Wednesday, November 7, 2012
WW – UFO Di Melaka
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
Holiday inn melaka
,
Melaka
,
menara taming sari
,
UFO
,
Wordless wedneday
at
12:00 AM
7 comments
:
Tuesday, November 6, 2012
Makan MIENG KHAM, Sirih Orang Thailand
Hi Korang,
Hari tuh masa ada discussion dengan team BRANDS InnerShine, ktorg dating beramai-ramai kat Restaurant RAMA V dekat dengan US Embassy ni. Alah restoran Thailand, luar nampak cam rumah biasa je but dalam memang betul-betul dekat Thailand lah.
Banyak makanan diorg order sampai zip seluar aku nak meletop tapi tak meletup pun sebab aku kan pakai Premium Beautiful, so sket je makan tapi aku rasa semua. Hehehehhe
Cuma aku tertarik dengan satu menu appetizer ni. Nah aku share makanan ni. MIENG KHAM. The rest to nanti aku citer lain entry ek.
Apa Itu MIENG KHAM?
Ianya hidangan pembuka selera bagi orang Thailand dan sometimes orang Vietnam pun ada gak buat cam ni. Alah macam makan sirih, style nenek-nenek kita dulu.
Kalau sirih kita letak gambir, kapur, pinang je kan tapi MIENG KHAM ni lagi sedap. Bahan-bahan yang ada dalam sirih daun kaduk tu best, ada kacang tanah yang dah di goreng, bawang merah, halia, limau nipis, kepala parut muda, cili padi dan bunga kantan. Semuanya di racik halus. Kemudian ada sos MIENG KHAM ni gak, simple je letak gula melaka, sos ikan, bawang, halia,air asam jawa then bleng je semua. Settle.
Setiap bahan di asingkan setiap satu, so kalau nak makan korang boleh buat sendiri.
Aku dahlah first time nak cuba ni. Memula tu cam cuak gak tapi Kak Siti (BRANDS Inner Shine Marketing Manager) ajar aku cam ne nak makan MIENG KHAM ni. Letak je semua kat atas daun kaduk yang dah di bersihkan tu, kemudian lipat ikut suka dan bedal.
Hah ko, once dah masuk mulut, rasa sedap plak. Yelah semua bahan-bahan tu dah dikunyahkan langsung tak de rasa pedas, pahit, masam. Semuanya rasa sedap je.
Memang terbaik lah MIENG KHAM ni, kalau suruh aku abiskan 10 helai daun kaduk dengan bahan-bahan ni haruslah aku bantai sesungguhnya.
Patutlah orang Thailand ni cantik-cantik belaka, mesti makan MIENG KHAM tiap-tiap hari kan.
Kalau korang nak cantik bolehlah cuba buat MIENG KHAM ni ek, senang je. Buat macam yang aku cakap kat atas tuh. Nak lagi senang? Pi je makan kat Restaurant RAMA V ni ek.
p/s : apsal muka aku cam TANNED ni ek. oh lupe, time ni aku baru balik dari Pulau Pangkor outing kat sane ehehe
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
Food Review
,
InnerShine
,
Jalan-Jalan Cari Makan
,
makan sirih daun kaduk
,
Miang Kham
,
Miang Kum
,
pembuka selera Thailand
,
Resipi Mieng Kham
,
restaurant RAMA V
,
thai authentic restaurant
,
thai leaf wrapped snack
at
12:00 PM
6 comments
:
Samsung ATIV Smart PC Media Launch
Hi Korang,
Tablet, tablet, tablet memana sekarang semua orang ada tablet sorang satu. Cuma aku je yang belum ada lagi, rasanya belum jumpa spec yang aku nak. Better simpan duit dulu.
Bila Samsung keluarkan ATIV Smart PC dengan Window 8, aku jadi pelik. Kenapa plak Samsung ni duk sibuk kuar notebook kecik yang sama cam saiz tablet kan. Then masa pi launching hari tuh baru lah tau yang Samsung ATIV Smart PC ni rupanya boleh bertukar menjadi tablet dengan cabut je keyboard tuh.
Launching di adakan di Bridge Bar G-Tower yang sangat simple. Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Mr Kwon Jae Hoon pun baca speech dari Samsung ATIV Smart PC ni. Yelah boleh tanggal-tanggal kan, so senanglah nak bawa.
Dilengkapi dengan sistem yang dinanti-nantikan operasi (OS) Window 8, kuasa pemprosesan dan pelbagai ciri-ciri yang di dalam OS baru, semua membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan Samsung ATIV Smart PC Pro pada tahap yang baru, manakala meningkatkan produktiviti.
Ni aku attach specification untuk Samsung ATIV Smart PC
Ni plak untuk Samsung ATIV Smart PC Pro
Ia dikuasakan oleh generasi ke-3 Intel Core i5 dan ciri-ciri S Pen dibina dalam yang Samsung ATIV Smart PC Pro menawarkan perspektif yang berbeza kepada kategori baru Samsung peranti pengkomputeran, di mana pengguna boleh mengalami pengalaman sebenar menulis dan lukisan pada tablet, menjadikan ia lebih mudah bagi pengguna untuk mendokumenkan penemuan mereka, membuat suntingan kepada dokumen dan kreatif meluahkan perspektif.
Aku pun sempat gak mencubanya walaupun sekejap je, maklumlah ramai sangat IT geek yang nak membelek device ni kan. Bagi chance kat depa nar..
Rasanya dengan hanya ketebalan 11.9mm, tak jadi masalah kot nak usung ke sana kemari untuk jadi peneman di kala bosan. Di tambah pula dengan Samsung’s SuperBright Plus 11.6-inch Full HD (1920x1080) LCD display lagilah syiok layan movie or video music kan.
The new Samsung ATIV Smart PC Pro ni dipasarkan dengan harga dari RM3,599 dan manakala ATIV Smart PC bermula dari RM2,499 satu set. Kedua-duanya boleh di dapati di Samsung dealers yang berdaftar.
Nak tau lebih details mengenai produk Samsung ni, layari lah dihttp://www.samsung.com/my
Apa lagi simpan duit sket ye...
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
Bridge Bar
,
Event
,
G Tower
,
Intel Core i5
,
media launch
,
product review
,
Samsung Malaysia
,
samsung product
,
smart PC
,
tablet
,
Window 8
at
12:12 AM
2 comments
: