Thursday, November 29, 2012

Jom Ke Samsung GALAXY Y Hello Kitty Launch Weekend Ni

Hi Korang,

Aku tau ramai giler yang minat Hello Kitty ni kan. Bukan kata korang, aku pun sama. Kan dulu Mc Donald ada promotion Hello Kitty figure kan, hah aku still ada lagi collection Hello Kitty ni lagi tau sampai sekarang.


Tup-tup dengar plak, Samsung Mobile akan keluarkan handphone Hello Kitty (limited edition) lagilah syiok kan.

Dalam hati berfikir mesti comel sangat, siap aku google kat internet tengok cam ne rupa bentuk handphone Samsung GALAXY Y ni.


Ini lah rupanya Samsung GALAXY Y Hello Kitty ni.

Cantik wokeh, comel yang penting. Pinky gitu auchh girly sangat.

Ada plak launching untuk peminat tegar Hello Kitty ni kan, haruslah tak lepaskan peluang mestilah pergi punya.


Date : 1st December 2012

Time : 2.30pm – 7.00pm

Venue : GSC Pavillion, KL

Wei korang pun mesti terexcited sama cam aku kan, dah macam budak kecik plak aku rasa.

Nak dapatkan exclusive launch passes?

Boleh je dong. PERCUMA sahaja.

Just daftar kat http://goo.gl/8bzzQ (FB Samsung Apps)

Isi apa yang patut, details korang lah. Then tekan butang SUBMIT.

Itu je, senang kan.


Bukan setakat dapat pi launching je malah ada activities untuk girly-girly macam kita ni. Ada fashion show, manicure, theme party, movie screening dan memacam lagi yang sesuai di lakukan bersama BFF korang tersayang lah.

Apa lagi moh cepat kita register kat http://goo.gl/8bzzQ (FB Samsung Apps).

Hopefully dapat pas masuk ke Samsung launching nie ek.

Jomla korang ikut aku ek..



L'oreal Renewal Lash Serum, Bulu Mata Cantik Sangat

Hi Korang,

Dapat gak mencuba L’Oreal Renewal Lash Serum dari OnlyBeauty.com.my. Try je apply kat website diorg tup-tup dapat plak kan. Syioknya

Apa tu Renewal Lash Serum?

Lash Serum ni bukan mascara ye, ramai yang dah salah sangka ni plak. Aduiyai meh aku explain sket.


L’Oreal Paris Renewal Lash Serum merupakan rawatan intensif yang direka untuk meningkatkan kelebatan bulu mata dari akar hingga ke hujungnya. Serum ini berfungsi untuk mengurangkan keguguran bulu mata semasa mata dibersihkan dengan make-up remover dan juga untuk memanjangkan lagi bulu agar lebih melentik dan lebat.


Ia diperbuat daripada serum pekat yang diperkaya dengan Arginine, satu komponen utama Keratin dan Madecassoside agar bulu mata korang tampak subur dan menarik.

Cara Nak Pakai?

Alah sama cara cam pakai mascara je.


Memula sapu sket kat area akar (lash line) tu dulu.

Kemudian baru sapu mengikut bulu mata dari akar hingga ke hujungnya.

Itu je

L’Oreal Paris Renewal Lash Serum digunakan pada siang hari dan juga malam. Alah pakai sebelum maskara pun boleh, tunggu ianya kering seminit dua then boleh lah pakai maskara.


So far aku baru guna 2 hari so adalah nampak sket lah, tunggu lah nanti bila dah panjang ye aku tunjuk kat korang tau. Not bad jugak lah, nak pakai pun senang. Anytime and anywhere lah.


Korang pun nak dapat gak product FREE kan?

Alah korang ni, just check it out kat www.onlyBeauty.com.my dan https://www.facebook.com/OnlyBeautyMalaysia  untuk ketahui camne caranya dah dapat FREEBIES dan product reviews.

Hah, puas hati tak? Hehehehhe.. jangan lupa register tau kat OnlyBeauty ye.




Wednesday, November 28, 2012

Lepak @ Uncle Chili PJ

Hi Korang,

Mesti korang ingat ktorg pi hang out Uncle Chili yang dalam PJ Hilton tu kan.

Ermm TETTTTT! Salah…

Bukan kat situ lah, apa plak kan. Eh dah lama plak tak ke situ tengok LIVE BAND ek. Next time lah

Yang ni tempat makanlah. Apalagi itu je yang boleh hiburkan perut keroncong time hujan hari tu kan.

Memang tak tau pun restoran Uncle Chili ni wujud tau, semuanya secara kebetulan. MrBig duk sibuk ajak pi FLEA MARKET kat dalam Amcorp Mall ni. Dah 2-3 kali dia ajak but tak kena time, kebetulan aku kena jumpa orang pasal ade project kat blog ciput aku ni so cepat-cepat aku set up kat Amcorp Mall ni.


Sesampai kat sini je orang tu belum sampai lagi, terus je pi usha segala kedai makan kat area Flea Market ni. Ada kedai mamak, fastfood dan tup-tup ternampak plak kedai Uncle Chili ni. Perut dah lapo masuk je lah.


Uncle Chili ni macam kedai makan biasa-biasa je. Specialtynya all time Malaysian favorite food. Nasi ayam, nasi goreng-gorengan, segala mak neka mee, sampai ke western food pun ada.


So ktorg pilih menu yang simple je lah, lagipun time tu dah kul 3.30pm cam tu baru nak lunch kan. Orang lain agaknya dah duk membuta tidur coz dah kenyang.

Fried Wantan
crispy, isi dalam yang membuak, sosnya plak simple tapi sedap

Nasi Goreng Thai
nampak cam kosong but dalam udang berekor-ekor, tak banyak lada sulah, ada telur dadar comel sket dan papadom kecik

Cantonese Kuay Teow
kuahnya tak lah pekat sangat, sedap, rasa air rebusan udang, isi banyak, ayam + udang + sotong, sayur pun nampak segar je.


Sedap itu yang aku boleh cakap ikut tekak aku lah. Mr Big plak kemain suka lagi Cantonese Kuay Teow tu siap hirup licin abis kuahnya. Ktorg sampai order Fried Wantan tu 2 plate sebab suka sangat.

Harga pun tak delah mahal benau walaupun tempatnya kat PJ kan. Ktorg makan hari tu tak sampai RM30 pun. Dengan air bergelas-gelas lagi kan si unta ni minum.

tak de motif letak gambo pompuan gemuk ni la

Korang yang memana dekat dengan Amcorp Mall PJ ni boleh lah singgah ke Uncle Chili ni. Alah level bawah sekali, bawah escalator.

Sedap dan murah!

La cam ni je ending entry ni, nampak nau pemalas kan eeheheehehe..