Tuesday, November 27, 2012

BRANDS InnerShine RubyCollagen Essence Sungguh Menakjubkan


Hi Korang,

Ramai orang ambil collagen semata-mata untuk mengelakkan kesan penuaan yang cepat ke atas mereka, aku pun cam tu gak lah. Tapi korang tak tau apa yang terkandung dalam setiap collagen yang korang amik tuh.

Jeng jeng jeng..


Memang aku tak baca pun ingredients yang terdapat dalam collagen drinks yang aku duk bedal tuh. Alah bukannya pentin pun janji cantik.

Eh, salah tu tau!


Atas dek kealphaan wanita masa kini, Baru-baru ni BRANDS InnerShine telah pun mengeluarkan produk terbaru mereka RubyCollagen Essence iaitu suplemen Suplemen makanan anti-penuaan yang menakjubkan ini mengandungi RubySignature™ yang unik untuk melambatkan proses penuaan dengan melancarkan 3 tindakan penting yakni, "mengekalkan, melindungi dan menyokong" kesihatan kulit.


Berbeza dengan minuman kolagen lain, formula RubySignature™ mengandungi adunan  mikro-kolagen berkualiti yang mudah untuk diserap daripada ikan, dan Astaxanthin, ekstrak  mikro-alga khas dari Sweden. Hah details sangat kan, penting tu tau untuk kita-kita ni.

Mesti korang nak tau Astaxanthin tu ape kan?

Ok jom kita belajar sains kejap ye


Astaxanthin melengkapkan nutrien bagi kulit dengan kesan mikro-kolagen. Ia satu antioksidan semulajadi yang amat berkesan kerana 500 kali lebih kuat daripada Vitamin E, 800 kali lebih kuat daripada CoQ10, dan 6000 kali lebih kuat daripada Vitamin C.

Tengok superb kan!


InnerShine RubyCollagen Essence membekalkan kolagen kepada kulit untuk memulihkan ketegangan dan keanjalannya dengan lebih efektif. Di samping itu, dengan kehadiran Astaxanthin yang berfungsi sebagai pelindung semula jadi, ia dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari yang boleh merosakkan kolagen.  Astaxanthin juga menyokong peredaran mikro untuk menyalurkan nutrien kepada sel-sel kulit dengan berkesan.


Disahkan halal tanpa pengawet, pewarna atau gula, InnerShine RubyCollagen Essence 100% diperbuat daripada bahan semulajadi. Diadun dengan jus delima yang asli, minuman lazat lagi berkhasiat ini merupakan suplemen harian untuk melengkapkan rutin penjagaan kulit  dan kecantikan wanita yang holistik.


Dalam majlis pelancaran tersebut, pelakon dan model terkemuka, Carmen Soo, diumumkan sebagai wajah baru untuk kempen 360-darjah pemasaran produk baru itu, yang termasuk  iklan televisyen dan cetak. Carmen dipilih sebagai duta kerana kejelitaan dan sofisikasinya mencerminkan keunikan minuman kecantikan baru ini. 


Sebab apa aku duk sibuk citer kat korang kebaikan RubyCollagen Essence ni?

Sebab aku di antara beberapa peserta yang jadi testimonial untuk produk ni. Selama 28 hari aku minum Essence ni sebelum tidur. Walaupun ada skip beberapa botol coz terlupa tapi aku dapat nampak perubahan kulit dan badan aku tau.


Kalau korang perasan, lately gambar-gambar muka aku agak comel-comel gituh kan, hah sebab minum InnerShine RubyCollagen Essence ni lah. Walaupun korang tak leh nampak sangat dalam gambo but bila korang jumpa aku in person mesti korang boleh perasan lah. Kekadang bebudak blogger cina yang selalu aku jumpa pun perasan yang kulit muka aku less minyak time amik gambo. Pori-pori yang cam kawah gunung berapi kat tepi hidung aku ni dah start mengecil sket demi sket lah.

Tak de lah nampak sangat perubahan ketara cantik cam penyanyi Adira AF tu kan but oklah not bad aku rasa. So rasa lebih confidence lagi la bila jumpa orang kan.

Alah penatlah aku membebel, korang cubalah sendiri nanti ek.


InnerShine RubyCollagen Essence boleh didapati di farmasi dan pasaraya terkemuka pada harga RM 142.90 untuk 14 botol x 50ml. Untuk maklumat lanjut mengenai keajaiban produk anti-penuaan yang baru ini, sila hubungi Khidmat Pelanggan di talian 1300 228 300 atau layariwww.innershine.com.my/rubycollagen.

Walaupun bagi sesetengah orang agak mahal sket but hasilnya menakjubkan bagi aku.

Alah korang leh cuba sendiri ek kalau tak caya.




iPhone 5 Gadget Impian : Teruskan Usaha

Hi Korang,

Aku baru je ada masa untuk tengok entry aku pasal iPhone 5 Gadget Impian ni. 

Rupanya ramai gak yang dah klik G+ di entry aku ni.Syukur sangat, korang ni memang baik sangat. Tak tau nak cakap cam ni lagi ni.


So tadi, aku ambil masa untuk mengklik balik kengkawan yang dah klik entry aku. Bukan main ramai lagi but  I gagahkan jua walaupun internet maha lembap yang amat sangat.

Apa pun terima kasih tau korang.

Sempat gak aku check entry iPhone 5 Gadget Impian aku ni kat page berapa kan?


Rupanya di google page 2. Kira okla tu kan. So now kena kerja kuat lagi untuk jadi Top 10 lah ye.

Kepada kengkawan lain yang join contest dari Denaihati.com ni jangan bimbang ye, akan aku singgah dan klik G+ kat entry korang nanti ye..

Apa lagi, jom tingkatkan traffik la ye..



Monday, November 26, 2012

Shopping Hasil Laut Pulau Pangkor Dan Lumut

Hi Korang,

Citer outing kat Lumut tu tak abis lagi tau. Ni ada sket lagi sambungannya.

Mahu berkenalan? kena tanye abang saya dulu ek Mr Big dan citamok ye

Ramai yang tau kalau pi Pangkor or lepak kat Lumut je, tak sah kalau tak beli hasil-hasil laut diorg ni kan. Ktorg pun tak ketinggalan gak, maklumlah murah katanya.

mana satu nak pilih ni ek

Meh tengok sini

abalone original, mahal tu

ikan bilis banyak jenis

keropok sotong

keropok warna-warni

perut ikan

sotong kering

udang kering

Ini plak jajan yang ktorg beli buat kudap-kudapan dalam kereta on the way balik KL harituh.

jajan ikan

murah-murah ooo

Betul tak apa aku cakap ? Daripada nak beli sket je, ntah apa-apa yang aku beli. Naik angin Mr Big asyik duk bawak kuar masuk wallet dia kan. Alah dia gak yang makan semua ni nanti. Aku tukang masak je.

boleh rasa secara FREE lagi tau

Korang pun kalau ke sini memang boleh tergoda dibuatnya. Dah lah murah boleh dapat dalam kuantiti banyak plak tu, siap boleh tawar harga lagi.

Cuti-cuti sekolah ni confirm ramai ke sini lah.