Thursday, September 13, 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Sinar Cahayaku Garnier Bersama Selebriti Malaysia

Hi Korang,

Last week, aku ada hebah-hebahkan menda ni kat FB siapa yang nak pergi ke majlis ni. Ermm hampeh tak ramai pun nak join coz ramai yang cakap makan-makan je tak naklah pi.  Aku ok je lah. Tapi bila tengok gambar aku dengan Lisa Surihari tu, memasing sibuk bising2 cakap kenapa tak ajak? Ishk aku debik kang baru tau ishkk..


Sudah, meh baca je citer aku yang best ni tau.



Jumaat lepas bertempat di PJ Hilton Hotel, pihak Garnier telah mengadakan aktiviti amal menerusi program Sinar Cahayaku dengan sambutan raya yang cukup meriah dan menyentuh hati. Acara yang di hadiri lebih daripada 50 orang anak yatim, turut dimeriahkan oleh para peminat dari laman Facebook Garnier serta beberapa orang selebriti termasuklah duta Garnier, Lisa Surihani, penyanyi dan usahawan Heliza Helmi serta pelakon dan hos TV Irma Hasmie.


Sinar Cahayaku di mulakan oleh Garnier pada bulan Januari tahun ini dengan matlamat untuk memberikan hubungan persahabatan dan adik-beradik, sokongan dan nasihat bagi anak yatim perempuan ketika mereka meningkat dewasa. 3 buah rumah anak yatim telah dipilih untuk menyertai program ini iaitu Rumah Amal Limpahan Kasih, Rumah Anak-anak Yatim Asrama Damai dan Rumah Amal Siraman Kasih.


‘Kepercayaan Garnier dalam menjaga orang disekeliling serta persekitaran anda turut di realisasikan melalui program Sinar Cahayaku, di mana jenama ini memainkan peranan sebagai ‘kakak’ untuk menawarkan galakan, keprihatinan dan persahabatan bagi anak-anak yatim perempuan di rumah-rumah terpilih’ kata Low Chooi Hoon, Pengurus Besar bagi Bahagian Produk Pengguna L’Oreal Malaysia.


Lisa Surihani yang mengetuai usaha meningkatkan kesedaran bagi program bermakna ini melalui video dalam talian merupakan kakak angkat pertama yang melawat rumah-rumah anak yatim bagi program Sinar Cahayaku sebelum ini.


Heliza Helmi pula berkongsi bagaimana dia telah menetapkan objektif pada setiap tahap berbeza dalam hidupnya menerusi ceramah motivasinya yang kini telah membantunya mencapai impian untuk menjadi penyanyi dan usahawan.


Irma Hasmie, sangat mengemari sesi bergembira dan berinteraksi bersama adik angkat, meluahkan rasa gembiranya di jemput Garnier untuk melawat rumah-rumah terpilih tersebut.





Sebagai sebahagian daripada program ini, Garnier telah pun menyediakan sumbangan kewangan kepada ketiga-tiga rumah anak yatim yang dipilih. Setelah bengkel di akhiri, Garnier secara rasminya memberikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 bagi setiap rumah tersebut.






Sambutan Raya Garnier ini diakhiri dengan hidangan yang lazat bersama selebriti dan adik-adik tersebut. Para selebriti juga menyampaikan hadiah raya kepada setiap adik-adik yang hadir sambil mengucapkan Selamat Hari Raya dan saling bersalaman.

Hah, begitulah citernya. Simple dan straight forward. Nak bagi korang paham apa di sebalik program Sinar Cahayaku dari Garnier ni.

So kalau ada lagi event sebegini, korang nak ikut tak? Haruslah nak kan. Jangan jadi bodoh sombong ye. Akhkahkhk




Pagi Ini Jom BlogWalking

Hi Korang,

Pagi ni senyap sunyi je kat opis nie sebab semua orang-orang beso ada adhoc meeting. Tinggal aku dan beberapa budak design kat department sebelah.


So apa lagi jom blowalking ke blog-blog orang. Aku ada 71 blog yang nak di lawat dari segmen mak dara  yang hari tu aku join.

Korang pun kalau nak suruh aku singgah kat blog korang, tinggalkan link kat komen ye

.......


Wednesday, September 12, 2012

I Need A Break!


Hi Korang,

Lepas-lepas raya ni dah mula timbul rasa stress plak.

Yelah dengan kerja yang menimbum2 tak abis, dengan event yang melambak tak sempat nak pi, dengan sedara-mara sibuk nak kawin,dengan open house yang kalau tak datang tuan rumah merajuk plak kan.

Memang tak de masa nak berehat.

Sampai Mr Big cakap,kita ni dah macam setiap hari keje tak lekat kat umah. Cari duit macam nak rak tapi tak kaya-kaya jugak. Aduiyai pedih hatiku bagai dirobek-robek dibuatnya.

So sempena cuti 3 hari Hari Malaysia yang jatuh pada weekend ni rasanya nak pi berehat sebentar lah. Mr Big cakap pi yang dekat-dekat jelah. Aku plak nak cari tempat yang ada laut so haruslah tepi pantai kan.

Rasa-rasa tempat dalam gambo ni best tak?



Itulah aku pun rasa best jugak, sebab airnya biru boleh aku tangkap ikan pakai tangan je kan. Tak kisah lah sunburn ke apa kan yang penting ada laut.

Tak taulah tempat ni dah fully book untuk weekend nie, but Mr Big yang arrange semuanya. Maklumlah dia kan tokey so kasi dia bayar semuanya hkahakhakahkaha

Aku cuma perhabiskan duit dia hehehehhehehe..

Korang nak kemana cuti Hari Malaysia ni nanti? Dah plan ke belum ek..

Bestnya laut..