Thursday, December 20, 2012

Makanan Nyonya Di Restoran Peranakan, Melaka


Hi Korang,

Terlupa lagi nak publish entry ni, alah korang layan je ek


Masa aku ikut trip ALMERA ke Melaka bulan lepas, pada sebelah malamnya ktrog di bawa makan ke satu restoran masakan nyonya somewhere area Jonker Street sane.







Kedainya betul-betul kedai baba nyonya gituh. Dari depan pintu sambil la ke hiasan dinding termasuk gak kerusi mejanya kan. Sangat antik.


Memang tak tau pun ada yang tuan rumah NISSAN order, so sambil tunggu tu sambil bercamwhore dan beborak dengan bebudak media lain ni. Seronok dengar citer diorg ni, yelah bidang kerja tak sama sekali sekala dengar citer orang best jugak ek.

Ok makanan pun sampai, tengok ni

Ayam kari

otak-otak

popiah roll

sambal sotong

sayur campur

Siakap masam manis

Udang lemak nenas

bendi bercili

cendol nyonya

Terbaik kan, tapi tak dapat nak snap betul-betul dengan angle yang cantik coz diorg ni dah lapo mana boleh tunggu bila makanan dah depan mata kan. So dapat 1-2 keping jadilah kan.

meriah kan

Pinggan aku bukan main penuh lagi

Bagi aku memang sedap lah kalau tak, for sure aku tak akan tulis entry ni kan. Totally typical nyonya food. Nak kata melayu pun tak, nak kata cina pun tak gak.

Ni alamatnya kalau korang nak terjah kan



Restoran Peranakan
107, Jalan Tun Tan Cheng Lock,
75200 Melaka
Tel : 06 – 2845 001

Mr Big tengok gambar pun dia kata nampak menarik especially otak-otak dan udang lemak nenas tuh. Mesti sedap agaknya dia cakap.


Nampaknya memang kena terjah gak restoran ni bila balik kampung nanti ek, tapi ntah ingat jalan ke tak bila nak ke sini.

Selamat Makan Korang!


Note : pics guna Samsung NX1000. Cantikkan gambo




Anti Sosial Betul

Hi Korang,

Korang pernah alami macam gambo kat bawah ni


Hah, mesti pernah punya lah.

Aku ni selalu kena. Kalau Mr Big bawak tablet dia berjalan cam ni la. Sambil makan pun still nak duk mengadap menda alah tu kan. 

Haruslah kena marah dengan aku.

Sejak tu terus dia jarang bawak kalau ktorg keluar pi dinner, yelah memang tak concentrate langsung, mana nak makan, mana nak borak, mana nak tengok tv lagi kan

Sangat anti sosial kan.

p/s : yang dalam gambo tu hiasan ek. Diorg tu bebaik la cuma isi masa lapang je sebelum event start ehehehe





Wednesday, December 19, 2012

Ikan Bakar Bellamy

Hi Korang,

Sepanjang aku duk kat KL ni dah hampir 8 tahun, baru 2 kali je aku ke Ikan Bakar Bellamy kat Jalan Istana ni. Itu pun ada orang bawak.

Kalau tak, langsung tak tau uolls

Ramai orang cakap kat blog, kalau nak ke sini mesti awal or lepas kul 2pm coz time-time puncak  lunch hour ni memang pack gile. Dah nama pun time makan, haruslah penuh dengan manusia yang kelaparan.


Dah nama pun ikan bakar Bellamy, dah tentu-tentu order ikan bakar. Aku memang akan pilih ikan pari bakar yelah all time favourite. Lagipun sedap, rasa cam manis-manis gitu. Di tambah plak dengan sambal kicap yang tak berapa nak pedas dan tak berapa manis memang terus terbuka selera nak abiskan ikan ni.


Boleh gak pilih nasi campur atau ratah cam tu je. Aku letak lauk lemak putih taugeh, sambal cili sket dan juga cencaluk. Terbaek ooo


Inilah co-pilot aku merangkap tukan bayar harituh. Maklumlah orang baru balik dari site, duit allowance tu banyaklah kan. Berape sangatlah ikan bakar tu makan untuk 3 orang. Tapi sotong bakar mahal tau RM12 seekor, ermm tak delah besar sangat pun.


Inilah kedai yang ktorg makan hari tuh Gerai Seri Melaka. Nampak kedai ni je yang tak ramai orang berbanding dengan kedai sebelah yang nak duduk pun tak de meja, apatah lagi nak mengambil ikan bukan main panjang beratur sampai keluar-keluar kedai.


Ingat tau korang, nak datang ke Ikan bakar Bellamy ni mesti awal coz kalau tak susah nak dapat parking. Nasib ko tak baik kena parking jauh sebelum pintu istana lagi ek. 


Lagipun deretan kedai bukan kat tepi jalan Istana lama tu tau, korang kena masuk ada simpang kecil sebelum naik flyover ke DBP. Kalau dah miss kena buat 1 big round again. Rasanya itu je satu jalan je kot.


Jangan bimbang, tandas awam dekat je kat situ. So kalau ada hal emergency nak terkucil ke nak terber.. ke senang.

Nak senang, nah ni locationnya

Ikan Bakar Medan Jalan Bellamy, 
Bukit Petaling, 50480, Kuala Lumpur

GPS Coordinates: N3 07.835 E101 41.686

Apo laie, moh pi makan lapo dah ni

Selamat makan korang !