Thursday, November 8, 2012

Nissan ALMERA , My Point Of View


Hi Korang,

Aku bukan expert pasal hal kereta ni ek, but setakat nak bagi komen biasa-biasa je oklah.


Setelah aku test drive sendiri kereta ni, apa yang boleh aku cakap pasal Nissan ALMERA ni.

1. Jimat minyak, bila kita drive pi balik keje kat manjang jem je. So bila aku dah buat Eco Run Test tu memang nampaklah banyak penjimatan minyak berlaku.


2. Interior features sangat menarik, dengan adanya reserve sensor camera built senang untuk aku kan reserve kereta kan. Tengok je kat screen, yelah kalau ada kucing ke apa boleh je nampak.

3. Bonet belakang memang besar bangat. Even ada budak media tuh siap baring dalam bonet ni untuk tengok kebesarannya. Ishk lupa plak amik gambo. Kalau stroller baby tu boleh masuk 2-3 lah.

4. Gap seat belakang lurus, boleh lah lurus kaki bagi yang kaki panjang tu rasa selera gak bila travel long distance ni.


5. Compartment banyak, kiri kanan poket kat pintu tu pun besar. Charging port dalam ALMERA ni bagus, senang nak charge smartphone bila emergency kan.


6. Keyless. Tak de kunci pun, just tekan button START dah boleh jalan. So tak yah korang teraba-raba cari kunci dalam handbag kan bila sampai kat parking kereta.ntuk beli kereta ani kan. 





Not bad lah bagi orang-orang cam aku yang dah patut tukar kereta baru ni kan... eeheheh kena kira budget dulu ye.


Ok jap lagi aku post entry pasal media test drive yang aku pi tu ek. Memang best oooo

Tunggu...





Suen Jewellers Hi Tea Party

Hi Korang,

Aku memang tak de knowledge langsung tentang diamond jewellery ni, may be sebab harganya yang amat menakutkan dan menggegarkan jantung bila menengoknya kat Habib. 


Tapi bila dapat invitation ke Suen Jewellers Hi-Tea Party ni rasanya persepsi aku salah mengenai kedai jual berlian ni.

Party ni di adakan especially for bloggers je tau untuk memperkenalkan pelbagai jenis koleksi diamond yang terdapat dalam Suen Jewellers ni. Tak ramai pun dalam 10 orang camtu, exclusive sangat.



So sesampai je kita mengenjoykan diri makan dan minum teh/kopi dulu sambil di temani oleh Ms Kat Leong, orang yang expert dalam Suen Jewellers ni. Mana tak expert kalau dah keje sini hampir 15 tahun kan. 



Beliau duk cerita kat ktorg latar belakang Suen Jewellers yang dulunya dari The Carat Club, the owner Ms Lee Sze Suen, Suen Diamond Collection dan memacam lagi lah. Kira cam santai gituh, borak-borak sampai makan-makan.


Kemudian ktorg di bawa melawat beberapa koleksi diamond di bawah Suen Jewellers ni. Di antaranya iaitu SUEN, The Love Diamond dan dua lagi di bawah jenama kristal Perancis, LALIQUE dan DAUM.



Ini di antara Koleksi LALIQUE dan DAUM

pantang jumpa cermin betul

Hah ko rambang mata dibuatnya. Memang sangat cantik dan menarik rekaannya. Yang best tu plak, koleksi ni di reka hanya satu dalam dunia. So memang tak dapat kat tempat lain lah sangat exclusive kan.


Lepas tu plak, ktorg ke bangunan sebelah untuk tengok koleksi The Love Diamond and SUEN ni. Kat sini lagi esklusif, orang kata tempat mak datin duk lepak-lepak tengok barang kemas.


Serious ko memang a few mak datin tengah duk enjoy pilih barang kemas berlian ni. Bestnya lah kan. Cuma kalau aku cam tu, haruslah enjoy dibuatnya.

Mr Big, I nak yang ni boleh tak?

Yang ni pun, boleh ek

Best kan bila dapat cuci mata tengok barang-barang kemas ni, terus terbuka hati nak simpan duit beli berlian ni.

Tengok seronok pilih2x cincin ni

Kat tangan ni lebih RM25k wokeh!

Ni yang best ni, ktorg dapat cuba koleksi cincin-cincin diamond dalam koleksi SUEN ni. Terus kerumun table ni kan. Cuba yang mana satu pilihan hati. Cincin yang cantik haruslah harga pun cantik kan hehehehehe



Cantik kan dia ni pakai, maklumla leher jinjang

Tengok harganya tak boleh tahan ooooo

Lepas tu plak, ktorg dapat mencuba ‘ZODIAC COLLECTION’ yang terbaru ni. Ada motif ayam, katak, ular, gajah, naga, bufferfly, tupai dan memacam lah. Cantik-cantik plak tuh. Geram mak noks!


Sebelum balik tu, ktorg dibekalkan ewah di bekalkan plak. Bukanlah it’s a gift to everyone. Ktorg dapat special thumbdrive yang di reka khas untuk ktorg dari LALIQUE. Hanya 10 je dalam dunia tau dan jugak special manisan dari Marco Bicego specially imported dari Italy. Ouch bangga sangat wokeh.


Anyway thanks to Ms Kat Leong, Chyi Ming dan Tammy for this intimate session untuk ktorg ladies yang comel-comel ni. 

Kalau korang nak singgah sini pun boleh jugak, ini alamatnya :

SUEN Jewellers Sdn Bhd 

No.119, Jalan Maarof,
Taman Bangsar,
59000 Kuala Lumpur.

Contact: 603-2284 8618
Fax: 603-2284 8663



Hopefully ada lagi exclusive invitation lagi dari SUEN JEWELLERS.



Wednesday, November 7, 2012

@Grills Restaurant, Bandar Baru Bangi


Hi Korang,

Bila nak makan luar selalu jadi problem pada ktorg ni. Sebab tak tau nak makan apa. Kene tawaf satu Bangi ni dulu then baru decide.

Harituh masa nak pi bayar hutang kete lalu jalan shortcut ni. Tup-tup ternampak satu steakhouse ni. Ermm makan dululah, baru pi bayar hutang kan.


Rupanya kedai ni baru je bukak, patutla semua je baru. Orang pun tak berapa ramai sangat. Cepat je aku cari seat yang meyandarlah. Ok waiter pun sampai kasi menu then aku duk pilih apa yang nak di makan. Banyak gak menu western macam burger, sandwich, pasta, seafood kan but ktorg pilih DAGING.


So sambil tunggu makanan sampai, tengok tv dulu. Berita tuh. Layan jap

Air datang, ktorg order

Long-long Drink Mocktails 
(kedondong, soda, sour plum) – RM8.90

Lime lemonade – RM7.50


Konon-konon bila order air masam-masam ni, nak potong lemak lah. Nan adonya. Tapi masamnya not bad. Mengecit mata Mr Big kan

Ok makanan sampai, jom tengok apa ktorg orang order ni.

Sirloin Steak – RM23.00

@grills Surf and Turf – RM55.00

Aku punya tuh, kalau korang tengok gambar memang nampak beso but bila makan alahai cam kecik plak aku rasa, end up nya aku still lapar (time ni tak pakai PB ye) lagi walhal dah sepinggan aku makan kan. 


Mr Big punya plak bukan main marvellous ooo. Ada udang, mussels, salmon, beef steak, mango salsa ishk aku duk pau je dia punya plate.

Kalau korang kuat makan cam aku better order something cam Mr Big punya dish. Besar dan banyak, yang tak kuat makan order biasa-biasa je lah.

Not bad gak makanan kat sini, food presentationnya amat menarik dan harga pun menarik gak. Sudahnya aku kena RM112.00 + tax sekali.

Ni tempatnya


@Grills
Jalan Medan Pusat 2D, Persiaran Bangi
Bandar Baru Bangi

(belakang Pappa Rich, sebelah restoran cina muslim tapi aku dah lupa nama plak)

Cuba je mana tau, kena dengan tekak korang kan. Ktorg ni memang kaki makan so apa-apa pun semua nak cuba. May be boleh datang untuk re-visit kot @grills ni.