Hi Korang,
Dah 4-5 kali
lalu lalang depan kedai Anjung Selera Ikan Bakar ni tapi hati rasa cam malas
plak nak cuba sebab orang sentiasa penuh lebih-lebih lagi awal bulan.
Jadi last
week, dek sebab tak tau nak makan apa so ktorg pi try lah makan kat sini.
Tengah bulan so tak ramai orang, aku assume mesti kedai ni mahal. Alah makan je
lah kata Mr Big itu pun nak kira.
Sesampai je
ktorg di suruh pilih ikan untuk di bakar. Ada few choices pari, cencaru,
kembung, siakap, talapia, sotong, ketam dan udang. Malas nak fikir banyak pilih
je ikan siakap. Kemudian baru order side dish yang lelain.
Yang memula
sampai mesti lah air. Aku order fresh orange dan Mr Big soursop (durian
belanda).Biasalah rasa buah, manis dan segar.
Ini plak
sotong goreng tepung. Tepungnya crunchy. Tak delah tebal sangat. Nampak je
berminyak tapi tak pun.
Ok sup ekor
mari. Order semangkuk sebab tak de kuah nak hirup sesejuk buta ni. Terbaek kata
Mr Big, sesuai dengan tekak dia, tak pedas dan tak banyak sampah. Telupa plak nak tunjuk gambo tulang la plak.
Telur dadar
biasa je, rasa telur lah kan. Letak sket bawang goreng dan cili sos. Cam berminyak sket kan.
Ini dia ikan siakap bakar. Ikan dibelah tengah tapi tak putus. Disiram dengan
sambal homemade ni. Tak delah pedas sangat sedap.
Air asam pun
di sediakan, tak cukup sila mintak lagi ye.
Overall bagi
aku ok je. Tak delah hebat sangat but sedap dan boleh tahan rasanya gak. Isi ikan siakapnya manis bila
dah letak home-made sos tu kan. Harga tak lah mahal pun, semua sekali yang
ktorg makan tu cuma RM43.00 je. Ikan siakap tu lebih kurang RM22 je. Ok kan.
Nak datang
kedai ni.
Anjung Selera Ikan Bakar,
No. 18, Jalan 7/7B,
(Sebaris Petronas dan belakang Mydin je) Itu je landmark
yang senang. Oh ye atas kedai makan ni ada gym. Maknanya lepas bersenam bukan
main nak rak, bolehlah pi bedal kat bawah.
Korang yang duk dekat-dekat sini bolehlah try makan kat
sini ek. Selain daripada ikan bakar ada jugak menu makanan yang lain yang belum
sempat ktorg cuba lagi. Mr Big suka ikan bakar so ktorg bantai jelah makan ikan
bakar.
Selamat makan
Ngapppp..