Sunday, October 7, 2012

Setiap Pagi Ahad

Hi Korang,

Hari ahad merupakan untuk hari berehat-rehat seisi keluarga. Time nilah nak bangun lewat sket, sarapan lewat sket, nak lepak ke seharian, nak berkepit bawah ketiak Mr Big (walaupun dia membebel, aku tetap gak buat) dan memacam lagi menda-menda pelik yang ktorg buat.

Tapi ada satu aktiviti wajib iaitu jeng jeng jeng..

Pergi Pasar yeah!

Walaupun aku memang tak pandai masak but pergi pasar memang wajib during weekend. Tak kira bangun lambat cam ne pun ktorg mesti ke pasar, kalau tak pun ke pasar tani ke pasar minggu.Memang dari time anak dara lagi aku dah practice kan beli barang kat pasar ni.

Aku memang akan beli barang basah untuk di jadikan stok seminggu dua. Bukan apa, senang balik keje je bukak fridge tengok apa yang patut then masak. Tak kira masak simple ke heavy ke western ke yang penting masak.

Meh intai apa yang ktorg beli untuk this week.


ikan siakap

udang galah

udang kertas


lala

sotong kembang

ketam bunga


Memacam yang ktorg beli. Kira boleh tahan stok untuk 2 minggu ni. Lauk memang banyak beli lah. Sayur tu kurang sket coz dia tak tahan lama kan. Masak tak delah gempak mana pun, setakat masak goreng2, tumis air, kari, asam pedas, rebus2 ke jadilah. Malam bukan boleh makan banyak pun kan.

jagung cameron highland

kacang cina

tomato 

Balik rumah terus je aku bersihkan semua lauk-lauk ni. Cuci bersih-bersih dan asingkan ikut jenis dan masuk dalam tupperware. Kira organize sket dalam freezer tu tak delah kelam kabut sangat. Jadi bila nak masak keluarkan dan terus je rendam. Dapat jimat masa, tenaga dan jugak jimat belanja.

Kira nasib baiklah mak aku dah ajar menda-menda ni dulu, now dah senang dah pun. Even Mr Big nak masak pun dia dah tau mana satu bekas nak ambil. Tak yah terpekik terlolong jerit kat aku pasal barang masak ni.

Korang pun cam aku ke? Kalau ye baguslah. Memana anak-anak dara tu dah boleh practice pi pasar kan. Mana tau dapat laki yang kuat makan cam laki mak ni, senang dah korang kan.

Happy Sunday peeps !


Saturday, October 6, 2012

Our Breakfast Weekend Routine


Hi Korang,

Memang kalau weekend ktorg akan cari free time untuk breakfast dating together. Yelah hari lain mana lah sempat, aku cuma bekalkan Mr Big roti sapu peanut butter dengan secawan nescafe je untuk dia breakfast kat opis. Hah mithali tak aku? Khkahkahakha

Seboleh-bolehnya ktorg akan pi makan makanan favourite rakyat Malaysia iaitu roti canai. Yeah!


Sambil tunggu roti canai sampai, kita makan kuih donat India ni dulu ek. Aku tak tau nama dia apalah.


Mr Big cam biasa akan makan roti kosong + roti telur dalam satu pinggan yang sama


Aku haruslah bedal roti tampal. Sedap ooo. Tak caya? Tanye food blogger ni. Dia pun baru je berjinak2 makan roti tampal ni.


Pengikat kasih sayang antara aku dengan mamak ni, milo ais dan nescafe tarik.

Lepas makan tu, lepak-lepak macam suratkhabar ke ushar2 orang makan kat situ ke kan sebelum pi pasar plak.

Korang plak suka breakfast ape, tiap weekend ni. Sama cam aku gak ke? hehhehehe



Friday, October 5, 2012

Bak Kata Maya Karin, InnerShine Lah Dulu!


Hi Korang,

Betullah orang perempuan ni memang obses dengan apa je menda yang boleh jadi anggun dan menarik. Aku pun tak terkecuali, semua nak cuba janji cantik punya pasal.


Ni semua gara-gara Maya Karin selaku Duta Brands InnerShine sampai aku pun terbabit gak nak cantikkan kulit. Bila aku jumpa dia in-person masa launching ‘Hati ke hati Bersama Maya Karin‘ ni aku perhatikan memang kulit dia licin sangat, payah nak nampak wrinkle. Sukerlah




InnerShine Prune Plus merupakan minuman kecantikan yang lazat untuk menyerikan kulit wajah yang mengandungi 2 kali lebih banyak anti-oksidan daripada buah-buahan lain bagi melindungi kulit daripada radikal bebas lalu melambatkan proses penuaan.


Inulin dan Oligofruktosa berfungsi untuk melancarkan sistem pencernaan dan detoksifikasi. Vitamin C pula menyumbang kepada penghasilan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit, sekali gus memberui penampilan yang tampak lebih muda.


InnerShine Prune Plus boleh didapati di semua pasaraya besar, pasar raya dan farmasi di seluruh negara dengan harga RM71.90 untuk pek 70ml yang mengandungi 12 botol baru dan RM54.90 untuk pek 42mlm yang mengandungi 12 botol. 

Pakej Perkahwinan InnerShine

Berita baik untuk bakal pengantin perempuan, korang boleh amalkan pengambilan meminum InnerShine dalam rejim kecantikan untuk persediaan hari bahagia nanti. Dalam tempoh yang mencabar sebelum hari perkahwinan, pati prune yang lazat ini akan membantu untuk mengekalkan kesihatan badan serta kecantikan kulit.


Pakej perkahwinan istimewa ini termasuklah gubahan bunga pahar dan hantaran yang indah. Untuk tempahan miniman sebanyak 50 biji bunga telur, harganya bermula dari RM5 sebiji ke atas. Pek hantran pula bermula dengan RM 150 ke atas, bergantung kepada pilihan reka bentuk.

Pakej perkahwinan InnerShine Prune Plus yang istimewa ini hanya boleh didapati melalui tempahan terus dengan Cerebos (M) Sdn Bhd. Untuk info lanjut mengenai produk, promosi dan aktiviti InnerShine sila layari lama web  www.innershine.com.my dan di talian 1-300-228-300.


Aku baru je lepas minum 2 botol untuk 2 hari ni, so far rasanya badan cam rileks sket dan lagipun prunenya memang terasa sangat.

Apa-apa pun, InnerShinelah dulu ye!