Tuesday, October 2, 2012

Belajar Muay Thai Dengan The Golden Elbow @ Dragon Muay Thai Club


Hi Korang,


Marital arts memang tak de dalam list aktiviti aku. Yelah bersenam pun malas inikan plak nak menumbuk orang kan. Aku kureng sket bab-bab gaduh ni.


Until one day, aku dapat invitation untuk pi belajar muay thai kat Dragon Muay Thai Club kat Jalan Alor Bukit Bintang ni. Cam biasa aku paksa gak Mr Big teman coz ini first time aku nak pi ke tempat ni. Nasib baik aku dah google siang-siang so tak delah sesat.




Once semua dah ada, baru lah training pun start. Ktorg belajar 8 basic step untuk Muay Thai ni. Yang penting tangan mesti cover muka. Itu memang kena ingat sangat. Kalau kaki ko power cam ne pun but muka tak cover memang ‘choi’ lah.





Satu per satu step aku dapat ikut, dari atas sampai ke bawah. Ramai coach yang berada keliling ktorg ni bagi tunjuk ajar. Salah sorangnya iaitu Faizal ‘The Golden Elbow’ Jaguh Dunia wakil Malaysia dalam sukan Muay Thai. Orangnya baik sangat, bagi penerangan pun jelas. Tak langsung garang senyum je.



Nasib baik aku tak de nak bermake-up sangat kan. Tak sampai 5 minit, segala peluh jantan semua keluar. Baju dan seluar ni dah abis basah. Taklah rasa penat pun.



Actually Muay Thai is more to exercise yang macam menari. Korang kena memulakan langkah mengikut lagu yang di pasang. Kalau korang pernah tengok Muay Thai kat citer Siam tu kan diorg ada pasang lagu, so cam tu lah. Sambil bersenam sambil menari.





Ktorg dapat juga tengok Faizal Ramli dan Ali Yaakob (Malaysian Team Captain) berlatih macam bertanding. Hah ko, siap panjat-panjat lagi. Hebatlah walaupun Ali tu badan kecil tapi kuatnya bukan main lagi.





Abis 2 1/2jam ktorg berlatih. Rasanya aku dah boleh practice basic step Muay Thai ni kat umah. Nampak cam susah pun bila dah buat rasa cam seronok plak.



Abis je ber Muay Thai tu ktorg di jamu dengan pelbagai jenis pizza dari Papa john. Hah ko dah penat-penat bersenam, bila dapat makan pizza hilang terus penatnya.





Hah nak pi tengok tak Muay Thai Challenger ni, alah minggu depan je.



Thailand Vs. Asia under Thailand Vs. Challenger Series
Date : 9th October 2012
Time : 7.00 pm
Venue : Sunway Pyramid  Convention Centre

Eh, Diana Danielle pun ada sekali masa ni nanti coz dia Duta untuk Saved My Life Workshop ni.Mesti lagi gempak punya lah. Memintak gak lah aku dapat pi tengok Challenger Fight ni, boleh tengok cam ne Faizal dan Ali bertanding.


Anyway thanks Nuffnang dan Dragon Thai Club for this special invitation ni. At least anything happen to me, aku boleh protect diri aku kan. Sambil-sambil tu kira macam bersenam gak kan.


Dermalogica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30 Media Launch

Hi Korang,

Suka sangat korang kan bila aku citer pasal cara awet muda kan? Yelah orang dah berumur sket cam aku ni tapi bukan senior citizen lagi ye kenalah jaga apa yang perlu. Mana tau ada rezeki boleh masuk TV lagi khakhaka.

Mimpi yang tak sudah sungguh!


Lagi seronok bila pi media launch of Dermologica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30 media launch kat Starbucks Taman Tun Dr Ismail. Simple occasion yang pernah aku join lah. Sambil makan sambil citer pasal product ni.


Aku rasa Dermalogica ni bijak dalam mereka sesuatu yang bersesuaian dengan kulit muka orang-orang bermasalah macam aku ni. Dengan berminyaknya, dah mula ada pigmentasi, fine lines dan memacam lagi. 

So ini dia


Dermalogica AgeSmart Skin Perfect Primer SPF30


Produk 2 dalam 1 ini melicinkan, melindungi dan mencantikkan kulit sambil memperbetulkan cela pada permukaan kulit dan menjadikan kulit kelihatan berseri. Mineral semula jadi mengurangkan cela kulit dan menambahkan seri pada kulit muka, manakala polimer menghasilkan permukaan yang sempurna dengna kesan lembut dan tidak berkilat.



Primer baru ini boleh dipakai begitu sahaja, macam make-up biasa atau sebagai basic bagi membuat penyamar noda atau bedak asas tahan lebih lama dan mudah dipakai.


Selain daripada menutupi cela yang nyata pada kulit, ianya turut membantu mengatasi faktor dalaman penuaan kulit. Campuran antioksidan White Tea yang berkesan, Peptida dan Sodium Hyaluronat melindungi kulit daripada kerosakan lain, sambil menggalakkan penghasilan kolagen dan melembapkan kulit. Tabir suria SPF30 yang terdiri daripada Zink oksida dan Titanium Dioksida yang melindungi kulit daripada penyebab utama penuaan ekstrinsik, iaitu pendedahan kepada sinar UV.


Dermalogica Skin Perfect Primer SPF30 ini boleh didapati dalam pakej tiub poly-foil bersaiz 22ml dengan harga RM242 (WM) dan RM250 (EM) dan di semua pusat AsterSpring dan Dermalogica bermula daripada bulan Oktober 2012.


Aku baru je cuba pakai pagi tadi, tengoklah hasilnya jeng jeng jeng. So far takde sangat nampak berminyak muka aku.  Tengahari ni pun still ok lagi.

Mehlah cuba ek!




Monday, October 1, 2012

Freeze 2 Magical Show @Genting Highland Resort


Hi Korang,

Aku memang teringin sangat nak tengok show Freeze 2 Magical Show ni. Tengok trailer kat youtube nampak cam best sangat.


Freeze 2 show ini merupakan acara akrobatik daripada magicians yang bertaraf dunia di samping barisan penari-penari professional yang akan mempersembahkan acara yang begitu menakjubkan yang akan membuatkan jantung korang berdegup pantas.

Waktu Pertunjukkan dan Lokasi

Every night from the 19th September 2012 onwards.
Time: 9.00 PM
Venue: Genting International showroom.

Sila rujuk kepada RWG website dengan klik kat link ni ye http://www.rwgenting.com/en/entertainment/2012/freeze2/darkday.htm

Harga Tiket

Starting at RM55.00 for adults and RM30.00 for children
GWC members will also receive a special discount. Tickets starting at RM41.00

VIP tickets are also available.

Reservation Hotline: 03-2718 1118

Sila rujuk kepada RWG website dengan klik kat link ni ye http://www.rwgenting.com/en/entertainment/2012/freeze2/ticket.htm

Room Package deals

For the limited period starting 19th September to 31st December 2012, Resorts world Genting is offering amazing room packages. This includes a one night stay for two people with a buffet breakfast at the delicious coffee terrace. This amazing deal starting at RM290.00 Nett.

Sila rujuk kepada RWG website dengan klik kat link ni ye http://www.rwgenting.com/en/entertainment/2012/freeze2/roompack.htm

Jom ek!