Wednesday, October 10, 2012

Cik Lily Putih Dah Kerja Dengan Nuffnang? Biar Betul!


Hi Korang,

Hah, propa sangat title kan. Mesti korang terkujat+terkejut baca.

Hehehehheh nak tau, apa lagi check it out.

Ni aku citerlah.

Kalau blogger yang sering join Nuffnang punya event mesti tau Nuffies tu apa. Nuffies nie kira macam focal point antara bloggers dan PR/Client. Kira macam agent cam tu. So diorg ni akan jadi orang tengah atau wakil macam amik attendance bloggers, collectkan tiket, entertain bloggers, buat PR sket dan memacam lah.

Dan semalam secara tak rasminya aku naik pangkat jadi Nuffies untuk event Muay Thai kat Sunway Convention Centre. Kan aku ni punctual orangnya, so far aku akan sampai on time (tak caya pls check dengan bebudak bloggers yang lelain ek). Untuk double check registration, aku call lah Nuffies Original Darren untuk tanyakan procedure cam ne. So dia cakap pi media counter dan boleh collect tiket.

Pergi lah cari counter media tuh, masa tu belum ramai lagi. Kira cam lama gak PR tuh check nama dekat 15 minit cam tu. Once dah jumpa terus je, dia pass kat aku 15 keping tiket. Tercengang gak sekejap dibuatnya, apa nak buat dengan bebanyak tiket ni. Kata single invite ishk.  La rupanya dia bagi semua tiket yang under Nuffnang punya.

Aduiyai blur sekejap !


Terus aku mintak tolong Darren ni tweetkan kat bebudak 15 orang ni suruh amik tiket dengan aku. Dah lah aku tak tau sapa lagi yang datang. Tak sampai 10 minit berderu-deru handphone aku berbunyi, tanya aku kat mana, dah boleh collect tiket ke belum, pukul berapa start, cakap sampai lambat. Ishkk memacam lagi lah.

Agaknya cam ni kot salah satu tugas Nuffies, aku rasa lah kan.

Nasib baik 15 orang tu semua aku kenal dan diorg kenal aku, tak delah meraban diorang mencari kan. Aku pun purposely duk betul-betul kat red carpet so senang nak bagi diorg nampak.

Dah macam ulat tiket plak kata Jocko. Ciss hancur reputasi aku tau! Aku ni malay lifestyle blogger ye..


Plak tu dah ramai media lain duk tanya aku ni tokan tiket ke, coz ramai yang datang terus serbu aku. Jahanam naik pangkat jadi tokan plak hehehehhehehe.

Anyway satu pengalaman yang menarik gak, walaupun penat nak jawab call, sms dan tweet daripada diorg ni. Tapi yang best tu dapat jugak buat networking dengan media yang lain. Tukar-tukar namecard, borak pasal current issue, best lah. Kira bertambah lagi contact aku kan. Hkahkahakhakahkahka

Kalau ada chance nak jadi lagi tak Nuffies part time? Ermm I don’t think so, bukan penat but malas. Tapi kalau dah terpaksa mak ok je.


WW - No Picture Please!


Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week



Apalah Mr Big buat kat kedai baju pompuan ni ek? Jeng jeng jeng…

Korang agak-agak kenape ek, musykil gak aku dibuatnya ni

Apa ek?

Tuesday, October 9, 2012

Makan Makanan Cina Halal Di Tung Yuen Restaurant, Grand BlueWave Hotel.

Hi Korang,

Aku tau betapa susahnya geng kaki makan yang memang senantiasa mencari-cari tempat makanan cina yang sedap dan unik  tapi halal, betul kan?

malay lifestyle blogger yang kaki makan.

Now korang boleh merasai sendiri hidangan masakan Claypot dan Sizzling ala Chinese style secara a la carte All You Can Eat (AUCE) di Tung Yuen Chinese Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam.

Aku dah rasa so aku tau lah kan.


Memang bahan-bahan yang di gunakan dan cara masakan totally memang Chinese ingredients but memang boleh makan. Lebih 14 jenis sajian berbeza Claypot dan Sizzling bersama variasi hidangan dim sum, sup, ayam, Itik, ikan dan makanan laut, sayuran, mee, nasi serta pencuci mulut.


Sempat jugak aku bertanyakan pada Chef Patrick Ng mengenai cara penyediaan hidangan sebegini dan beliau mengatakan yang beliau telah mencipta teknik rahsia tersendiri menyediakan 7 resipi Claypot berserta 7 sajian Sizzling supaya dapat mengekalkan keaslian rasa hidangan tersebut dan ianya halal.

Fish Soup with Pepper and Herbs

Pan Fried Prawn with Glass Noodle and Roast Garlic


Pan Fried Sliced Beef and Pumpkin

Stewed Duck with Whole Garlic and Yam

Stir Fried Black Mushroom and Bean Curd Skin

Antara juadah Claypot yang tersedia ialah Pan Fried Talapia Fish, Stewed Duck with Whole Garlic and Yam, Pan Fried Prawn with Glass Noodle and Roast Garlic, Fish Soup with Pepper and Herbs, Stir Fried Black Mushroom and Bean Curd Skin, Pan Fried Sliced Beef and Pumpkin dan Pan Fried Boneless Chicken with Satay Sauce.

Deep Fried Bean Curd Cube wih Assorted Vegetable

Fried pumpkin with salted egg coated

Nasi goreng petai (pedas tapi sedap sangat)

Pan Fried Fish Fillet with ButterMilk

Pan Fried Lamb Chop with Coffee Sauce

Stir Fried Chicken with Dried Chili and Onion

Untuk hidangan Sizzling plak, ada  Pan Fried Fish Fillet with ButterMilk, Stir Fried Squids with Assam Paste, Pan Fried Sliced Beef with Hot and Spicy Szechuan Sauce, Stir Fried Chicken with Dried Chili and Onion, Deep Fried Bean Curd Cube wih Assorted Vegetable, Stir Fried Hot and Spicy Assorted Seafood and Pan Fried Lamb Chop with Coffee Sauce.

Korang suka lah tu kan, dah ada port nak pi makan Chinese food. Aku pun sama gak cam korang ye.

Menu all You Can Eat ‘Claypot and Sizzling’ boleh di dapati:-

Tung Yuen Chinese Restaurant,
Level  1,
Grand BlueWave Hotel, Shah Alam

Lunchtime dari 11.30pagi hingga 2.30 petang
Dinner dari 6.00 petang hingga 10.30 malam

Harga :  RM55.00++ (Dewasa) RM27.50++ (Kanak-kanak berumur 4 hingga 11 tahun)



Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat menerusi talian 03-5511 8811 sambungan 2612


Tung Yuen Chinese Restaurant ini dibuka 7 hari seminggu yang menawarkan hidangan khusus dalam sajuian Kantonis dan Szechuan. Ia mendapat mengiktirafan daripada JAKIM untuk sijil pengesahan HALAL dan berupaya menampung kapasiti pengunjung seramai 200 orang pada satu masa.

So far semua aku rasa sedap dan lazat. Bagi aku sliced beef tu best, daginnya lembut dan tak liat langsung. Terbaik ooo

Teman pengganti Mr Big - blogger Shahroll (aku yang paksa dia datang tau)

Korang pun mesti teruja nak cuba kan, alah sekali sekala apa salahnya tukar selera makan makanan cina plak kan.

Selamat makan korang!