Tuesday, December 11, 2012

Contest Baik Punya Menanti Di BCard Mobile App, Jom Cepat Ek

Hi Korang,

Kaki-kaki yang suka collect FREE item ni mesti tau pasal BCard Loyalty Program Card ni kan.


Dah merata tempat kita boleh nampak logo BCard ni. Kira macam beli barang dan guna loyalty card ni untuk collect point. Bila points dah banyak boleh redeem barang or voucher yang korang suka kan

Now BCard dah lancarkan BCard Mobile App untuk pengguna iOS untuk pengguna Apple dan Google Play Store untuk pengguna Android.

Meh aku ajar sket caranya:

1. Lepas download kat smartphone korang yang canggih tu, mestilah kena login kan. Ikut ID User dan password yang korang ada tuh.

2. Once dah masuk, teruskan dia akan linkkan korang ke MY Member Profile. Kat sini boleh details korang, berapa point ada, dan memacam lah

3.  Korang boleh gak cari kedai yang berhampiran dengan tempat korang untuk pi collect point gak.

4. Cara nak redeem pun dalam BCard Mobile App ni, ikut kategori, berapa points semualah ada kan.

Apa macam? Mudah kan. Alah sama macam main Angry Bird je, klik klik dan klik.

Ok ok ada lagi ni berita baik untuk kaki contest cam korang ni gak tau.


BCard sedang adakan BCARD Brewarded Contest untuk korang tau. Contest ini bermula dari 4thDisember 2012 hingga 29th Januari 2013. Oit lama tuh, kira dekat 2 bulan gak lah. Sesiapa pun boleh join contest, terbuka pada semua rakyat Malaysia dan permanent residents. Bebudak yang bawah 18 tahun tu mintak permission mak bapak korang dulu ye.

Cara nak Join contest ni?

① Kenalah LIKE BCARD facebook page https://www.facebook.com/BCardRewards?fref=ts

② Register BCARD korang atau LOGIN je dengan korang punya BCARD account

③ Korang kena SHARE je pasal contest ni dan INVITE kengkawan korang untuk join contest ni.

Itu je, mudah kan


Ok ni aku kasi TIPS bagaimana nak menang BCARD contest ni

① Login www.bcard.com.my/BRewarded untuk check ranking korang

② Buat kecoh sket kat wall korang pasal contest ni

③ Ajar kengkawan korang join.


Lagi banyak kengkawan korang join maka lagi cerah lah peluang korang nak menang dalam contest ni. Di antara hadiah-hadiah yang menanti korang ialah pakej percutian, voucher dan gadget-gadget terkini.

Apa tunggu lagi, moh cepat kita join ye.



Monday, December 10, 2012

Best Outing Dengan P1 MX230

Hi Korang,

Dah 2 minggu kot aku berouting dengan P1 MX 230 ni. Lupa nak kira plak.

Memang totally aku gunakan kat luar je coz P1 pun dah kata device ni sesuai bila korang kat luar rumah, luar bangunan coz ianya device on-the-go.

Aku kan kaki berjalan so memana kedai makan, cafe, restoran, tepi jalan tunggu Mr Big ambil balik event ermm pendek kata memacam tempat lah aku cuba even dalam tunnel kat KLCC tu sekali tau.


Ni masa aku pi makan kat area Jalan Setapak ni, sambil tunggu makanan sempat gak online sekarang tengok apa yang tekini di social media kan.

Laju je tak de pun sangkut-sangkut lembap. Mr Big siap download 2-3 lagu sambil makan tuh. Even mama pun sempat layan youtube sementara tunggu makanan sampai.

Memang betul-betul leka di buatnya.

Dalam kereta pun aku sempat gak cuba, time-time jem tu ON sekejap MX 230 ni. Sempat check email dan mengomel di twitter kan.


Jangka hayat bateri not bad jugak, so far ia boleh bertahan hingga 4 jam gitu. Lama lah jugak kan. Nak charge dia senang je, aku plug in je kat USB drive kat tepi laptop, dalam kereta pun boleh.


Lagi satu, 4G ni elok kat area bandar je kot coz aku cuba gak ON kat umah still boleh surfing but 4G signal tu tak delah, maybe 4G service belum sampai kat area umah aku lagi.

Hopefully one day nanti!

Anyway terima kasih P1 coz bagi aku peluang untuk cuba device yang canggih ni. Really on-the-go sangat. Rasanya P1 MX 230 ni lagi syiok dari broadband kan. Selit je kat poket, boleh surfing di mana-mana pun.

Baru high tech namanya.




Dah Memang Jadi Tradisi Setiap Tahun

Hi Korang,

Last week sememangnya letih dengan M + W Away Day kat Equatorial Hotel, Penang.

Dari pagi sampai malam schedule memang pack. Memacam aktiviti yang di adakan dan highlights of the day of course lah dinner kan sebab nak dapat lucky draw yang best-best.

Eventho memang ini menjadi tradisi annual dinner company aku.


But Im not drinking wokeh.

Tengok I minum air colour orange ye bukan kaler kuning cair tau. Bebudak lain respect kat ktorg orang melayu ni

TAPI

Yam sheng mesti kene buat gak, jadi bila lepak kat table orang lain kene bawak cawan sendiri takut bercampur dengan cawan diorg ni plak

So

Yam shengggggggggggggggggggggggg...


Korang pun cam tu sama cam aku gak ke?