Aku bukan geng comper yang tegar macam Suzie dan Ayu yang selalu duk asyik menang je kan but sekali sekala bila tengok hadiah yang menawan kalbu geram gak.
So bila ada contest Watch2Win ni rasa cam nak join plak kan. Macam mudah je mechanics untuk contest ni.
4. Sharekan di wall FB korang dan TAG at least 3 orang kengkawan korang.
Itu jelah, senang betul.
Hadiah yang boleh dimenangi :-
Samsung Galaxy S3, Apple New iPad (32GB WiFi+4G), Xbox 360 Kinect. Setiap minggu hadiahnya berbeza-beza tau. Dan minggu ni punya Xbox 360 Kinect. Best tuh.
Cam ne aku boleh terlupa nak citer kat korang pasal percutian 1080km bulan lepas ek, ishkk nampak sangat mak dah tua nokss.
Ok now kita sambung balik ek.
Tempat yang ktorg stay tu Lang Sari Resort kat Pulau Lang Tengah. Alah resort biasa-biasa je coz tujuan pi tu nak snorkeling kan bukan nak memerap dalam bilik. Memang sepanjang 2 hari tu aku duk berjemur kat tengah laut je.
Ktorg di bawa ke satu area dalam Pulau Lang Tengah ni. Not sure plak nama tempatnya. Tapi pengalaman snorkeling kat situ sangat awesome. Kalau korang nak tau yang aku ni memang tak reti proper swimming la, kalau setakat floating, kuak kanan kiri atas bawah tu bolehlah.
Lepas pakai segala mak neka snorkeling gear, diorg ni bukan main seronok lagi terjun kan. Sebab aku cuak so aku suruh Mr Big turun dulu biar aku yang terhegeh-hegeh ni turun guna tangga. Oit sejuk betul air laut warna turquise ni, memang betul laut dalam la.
Terus aku benamkan kepala dalam dasar laut. Masyallah memang cantik. Ikan dan coralnya sangat berwarna-warni dan cantik. Ok naik balik kepala dan terus nekad dalam hati yang aku nak explore gak tempat ni. Float badan slowly dan terus benamkan kepala sekali lagi, automatik kaki bergerak menguak untuk gerakkan badan. Masa tu dah tak de rasa takut lagi coz rasa seronok nak tangkap ikan kat sekeliling badan aku ni.
Tup-tup tangan aku kena tarik plak, la rupanya my big brother nak bawak aku pi tempat yang lagi cantik. Hah redha je sambil mata duk tercari-cari lagi coral-coral yang hidup dan bergerak mengikut arus air. Serious tempat yang Mr Big bawak tu lagi cantik, ikan nemo bersepah-sepah kiri dan kanan bahu kira macam mengiringi aku sekali.
Aku langsung tak bergerak dari situ, betul-betul enjoy the view. Like berjuta-juta kali.
Kemudian ktorg ke area ‘Blue Coral’ yang dekat dengan Sari Pacifica Resort ni. Tempat ni pun not bad jugak, walaupun dekat dengan resort but still ada coral yang cantik-cantik. Tak dalam pun 40 kaki je, boleh nampak dasar laut. Kat sini banyak ikan selar kuning dan ikan sebelah. First time tu tengok ikan sebelah.
Balik resort, aku sambung lagi bersnorkeling kat depan resort. Walaupun air cetek but still banyak gak ikan. Aku terjumpa ikan pari dan baby yu. Nasib baik tak kena gigit uolls. Tapi kat depan resort ni banyak coral hidup so kena pakai kasut untuk snorkeling. Kelakar kan tapi demi nak tengok ikan cantik aku harungi jua tau.
Itulah aktiviti aku sepanjang holiday kat Lang Sari Resort ni. Cetek mata je laut, nak tutup mata pun lepak kat tepi laut dulu. Aku cuma ada kat bilik bila time lunch dan lepas lunch sekejap dan malam je. Rest of the time memang aku duk berendam je dalam laut. Sampai Mr Big tak boleh nak kata apa lagi, dia cuma duk perhatikan aku dari bilik je sambil borak-borak dengan bebudak yang lelain. Sorry tak de gambar dalam laut coz aku terlupa bawak underwater camera. Rugi bebenor dibuatnya.
Kan aku memang gilakan laut, haruslah enjoy sepuas yang mungkin kan.
Ok nanti aku citer lagi pasal Lang Sari Resort ye, walaupun ramai orang komplen tempat tu dalam TripAdvisor but I find it tak delah teruk mana pun.
Bila aku baca je cadangan-cadangan yang korang tulis kat entry korang tuh bukan main dasyat sekali ek.
Tak caya?
Refer kat pie chart yang aku dah buat ni ek. Nak kasi senang korang paham.
Rata-rata mahu aku teruskan entry pasal makan-makan ni sebab diorg suka kat model residen untuk www.ciklilyputih.com ni. Sapa lagi kalau tak bukan Mr Big kan sebab Mr Big ni dengan selambanya akan pose yang mengarut bila bab makan ni. Ramai yang tergelak-gelak bila tengok gambo Mr Big ni.
Travel pun ramai yang suruh aku tulis sebab aku akan citer secara details tentang tempat yang aku pergi tu, macam hotel, room rates, tempat tu cam ne dan memacam lagi lah.
Ermm paling HOT sekali pasal Tips Blogging. Aduiyai aku bab ni memang langsung tak terrer coz tak ilmu langsung pasal blogging ni. Aku ni berblog ikut suka so segala pantang larang pasal blog semua aku langgar. Tapi tak per akan aku usahakan demi pembaca setia blog hijau lestari aku ni hehehehhe
Gadget, Event dan Beauty pun mendapat tempat di hati korang gak ek. Ye aku tau korang memang nak up to date dengan technology masa kini. Orite no problem punye.
Last but no least pasal personal. Rupanya ramai gak yang nak tau lifestyle aku especially pasal family aku ek. Terharu gak dibuatnya heheheheh bukan apa malas nak bukak pekung pasal diri sendiri.
Ok itu je yang sempat aku analisis mengenai kerenah pembaca setia aku ni. Hopefully akan aku usahakan untuk membaikpulih blog aku yang tak berapa HOT ni kan.
So peserta harap bersabarnya. Aku still dalam proses memilih lagi. 5 nama dah ada dalam list but tak sure lagi yang mana dapat 3 biji lori tuh ek.
So tungguuuuu..........
Tak lari gunung di kejar, kalau ada rezeki korang then ada lah ye.