Tuesday, January 8, 2013

Seoul Garden, Sedap Gak Makan Ala Korea


Hi Korang,

Ktorg kalau balik kampung KL ni mestilah ada family dinner kat luar.


Biasalah bila dah penat berjalan satu KL time weekend ni, bagi chance sket lah kat omak mertua den rehat-rehat kan. Paling senang makan luar je lah.


So ktorg ke Festival City Mall, alah sekangkang kera je dengan umah omak mertua den ni, jalan punya jalan sampai ke Seoul Garden. Malas nak fikir, masuk je lah for dinner.

Lepas bayar lebih kurang RM226++ gituh (4 adult + 1 senior citizen (murah sket tau) boleh lah pilih tempat. Ya ampun, penuh betul dengan manusia kelaparan. Nasib baik ada meja tersorok sket, jadilah janji dapat makan.


Nama pun Grill Steamboat cuisine kan, so harusla cuba segala makanan yang disediakan kat buffet line tu. Hah letak semuanya kat dapur tengah meja dan tunggu sampai masak.


Paling aku suka curry squid dan coffee beef. Berulang kali pi amik, haruslah rasa kopi kan. Terbaik oooo


Kimchi adalah makanan rasmi orang Korea. Kalau nak ke sana mesti praktik makan kimchi ni dulu. Rasa cam sayur asin tu je lah.




Ok posing-posing sementara tunggu masak. Penting tuh, baru leh update status kat facebook kan.


Korang kalau nak ke sini, pi je kat Festival Mall Danau Kota tuh. Kat tingkat bawah sekali. 

Cam biasa gambo tak banyak coz ini bukan FOOD REVIEW ye. Heheehhe lagipun dah lapo sangat time tuh, itu yang terlupa nak snap gambar makanan kat buffet line tuh.

Selamat makan korang!




10,000 Tiket PERCUMA Dari AIR ASIA

Hi Korang,

Berita BAIK bagi kita-kita rakyat Malaysia ni.


Sempena dengan 1Malaysia Integration Programme ni pihak Air Asia baik hatinya menawarkan 10,000 tiket flight PERCUMA dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak (return) kepada seluruh rakyat Malaysia bermula dari 9 Januari 2013. 



Promosi ini valid dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Penang, Johor Bahru.


Bila boleh booking? Tengok sini


Booking Period :
from 9 Januari 2013 onwards

Travel period: 
14 January – 4 February 2013

Ok baik korang cepat ye, rugi plak rasanya kalau tak rebut kan.

Now tengah discuss-discuss dengan Mr Big, ok ke tak kalau nak book ni ek.

Cepat tau wei!



Monday, January 7, 2013

Gambar | Persembahan Artis Di Anugerah Juara Lagu 27


Hi Korang,

Ngantuk-ngantuk ni but still gak aku buat editing gambar yang sempat aku ambil guna Samsung GALAXY Camera masa event kat Stadium Putra Bukit Jalil.

Sorry gambar tak berapa cun sangat lah.

Alah korang tengok lah dulu ek


Comel Aizat kan

Bestnya Adira di dukung Aaron Aziz wow

Ajai main piano dari tempat tinggi tuh


'Memang aku ini anak orang miskin' - Best performance diorg ni







Marsha macam princess

Misha Omar superb!

Ziana Zain

Shila Amzah

Suker Stacy


Tangan aku cam shaking bila ZOOM 21x masa nak ambil gambar ni. Itu sebab yang tak cantik tuh, lagi pun tempat yang ktorg duduk tuh di halang oleh palang camera yang jalan-jalan tuh lagi lah tak banyak shot.

Now, tengah tunggu gambar dari Mr Big plak yang guna Sony SLR (long shot) guna lens gedabah panjang tu kan. Yang tu confirm cantik lah, professional yang amik gambar kan.

Nak citer pasal event? Alah korang dah tengok pun secara LIVE kat TV3 kan semalam but aku citer gak nanti betapa gamatnya bila duk dalam stadium ni ek.

Chow…

p/s : Sesiapa yang cilok gegambo ni, TOLONG bagi bagitau aku dan bagi KREDIT kat blog aku ni ye. Sebab bila event-event cam ni, ramai  nau yang suka CILOK gambo aku dan CROP watermark aku tu sekali. Jangan ingat aku tak tau ye, ada tu siap cilok masuk TV lagi tau.


INGAT ye!