Tuesday, December 18, 2012

Wendy’s ® Kini Di Suria KLCC

Hi Korang,

Alah ramai yang tak tau apa plak Wendy’s ni ek?

with Wendy 1 and Wendy 2

Wendy’s ini merupakan satu rangkaian makanan segera dari USA yang ditubuhkan pada 1969 oleh Dave Thomas dan mula menapak di Malaysia pada 2008 dengan branch pertamanya di Sunway Piramid. 

Fastfood lah wei, faham kan.

with amoi cantik

Aku cam kira beruntung dijemput ke majlis perasmian flagship restaurant di KLCC last week. Ada few bloggers lain pun ada. Sempat gak chit-chat dengan diorg ni lah kejap sementara tunggu geng-geng lain sampai.

Berkonsepkan ultra-modern design and interior furnishing, makanan yang berkualiti tinggi dari dapur terbuka, display menuboard digital inilah yang para pelanggan rasai ketika makan di Wendy’s restaurant di KLCC ni.

inilah  Mr John Pain

Berucap di majlis perasmian restoran ini, Mr John Pain, Vice President dan Managing Director of Asia Pacific dan EMEA, The Wendy’s ® berkata ‘Ini merupakan pembukaan restoran terbaru dan terbesar di Malaysia dan tiada tempat lagi lebih istimewa selain daripada salah satu mercu tangan Kuala Lumpur iaitu di KLCC. Restoran ini adalah outlet pertama bertaraf antarabangsa berdasarkan ‘Image Activation’ kami untuk melambangkan betapa modennya restoran ini’.

siap masakkan untuk ktorg lagi

acara potong ribbon

Direka untuk kepuasan para pelanggan, lighting yang terang, clean lines, di antara kemudahan yang terdapat di Wendy’s ada variety tempat duduk yang selesa, ada high-top tables adan juga high-top counter, multiple electric outlets,free wireless local area network or WiFi yang membolehkan pelanggan melayari internet sambil menjamu selera di sini.


Manakala konsep ‘dapur terbuka’ membolehkan pelanggan untuk melihat sendiri bagaimana makanan ini diproses, so boleh korang tengok sayur tu segar ke tak, bungkus burger cincai ke, daging tu masak betul ke tak, best kan?




Lebih dikenali sebagai best burger di pasaran antarabangsa, rahsia Wendy’s adalah made-to-order policy. Setiap burger akan dibuat once pelanggan order so segalanya segar dan panas-panas bila pelanggan dapat.  Pelanggan boleh mencuba  burger signature Wendy’s iaitu Dave’s Hot N Juicy Cheeseburgers, memang terbaik.


Ada juga menu-menu favourite lain seperti Spicy Chicken Sensation Burger, Ultimate Chicken Grill Burger yang digrill dari skinless chicken breasts dan bagi pengemar seafood plak, ada juga hidangan berasaskan makanan laut iaitu Shrimp Supreme.



gelojoh punye orang tau

Bagi side dish plak, ada salad segar yang disediakan setiap hari di restoran, baked potatoes dan Chili yang merupakan daging yang direneh bersama 2 jenis kacang dan sayuran yang sedap. Manisan Wendy’s creamy Frosty merupakan pencuci mulut yang perfect setelah abis makan burger-burger awesome ni


Wendy’s flagship restaurant ni ada kat

Lot LC-C02,
Level Concourse,
Suria KLCC


Ok gak kan locationnya, orang-orang office kat sini untunglah boleh makan selalu kat Wendy’s ni. Eh, korang pun boleh gak ke sini yang mana tak pernah cuba burger Wendy’s ni baiklah pi cuba, mana tau kot-kot kena dengan tekak korang kan.


Anyway terima kasih Wendy atas jemputan ni, selain dapat makan burger banyak dapat gak goodies bag best ni.

Jom ke Wendy!






Jom Ke HUAWEI Ascend to New Heights, Boleh Menang Trip Ke Dubai


Hi Korang,

Aku nak war-warkan kat korang ni tau.

Ada event best weekend ni kat Taman Tasik Titiwangsa, KL.

Huawei Device Malaysia akan mengadakan Ascend to New Heights consumer event pada hujung minggu ni sebagai tanda terima kasih mereka kepada rakyat Malaysia terhadap sokongan global effort campaign Huawei yang terbesar.


Pelbagai aktiviti akan di adakan seperti hot air ballon rides, jumpshot photography, Trampoline Jump, Race Challenges dan banyak lagi.

Pihak Huawei juga menawarkan lebih 2,000 pelbagai hadiah menarik seperti Huawei smartphones, devices, t-shirts, USB drives, tiket wayang dan juga termasuklah

Grand Prize of a 4D3N all-expenses-paid trip for two to Dubai. 
This includes accommodation at a super 5-star luxury hotel, a helicopter tour of the city, an exclusive tour of the tallest building in the world - the Burj Khalifa, a Dubai Historical Tour and a Desert


Nak mestila korang nak pi kan, ok ok ni details nya 


Ascend to New Heights Event

Date : 21st - 23rd December 2012
Venue : Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Time : 12.30pm - 8.30pm



Untuk info lanjut, boleh layari www.huaweidevice.com.my/AscendContest di mana korang boleh pre-register dan redeem a mystery gift (while stocks last) di event nanti. Juga dengarkan 98.8 FM, Suria FM and Red FM dari 15- 23 December untuk info terkini mengenai event ini.

Alah nak senang lagi meh je klik kat social media kat bawa ni pasal event ni

Facebook : www.facebook.com/HuaweiDeviceMY (Malaysia)




Website : www.huaweidevice.com.my

Aku haruslah pi, rugi tak pi oooo. Banyak hadiah-hadiah best menanti korang tau. 

Cepat tanda kalendar korang ek!



Monday, December 17, 2012

Festive Delights @ Semarak Café, Grand Bluewave Hotel Shah Alam

Hi Korang,

Kita sebagai rakyat 1 Malaysia memang tak lepaskan peluang bila bab cuti raya dan makan kan. Tak kiralah perayaan apa pun, semua duk bantai celebrate.


Mestilah, barulah masyarakat majmuk katanya!

Ok kalau cam tu, why not kita pi cuba makanan sempena perayaan Christmas  dan tahun baru di Semarak Cafe, Grand Bluewave Hotel Shah Alam.


Aku memang belum pernah lagi ke buffet untuk perayaan Christmas ni. So bila dapat peluang merasai sendiri makanan untuk Christmas ni memang terbaik lah. Alah mesti korang teruja nak tengok apa yang diorg hidangkan, apa lagi moh kita menjamu mata ek









Antara makanan tradisional Christmas yang dihidangkan adalah Roasted whole turkey, Avocado with marinated green mussel, Salmon grave lax, Braised rib BBQ smoke, Smoked turkey with bell pepper salsa, New England clamb chowder soup,  Seafood on ice with condiment, Flipper lobster with portugese sauce dan lebih 50 jenis hidangan termasuk yang di grill dan dihidangkan secara LIVE.











Manisan Christmas mestilah ada, di antaranya Ginger bread house, Christmas yule log, Christmas pudding with vanilla sauce, Chocolate cake, Tiramisu, Christmas Cookies, Lemon meringue tart, Assorted French pastries dan banyak lagi lah. 

Ok ok ni harga untuk Christmas buffet bagi Eve dan Hi-Tea ni ek

Christmas Eve Buffet Dinner ( 6.30pm – 10.30pm)
24 December 2012
Price :    RM95.00++ (Adult)
                RM47.50++ (Children 4-11 years old) * discount 50% from adult price
                RM65.00++ (Senior Citizen 60 years old and above)

Christmas Hi-Tea (12.00pm – 4.00pm)
25 December 2012
Price :    RM70.00++ (Adult)
                RM35.00++ (Children and Senior Citizen)

Moh kite citer pasal New Year buffet plak. Bagi sambutan Tahun Baru ni, Semarak Café dah pun sediakan makanan yang akan membuka selera korang untuk makan sesuka dan sepuas hati korang. Yelah dengan tahun baru dah azam baru so makan pun kenalah ala-ala baru gak kan.








Ada 8 pilihan main dish termasuklah Roasted turkey with wild mushroom sauce, Braised lamb shank, Nasi bryani ayam Bukhara, Smoke turkey stripe pizza, Pan fried salmon with lemon orange sauce, deep fried prawn with thai chili sauce, Lobster bisque soup dan memacam lagi lah

New Year Eve Buffet Dinner (6.30pm – 10.30pm)
31 December 2012
Price :    RM80.00++ (Adult)
                RM40.00++ (Children 4-11 years old) * discount 50% from adult price
                RM55.00++ (Senior Citizen 60 years old and above)

New Year Hi-Tea (12.00pm – 4.00pm)
1 January 2013
Price :    RM70.00++ (Adult)
                RM35.00++ (Children and Senior Citizen) * discount 50% from adult price

Untuk tempahan dan info, korang boleh call 03-5511 8811 ext 2612 Semarak Café atau pun boleh layari www.bluewavehotels.com. Lagi banyak info dan gambar yang korang tengok kan.


So apa lagi, kalau tak de menda nak buat time cuti bolehlah singgah ke Grang Bluewave Hotel di Shah Alam ni untuk makan-makan sambil chit chat dengan the loved one kan


Bon Appetite!