Betul tak? Tapi jangan bimbang, ada gak dining table yang biasa macam kat umah tu bagi yang tak biasa duk kat kaunter ni.

Japanese Tea (RM1.20 - bottomless)

Untuk minuman, aku akan order Japanese tea yang panas tuh sebab green tea nya sedap tak delah rasa pelik pun.

Fuji Snow (RM5.90)

Ini memang specialty bagi Restoran Teppanyaki ni. Dia macam ais yang diblend dan di kepalkan, letak sirap gula, bahan-bahan seperti ABC, laici, logan, jagung banyak dan memacam lagi lah. Tak dela manis sangat pun, sedang-sedang aje.

Chicken Teppanyaki (RM9.50)

Makan plak, aku order Chicken Teppanyaki . Tengok ayam di goreng dengan butter dan sikit minyak dan juga bawang goreng, ada sayur kobis dan taugeh, nasi semangkuk dan lobak asin. Makan kena panas-panas baru terangkat.

Beef Teppanyaki (RM10.90)

Lelain semua sama cam aku punya but ayam tu di ganti dengan daging. Rasa daging tu tak delah kering sangat, ada lagi juicy taste.

SUKIYAKI (RM9.90)

Sup sayur gituh lah but ada telur udang, daging sket dan ayam sket. Sedap gak, adalah berkuah sket ktorg makan. Letak plak dalam kuali comel periuk tanah kot, so senantiasa je panas bila makan. Time demam ke, sejuk-sejuk elok makan.


Restoran Teppanyaki ni ada banyak outlet kat area Klang Valley ni. Ada lebih kurang 10 outlet yang aku perasan lah. Tapi yang ktorg suka pi kat sini lah

PUB-S1, 2nd Floor, Sungei Wang Plaza,
No. 009, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Aku pernah try kat outlet tempat lain but rasanya tak sama dan tak best macam kat Sg Wang ni. Walaupun tukang masaknya bangla but tastenya a bit different la. Alah yang penting, kenyang dan sedap masuk tekak.

Harga tak delah mahal sangat pun berbanding restoran jepun yang lain. Kira ni macam the cheapest one. Kalau nak belajar-belajar makan makanan jepun, meh try makan kat sini dulu tau.

Selamat makan korang!


DATA - Jangan Hilang Segalanya

Hi Korang,

Ingat tak lagi entry aku pasal kisah cinta PJJ si Amy tuh? 

Kalau tak ingat, meh baca kat entry kisah cinta yang hebat ni tau.

Ok ini sambungan nya.






Hah ko tetiba plak sedang si Amy dan si Joe tu bergembira, Nick plak balik dengan tak semena-menanya. Apa jadi letak tu? Cincin sapa plak tu kan?



Tunggu sambungannya pada 18 Januari 2013 

Klik di http://bit.ly/dontLoseItAll atau #DontLoseItAll @xpaxsays





Bayangkan aku yang kena cam tuh?



Haruslah aku risau hubungan jarak jauh ni, mana taknya bila dah takde depan mata macam-macam boleh berlaku. Sifat cemburu tu mula muncul, itu yang aku risau tuh. Kalau tak de teknologi canggih macam chatting, skype, whatapps tak tau la cam ne.

Ermm tak sabar nak tau sambungannya ek..



Sunday, January 13, 2013

Fear Factor Selebriti Malaysia, Confirm Aku Tak Boleh Buat

Hi Korang,

Baru je abis tengok Fear Factor Selebriti Malaysia tadi kat Ch 134 Mustika HD ni.


Cemas + geli pun ada


Ermm untuk minggu ketiga ni task diaorg kena bukak kunci dengan combination nombor yang ada dalam balang berisi ulat yang busuk, siput, ntah apa-apa lagi keladak yang aku sendiri pun tak sure itu apa.


Untuk second task, diorg kena pukul penanda sambil di tarik dengan kereta kuda. Alah nampak cam senang tapi bila dah tengok mak ai susah gak tuh

Bayangkan kalau aku yang kena buat kedua-dua tuh?

Memang la buat jugak but dalam hati ni mesti menjerit-jerit takut punyalah. Bukan apa takut ulat-ulat tu masuk dalam mulut terus termuntah nanti. Lagi pulak aku kan pakai lens, kang masuk mata oooo

Tapi bab pukul tiang tu aku suka coz rasanya boleh buat kot but bukan pukul tiang la, just tukang pegang tali tu boleh la.

Tapi personally speaking kalau Mr Big ajak masuk game-game cam ni memang aku tak nak. Rasanya fear aku belum lagi boleh dihilangkan kot

Kalau korang plak cam ne, BERANI ke PENAKUT cam aku?

Anway happy weekend korang...