Wednesday, September 26, 2012

Lori Bawa Biskut OREO Yang Comel


Hi Korang,

Wordless Wednesday for this week


Comel kan. Cute je

Rasa cam nak beli bebanyak dan buat GIVEAWAY.

Korang nak tak kalau aku buat giveaway hadiaH ni ? Baik cepat komen ye..


Tuesday, September 25, 2012

Makan SAMURAI BEEF BURGER Sebab Nak Ikut Trend


Hi Korang,

Apa menda plak mengarut ni, makan SAMURAI BEEF Burger ikut trend plak kan? Abis dah semua orang kecoh kat facebook, blog, twitter, instagram pasal burger limited edition dari Mc Donalds ni, tak ikut trend namanya.


Kang kalau tak rasa lagi, kena perli kedekut plak khakhakahka

So last Friday hari tuh, aku purposely tak nak masak. Tapi mintak permission dulu dengan tokeh bank kang tak pasal2 dia mengamuk plak coz angkat tudung saji tak de makanan kan. Kang bermuay thai plak aku dengan dia. Tak gitu?

Ktorg kuar dalam kul 10pm camtu coz mesti dah tak ramai orang yelah Mc Value Meal time dah abis. Sesampai je kat Mc Donald Bangi ni mak datuk beratur bukan main panjang lagi. Dahlah panjang berbaris-baris plak tu. Turn aku beratur almost sampai ke pintu dah. Gila lah orang Bangi ni.


Mr Big cakap, pi kat outlet satu lagi kat area WARTA tu lah. Nasib baik situ tak ramai orang. Aku no. 2 beratur dari kaunter. Order lah burger yang ikut trend tu. Single patty untuk aku dan double patty untuk dia hey !. Tengok saiz perutlah ye.

Double patty- Samurai Beef Burger

Single patty- Samurai Beef Burger

Ok amik-amik gambo dulu SAMURAI BEEF BURGER ni. Post kat FB, Twitter, Instagram biar semua orang tau yang aku ni ikut trend. So tak leh nak perlekehkan aku lagi khakahkahakhakhakahka (gelak kuat tak henggat)



Dekat 10 minit pose dengan burger ni, baru leh makan. Nasib baik laki mak tu sabo dan paham dengan perangai bini blogger dia ni. Hah ko gigitan yang pertama, aduiyai sos teriyakinya langsung tak pedas, sesuai dengan tekak, sangat sedap dan banyak melimpah ruah. Di gandingkan lagi dengan air fruzz ke frezz yang best tu, mana taknya ribena + 7 up sedaplah kan dan jugak French fries perisa curry katsu tu amboi tak terkata sungguh lah.

Ktorg duduk kat Mc Donald tu sejam lebih gaklah, seronok memerhatikan orang yang makan burger ikut trend ni. Majoriti semua mencuba burger baru ni.


Eh, korang pun kena cuba gak tau barulah ikut trend dan up to date. Tak delah mahal mana pun. Ktorg makan berdua hari tuh cuma RM33.50 (large size, 1 single, 1 double patty).


Salah satu yang terbaik dari Mc Donalds.

Cuma nak komen sket, bila dah malam tu bila lah staff ramai sket. Cian aku tengok Mc D branch Bangi kat sebelah PKNS tuh. Staff kat kaunter 2 orang je, mana tak lambat kan.

p/s : Agak-agak model tak bertauliah aku tu, Mc D nak amik berlakon iklan tak?ehheehe 


Rezeki Harus Di Kongsi Bersama

Hi Korang,

Kita dalam dunia ni, kalau sket-sket nak berkira memang tak kemana lah kan. Apa salahnya berkongsi rezeki pada mereka yan memerlukan. 

Aku pun cam tu gak. Kalau ada rezeki lebih aku kongsilah dengan korang yang kaki lepak kat blog aku kan. Walaupun tak banyak but still aku nak beri gak. Nanti ada giveaway yang aku nak buat, korang join ye..


Cam dia ni gak la, aku rasa dia ni lebih memerlukan. So aku bagi apa yang dia perlukan iaitu makanan.


Hopefully aku dan dia sesama murah rezeki hendaknya. Dahlah kucing comel ni tengah bunting. Cian plak aku tengok kan.

Itu je..