Wednesday, October 3, 2012

Best Main Angry Bird Dengan Samsung Smart TV

Hi Korang,

Aku memang layan game Angry Bird ni kat tablet Mr Big. Memang best sangat. Burung-burung tu dahlah cute siap ada bunyi lagi.


Bila dapat jemputan dari Samsung untuk pi cuba main Angry Bird kat screen beso ni memang haruslah pergi kan. Akulah yang orang yang first sampai sekali kat Best Denki 1 Utama Sabtu lepas. Bukan apa, takut tak de parking time hujung minggu cam ni.


Once semua bloggers dah sampai, ktorg di berikan briefing oleh wakil dari Samsung Malaysia ni. Cerita pasal apps terbaru yang boleh di download untuk Samsung Smart TV ni. Boleh chatting, ada kid education apps, fitness apps dan memacam lagi.




Masa yang di tunggu dan pun tiba. Ktorang di benarkan untuk mencuba Angry Bird apps kat Samsung Smart TV ni. Hah ko, best betul rasanya. Dengan screen beso, sound effect yang mantap. Terus terleka seketika, asyik duk genggam tarik, genggam tarik Angry Bird tu kan.



Sebab apa dia suruh cuba, rupanya ada Angry Bird Challenge lepas tuh. Hah memasing pasang strategi untuk nak menang patung Angry Bird yang beso tu kan. Cuma ada 3 je plak tu. Nasib aku tak berape ‘ong‘ la coz lagi sket je markah untuk menang.

Dapat pegang pun jadilah kan uhuhuhuh


Inilah pemenangnya. Vernon Chan. Haahhh I hate him tau sebab dia main sekali je dah boleh menang.




Sebelum balik, ktorg makan-makan dulu kat Just Thai Restaurant betul-betul depan Best Denki ni. Sedap gak makanan Thai kat sini, terasa cam ada kat Siam plak dah.


Pandangan aku tentang Angry Bird Apps ni:-
Bermain di screen beso memang amat menarik. Kita boleh pegang, genggam Angry Bird tu sendiri macam main betul-betul lah. Itu belum kira sound system bunyi burung tu memang amat best. Cara permainannya sama je dengan game yang dalam tablet tuh.


Rasanya cam nak je angkat satu Samsung Smart TV ni tapi sabar dulu tunggu Mr Big dapat bonus end of the year nanti, mana tau ade rezeki kan.


Tak dapat Angry  Bird yang besar dapat yang kecil ni pun jadilah. Thanks Samsung coz sudi jemput aku ke event ni. Memang best betullah! 

I love angry bird!





WW – Udang Besar Sedap


Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week


Hah sedapnya kalau dapat makan udang besar ni tiap-tiap hari. Lazat kan.

Tapi kolesterol pun sama gak naiknya. Ini boleh mendatangkan penyakit ni.

Kahkahkahakhakah

Selamat makan!


Tuesday, October 2, 2012

'GIVEAWAY LORI OREO COMEL Dari WWW.CIKLILYPUTIH.COM'

Hi Korang,

Note : Sticky post for 48 hours, scroll down for new entry.

Masa yang ditunggu2 telah pun tiba.

Dengan ini aku mengistiharkan official giveaway aku yang aku rasa pertama ke yang kedua kot. Ntah aku sendiri pun tak ingat sebab aku suka buat giveaway secara spontan je.

Ramai yang komen suka sangat kat lori OREO yang comel ni. Nasib baik aku sempat pi beli tadi, itu pun dah tinggal ngam 3 biji je kat kedai ni. Haruslah aku sapu semuanya.

Mummies blogger ni mesti suka giveaway ni, yelah boleh bagi anak-anak main kan.


Syarat-syarat untuk join Giveaway nie;-

1. Mestilah follower blog www.ciklilyputih.com ni. Alah klik je kat tepi kanan blog ni untuk follow ek. Hanya untuk blogger dalam Malaysia je ye tapi kalau korang yang kat oversea tapi ada address kat Malaysia pun boleh join. Senang sket aku nak hantar kan.

2. Kena buat entry bertajuk 'GIVEAWAY LORI OREO COMEL Dari WWW.CIKLILYPUTIH.COM'

3. Dalam entry tu letak gambar banner kat atas tu dan linkkan entry contest ni dalam entry korang ek.

4. Tolong tulis apa-apa komen mengenai blog www.ciklilyputih.com ni. Tak kisah pasal apa pun. Baik ke, buruk ke, aku malas nak balas komen ke, asyik citer pasal event je kan. Lagi banyak lagi bagus.

5. Tuliskan apa pandangan korang tentang apa yang patut aku tulis lagi dalam blog aku ni. Korang nak aku citer lagi pasal beauty ke, kesihatan ke, pasal makan ke, pasal family ke, cara buat tutorial ke kan. Apa-apa je lah. Lagi banyak lagi bagus.

6. Bila dah siap, sila komen kat entry ni dengan premalink blog korang ye dengan nama dan email sekali ek.

7. Pemenang di pilih berdasarkan komen dan pandangan yang menarik hati aku dan Mr Big. Penting ni untuk blog kesukaan korang ni kan.

Apa macam, senang kan? ok ada lagi info kat bawah ni ye.

Tarikh tutup : 14hb Oktober 2012 ( 2 minggu je)


Hadiahnya : 3 biji lori OREO yang comel yang dalamnya ada biskut OREO untuk 3 orang pemenang yang bertuah.

So apa lagi cer cepatlah buat entry ek. Senang je kan tak payah nak pi beli borang penyertaan kan.

Mana tau korang bernasib baik...