Friday, January 11, 2013

The Luxurious Bulgaria Rose Skin Care Terbaru Dari SHILLS


Hi Korang,

First event dalam 2013 ni, SHILLS jemput ke launching produk terbaru mereka ‘Bulgaria Rose Skin Care’ di The Garden Cafe, Mid Valley jumaat lepas.


Cantik gak, Garden Café ni ala-ala inggeris gituh. Putih dan Pink je. Sweet sangat. Sampai gambo makan-makan tak amik pun coz dek terpesona dengan wangian ros ni la.


Actually SHILLS Beauty ni merupakan pengedar yang bertauliah untuk jenama kosmetik dan skincare dari Taiwan iaitu SHILLS, ANOSA dan DOT.DOT di Malaysia ni. Nampak macam baru je but dah 4 tahun ok sejak 2009.




So produk Bulgaria Rose ni adalah produk yang dihasilkan dari Damascus Rose yang terdapat di Valley Of Rose dekat Bulgaria Mountain, an altitude between 300 and 1200m 


Untuk menghasilkan Rose Essential Oil dalam 1kg  sekurang-kurangnya 4000kg kelopak bunga ros yang segar nak kena guna tau.


Dalam rangkaian Rose Essential ni ada 9 jenis penjagaan kulit muka yang amat sesuai untuk kulit-kulit muka orang Asia cam kita ni, iaitu


Rose Essential 5 in 1 Deep Clarifier (RM79/250ml)

Rose Essential Cleansing Gel (Rm79/100ml)

Rose Essential Hydrating Toner (RM59/250ml)

Rose Luxury Essence (RM99/30ml)

Rose Essential Hydrating and Whitening Day Cream (RM99/50ml)

Rose Essential Whitening and Repair Night Cream (RM99/50ml)

Rose Petal Jelly Mask (RM99/70ml)

Rose Essential Firming Eye Cream (RM118/20ml)

Rose Brightening Lift Jelly Eye Mask (RM99/10 pairs)


Banyak kan, semuanya warna lembut je. Bau pun wangi. Lagi plak bau Rose ni membantu korang merasa tenang dan nyaman dan feeling-feeling romantik. Untuk nak jaga lagi kualiti Rose tuh, SHILLS tak de tambah any chemical and artificial masa pemprosesan di jalankan.




Patutlah wangi dan tahan lama plak tu baunya. Baru tau rahsianya.


So terima kasih to SHILLS yang sudi memperkenalkan aku dengan produk terbaru mereka ni. Akan aku cuba nanti dan thanks for the gift also.

Ermm wangiiiiii..





Kereta Kebal Pulak

Hi Korang,

Selain daripada kereta-kereta kecik yang dah melambak kat umah ni. Mr Big menambah lagi koleksi RC Toys yang terbaru

Inilah dia

Tanker RC

Ya ampun, now dia memang tengah gilakan tanker ni. Abis semuanya kedai yang jual kereta-kereta RC dia heret aku pi sama, segala tempatla daripada aku tak tahu jalan sampai terus expert tempat tuh.

Itula kalau dah minat kan, segala menda semua dah tak heran lagi.




Thursday, January 10, 2013

Anugerah Juara Lagu Ke 27, Ekspresi Seni Yang Terbaik


Hi Korang,

Biasalah event-event cam ni mesti akan jadi hot topik punya, mesti cerita tak abis-abis termasuklah aku. Ok ok ni official punya citer ek

Tapi sebelum tu meh tengok gegambar Artis masa persembahan malam tu kat entry ni.


Aku dapat tiket dari XPAX Celcom untuk majlis berprestij ni. Kerja dengan media ni memang akan selalu bernasib baik lah dapat menda-menda cam ni. Tiket dapat 2 je haruslah aku heret Mr Big kann untuk pi amik gambo boleh mantapkan lagi skill photographynya.


Ktorg sampai Stadium Bukit Jalil dalam lepas maghrib gituh. Orang punyalah ramai beratur kat depan pintu kan, yelah memasing pemegang tiket VIP.Mak apa tiket XPAX je Aras 3.

Sebelum majlis start, layan PURPLE CARPET dulu. Ramai artis-artis yang hadir tapi korang tau lah kalau media dah duduk depan, memang payah kita-kita yang duk belakang ni nak amik gambo kena berjengket-jengket. Tapi dengan adanya Samsung GALAXY Camera, kini tak susah lagi. Aku zoom sehabis mungkin, hah ko terus clear gegambar ni semua tanpa halangan. Mr Big pun sama gak, dia guna zoom lens dia yang jauh tu, rileks je amik gambo.

Tak tunggu sampai abis tu, ktorg terus masuk dalam stadium. Aku + Food Blogger ini + Mr Big tak yang susah-susah nak beratur coz pintu masuk Aras 3 ni kosong tak de orang. Lepas potong tiket terus masuk cari seat. Ok tempatnya tak de la jauh sangat, leh nampak muka orang lagi.

Aku duduk sama dengan mamat ni dan jumpa sekejap Uzair dan kawannya. Yana Yassin ko duk mane plak? Langsung tak nampak bayang tau.


Acara start memang sharp 9pm kalau lambat kang kena hentam plak dengan penonton kat umah tuh. Memang bestnya tengok occasion cam ni secara LIVE. Boleh tau cam ne preparation crew-crew AJL ni berkerja kan. Dengan sekejapan pentas yang kosong tuh, ada bunga banyak, ada jeti, ada orang main piano atas kotak, ada lukisan bernyawa, ada kota Paris dan memacam lagi.




Bagi orang yang BUTA IT pasal production cam aku ni, memang awesome lah aku rasa. Terbaik sangat.


Masa time iklan, ktorg kat stadium ni dihiburkan dengan klip video Tiru Gaya Artis AJL. Antara klip yang mencuri tumpuan adalah lagu "Menaruh Harapan", Juara Lagu 1987. Ya ampun, terkekeh-kekeh aku gelak, memang kelakar sangatlah. Balik nak cari nanti kat youtube.



Sambil tunggu results tuh, persembahan melibatkan barisan rockers tanahair memang cukup terbaik oo. Mana taknya otai-otai rock termasuk Ramli Sarip pun perform, apalagi semua orang dalam stadium termasuk ktrog sekali nyanyi dan bangun jugak tau. Bestlah,nasib baik boleh ingat lagi lelagu rock tahun 90 an, bangga kejap nak.


So keputusan penuh Anugerah Juara Lagu Ke 27

  • Persembahan Terbaik : Teman Pengganti ( Black & RJ )
  • Vokal Terbaik : Hafiz (Ku Akui)
  • Tempat Ketiga : Ku Akui (Hafiz) – Ajai
  • Naib Juara : Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok
  • Juara : Yuna (Terukir Di Bintang)

Okla not bad gak, tak lari sangat la dari tekaan aku kan. Tahniah kepada semua pemenang. Dapat duit dan trofi kan.

Apa-apa pun terima kasih kat XPAX CELCOM for special X tiket ni. Kalau boleh lain kali jemput lagi tau ye.