Friday, November 23, 2012

Jiran, WiFi Pun Mahu Cilok Ke?

Hi Korang,

Ni kisah 2 hari lepas
.
Balik-balik keje petang tuh, Mr Big terus je cari aku sampai ke dapur. Aku plak tengah terhengeh-hengeh baru nak masak kan.

Mr Big : Dear, masa dalam lift tadi si------- tanya nama betul u sape?

CLP : La kenapa plak, U bagitau ke?

Mr Big : I tanya kenape. Rupanya dia nak double check betul ke nama yang ada kat WiFi list bila dia detect dalam laptop nama U?

CLP : Then U citer lah ek

Mr Big : I tanya lagi, kalau betul nama dia dalam list tu, kenapa plak? Then dia jawab apa nak mintak password boleh, nak surfing.

CLP : U bagi ke? (hidung dah kembang-kuncup, tahan marah)

Mr Big : I cakap dengan dia, kalau nak mintak sendiri dengan U la, sebab U yang bayar bukan I. Terus minah tu senyap je sampai dia kuar lift.

CLP : aik, umah bukan main cantik, air-cond sampai 3 sekali pasang, ada maid takkan tak mampu.. ini dah kes teruk nie. Haruslah I tak akan bagi. Berkira benau..

Mr Big : Itulah jiran U hakahakhakahakhkahaka

Bengong sungguh!


Bukan nak berkira tapi kalau dah hidup mewah tak kan nak pasang WiFi pun tak boleh. Janganlah nak berangan amik UNIFI kalau tak mampu, amik STREAMYX biasa cam aku ni dah ler. Kalau tak pun pakai je broadband lagi murah. P1 punya broadband tu RM39 je sebulan.

Tak paham aku orang zaman sekarang ni, makin kaya makin kedekut sebab tu lah rezeki susah nak dapat kan.





P1 MX230 Sudah Berada Di Tangan

Hi Korang,

Dapat jugak collect wireless device MX230 dari P1 Paddock 2 hari lepas.


Memula kenalah charge dulu, then baru leh pakai.

MX 230  ni memang sesuai untuk outing kat luar. Maknanya kalau lepak kat kedai makan yang tak de WiFi, boleh guna MX 230 ni kan.

Ok nanti bila dah test kat luar aku citer lagi dengan korang ek.




Thursday, November 22, 2012

Wadihana Islamic Steakhouse @Bandar Baru Bangi

Hi Korang,

Memang tanpa was-was lagi kalau nak makan steak kat sini. Yelah kedai orang Islam.

Last week sepatutnya ktorg nak pi makan kat Little White CafĂ© but boleh dia tutup plak. Ishkk terus blank dibuatnya coz tak de back-up nak dinner apa.


Lalu lalang depan jalan beso ni ternampak plak Wadihana Islamic Steakhouse ni. Apa lagi malas nak fikir panjang, terus park kereta dan masuk. Orang tak delah ramai sangat but majority table penuh gak lah.


Belek menu dari depan ke belakang dan malas nak fikir lagi ktorg bedal je ni.

Fried Calamari
oklah but tepung tebal sangat. Sotong kecik je

Aku punya Fish and Chip
Sos cicah tu sedap, tartar sos ada campur dengan bahan lain sket. Tepung kat ikan tu tebal gak.

Abang beso punye Rib Eye Steak
Dia suka coz dagingnya lembut, portion pun tak de lah banyak macam TGI Friday. Sos sedap tapi sikit

Ini air aku tapi aku terlupa apa nama, maklumlah dah haus time so bedal je lah. Sedap gak ada rasa ribena dan soda.

Korang nak pi rasa boleh lah ke sini. Walaupun ramai dah tau kedai ni, tapi aku nak bagitau gak kat ner tempatnya

Wadihana Islamic Steakhouse
25, Jalan Medan Pusat 2D,
3B Curve Business Park,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8926 4546

Nak kata sedap sangat tu tak de lah, but just nice rasanya. Sesuailah dengan tekak orang melayu, nak pedas, nak manis, masin kan. Harga pun not bad. Sebab tu sepanjang masa je kedai dia penuh orang makan.

Bila tulis entry nie tup-tup jadi lapar plak so apa lagi jom makan. Yeah!