Friday, November 16, 2012

REVIEW | Fungsi SLR Dalam Samsung NX1000

Hi Korang,


Kan aku dapat review Samsung NX-1000 hari tuh, now baru nak citer pasal camera PINK yang sempoi ni

Ok ok nie hah dia

Aperture Priority

Lens Priority Mode

Manual

Shutter Priority

So itu dia some of features SLR dalam DSLR dari Samsung ni. Nak terangkan lebih-lebih aku pun tak berapa pandai sangat, sebab tu aku pilih button SMART je. Semua dah automatik setup.

Mr Big pandailah bab-bab camera ni tapi aku malas nakciter kat aku coz terms dalam photography dia susah nak explain. Paling senang pakai je button SMART tuh.

Kalau korang kaki photography, mesti pandai menda-menda ni kan. Terrerlah tu. Hah, berlagak dengan aku ek

Eh ada lagi nak citer pun kita sambung lain kali la. Bukan apa takut korang bosan plak kan.



Thursday, November 15, 2012

AVERINE ‘Age Defy’ Collection Menangani Masalah Penuaan


Hi Korang,

Orang pompuan memang tak abis-abis cautiously dengan penjagaan kulit muka. Maknanya lagi berusia lagi lah kena menjaga kesihatan kulit kita ni. Skincare memang tak jadi masalah kot coz melambak di pasaran.


But how about make-up? Pernah jumpa ke yang protect kulit muka kita?


So AVERINE telah memperkenalkan satu rangkaian mekap yang menggabungkan teknologi penjagaan kulit anti-penuaan dengan warna yang menarik. Di kenali sebagai koleksi Age Defy, yang berupaya melawan penuaan kulit dengan rangkaian lengkap mekap, merangkumi mekap asas hinggalah kepada warna untuk mata dan bibir.


Sesampai je lepas register, ktorg boleh bermake-up dengan produk AVERINE ni. Ada 5 orang make-up artist dah sedia menunggu untuk menyolekkan guest yang datang kan. 


Aku pun tak ketinggalan gak, sempatlah touch –up sedas dua kan. Lepas tu terus jadi cantik noks!


Dalam ucapannya sewaktu pelancaran Age Defy, Roderick Chieng, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Esthetics International Group Bhd, menyatakan bahawa koleksi mekap serba baharu ini diinspirasi oleh wanita hari ini yang dikagumi kerana berwawasan, berkeyakinan dan miliki kekuatan untuk menempuh pelbagai cabaran dalam membina karier dan mengimbangi kehidupan keluarga, namun tidak lupa mengambil berat tentang diri sendiri.

“Dalam erti kata lain, semangat juang wanita moden telah memberi inspirasi kepada AVERINE untuk membangunkan koleksi mekap revolusi, Age Defy, sebagai ‘perisai’ untuk melindungi daripada tanda-tanda penuaan pada kulit,” kata Chieng.


Koleksi warna-warna berseri Age Defy dicipta untuk menyerlahkan ciri terbaik seseorang di samping memelihara dan melindungi kulit.  Koleksi ini termasuklah mekap asas yang melicinkan, bedak debu & kompak, gincu yang mempunyai serum, pengilat bibir, penggaris mata, maskara melebatkan dan seleksi pembayang mata yang cantik.

Yang paling penting sekali, rangkaian ini selamat dan bahan-bahan serta formulasi termajunya membantu kulit menentang kesan penuaan kulit untuk tempoh lebih lama. 

Nude Collection

Smokey Product

Tidak seperti mekap lain dalam pasaran, AVERINE menggunakan bahan semulajadi dan memelihara kulit seperti sari tumbuh-tumbuhan, vitamin dan mineral.

Hasil produknya: 

  • 100% tidak komedogenik (tidak menyumbat pori-pori)
  • hipoalergenik (selamat untuk kulit sensitif);
  • bebas daripada minyak mineral (tidak menyebabkan milia dan akne akibat kosmetik);
  • 100% bebas wangian (tidak merengsakan kulit);
  • bebas lanolin (tidak merengsakan kulit);
  • tanpa alkohol (tidak menyebabkan kulit kering dan wajah kusam);

Dengan ciri-ciri penjagaan kulitnya, kosmetik Averine sesuai untuk semua jenis kulit, terutama sekali kulit sensitif atau yang mudah mendapat akne.


Acara pelancaran Age Defy diserikan lagi dengan kehadiran Anita Aziz berusia 39 tahun, model fesyen veteran tanahair dan selaku duta jenama AVERINE Age Defy Makeup. Anita juga ditemani oleh dua orang wanita cantik menawan, yang diberi penghormatan oleh jenama mekap penjagaan kulit ini sebagai AVERINE Age Warriors


Mereka adalah model fesyen dan seorang yang berjaya menempuh barah servikal, Genevieve Sambhi berusia 38 tahun; dan Jo Moo, model dan juga seorang ibu, berusia 29 tahun.

Erm macam menarik kan? Haruslah girl. Siapalah nak tua sebelum waktunya kan.

Koleksi mekap AVERINE Age Defy boleh didapati di semua AsterSpring Signature, AsterSpring dan pengedar sah AVERINE di seluruh negara mulai 1 November 2012.


Thanks Averine coz menjemput aku ke beauty event ni, haruslah mencuba produk yang dibekalkan dalam goodies bag ni ek

Yeah…


Wednesday, November 14, 2012

COWAY Bidet Memang Selesa Digunakan

Hi Korang,

Ingat tak kisah aku pasang toilet elektrik last week. Hah, yang gambo sekeping tuh.

Actually aku di pilih oleh Real Women Real Voices untuk try out electric bidet dari Coway ni. Alah bukan lama pun sebulan je. Tak per kita cuba dulu ek.

baru tau datang dari Korea

Masa pi briefing tu kat Bangsar, first soalan yang aku tanya tak kena elektrik ke bila guna bidet ni.  James dan Mahira wakil dari Zenith Media cakap tak de lah semuanya dah di uji sebelum di pasang kat rumah kan. So rasa selamat sket.

tengok tak de ketuk2 pun

Then last week, wakil dari Coway pun datang umah untuk install menda alah jamban elektrik ni. Aku pasang kat guest punya toilet, so senang sket kalau sesiapa datang boleh lah aku kasi cuba. 

bahaya sungguh, demi Coway kan

cian dia kan

Memang tak paku-paku dinding dan ketuk-ketuk paip toilet pun. Just sambungkan wayar yang ditarik dari lampu toilet. Siap. 

Miss, u tekan ini button kalau mau air panas ye

Lepas tu dia kasi briefing cam ne nak guna bidet ni. Alah mudah lah, ikut je gambarajah dalam button kat tepi bidet tuh.

Itu je sekejap je dia buat.

U kasi sign sini ye miss

Masa yang di tunggu telah pun tiba..

Lepas je technician Coway tu balik, ktorg pun duk main-main dalam toilet ni. Tekan segala button untuk test sendiri. Then aku pun teruslah cuba.

dalam plastik lagi wokeh

Umaai.. macam toilet hotel siot

filter untuk jaga mutu kualiti air

Tak boleh di gambarkan keasyikkan nya. Rasa bersih je bila lepas menggunakannya dan yang penting jimat air.

Ok nanti citer lagi, yelah dapat pakai sebulan kan so haruslah guna sebaik mungkin.