Saturday, September 8, 2012
Friday, September 7, 2012
Samsung Galaxy Note 10.1 Official Media Launch
Hi Korang,
Dapat lagi jemputan ke media launch gadget ni. Kali ni Samsung menjemput ke Majlis Pelancaran Samsung Galaxy Note 10.1 secara rasminya di Malaysia.
Majlis pelancaran berlangsung di KL Pac Sentul Park. Best oo tempat ni, tenang dan nyaman je.
Sekali lagi Samsung memperkenalkan tablet terbaru mereka Samsung Galaxy Note 10.1 ini yang di cipta khas untuk mereka yang mementingkan kreativiti dan produktiviti dengan menyediakan screen bersaiz 10.1” dan juga stylus yang dikenali dengan S Pen.
Memetik sedikit ucapan dari En Kwon Jae Hoon, Managing Director, Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd semasa majlis berlangsung.
“The fast-paced nature of today's lifestyle demands the utmost efficiency and ingenuity in people to juggle various hats successfully. The GALAXY Note 10.1 is specifically designed to meet this specific need, offering people an enhanced mobile experience for creating personalized and expressive content,”
“An extension of the GALAXY Note category, the new GALAXY Note 10.1 allows for immediate capture of ideas and their realization through sketching; thereby facilitating people's most natural way to be productive and creative. Built with advanced technology and enhanced features, this intuitive slate lends the power to produce, create and customize content seamlessly,” added Kwon.
Menarik bukan?
Dengan Multiscreen feature, rasanya pengguna boleh menggunakan 2 applikasi secara bersebelahan di dalam satu screen yang sama seperti sambil melayari video, pengguna boleh mengambil nota atau melakukan sketch sekali gus tanpa ada gangguan.
Penggunaan S Pen juga dapat membolehkan pengguna membuat kerja-kerja editing dengan mudah dan lebih cepat lagi.
Serba sedikit specification Samsung Galaxy Note 10.1 ni
· Processor: 1.4GHz Quad Core Processor
· Memory: 16GB user memory + 2GB RAM, storage expand up to 64GB with microSD
· OS: Google Android 4.0 Ice Cream Sandwich (upgradeable to Android 4.1 Jelly Bean)
· Display: 10.1-inch 1280x800 WXGA LCD
· Rear Camera: 5-megapixel auto focus camera with LED flash
· Front Camera: 1.9-megapixel VT camera
· Battery: 7000mAh, Li-ion
· Dimensions: 262 x 180 x 8.9mm
· Weight: 600g (3G)
Samsung Galaxy Note 10.1 ini boleh di dapati melalui pengedar rasmi Samsung seluruh Negara dengan harga RM2199 dan juga boleh didapati di Syarikat Telco seperti Celcom, Maxis, Digi dan U Mobile dengan pakej pelan data yang berpatutan.
Untuk maklumat lebih lanjut lagi mengenai Samsung Galaxy Note 10.1 ini, boleh layari www.samsung.com/my atau boleh ke Samsung Mobile Malaysia Facebook page di http://www.facebook.com/ samsungmobilemalaysia
Memang besar dan sedap dipegang ooo tablet nie..
34 Is Just A Number, Happy Birthday Cik Lily Putih
Hi Korang,
Genap 34 tahun aku diizinkan bernafas di muka bumi ini semalam 6th Sept.
Ye aku sendiri pun hampir terlupa di buatnya. Sambil aku menyusun schedule event/ kerja/ advertorial untuk bulan ni, tup-tup Mr Big tegur 'Ai 6hb pun ada event ke, tak kan tak ingat hari apa kan?' Termangu aku sekejap depan buku planner ni dekat 10 minit sambil duk memikirkannya.
Until Mr Big suruh aku keluarkan IC dari purse dan tunjukkan kat aku then baru aku teringat kan. Ishk Melayu Memang Mudah Lupa lah. Lately ni penyakit lupa dah mula melekat sejak awal 30 an lagi dan aku rasa akan terus menular kalau aku lambat bertindak
Thank you Don
Ermm ada apa dengan 34?
Bagi aku ianya sekadar nombor yang akan berubah setiap tahun. Lifestyle tetap sama lagi, walaupun aku ni nampak cam gila-gila but I learn a lot with people around me this entire life. Mana yang elok aku ambil jadikan pedoman dan yang mana buruk aku tinggalkan sebab benda-benda begini mematangkan diri aku lagi.
Birthday Celebration?
Tak sempat pun nak buat dek sebab sibuk kan but next weeknya plan pi honeymoon untuk yang keberapa kali pun aku tak ingat dah
Harapan tahun ni?
Hopefully apa yang di citakan sejak dari dulu lagi akan tercapai tak kira dari apa jua segi pun. Baik bab kerja, blogging mahupun keluarga. Aku dah start dengar orang cakap yang aku ni mandul tak boleh beranak kan yang mana datangnya dari mulut orang yang paling respect sekali. Memang tak sangka betul, tapi apakan daya aku cuba boleh bersabar, bersabar dan bersabar.
Kepada 142 orang kengkawan yang masih mengingati hari lahir aku ini di ucapkan terima kasih berbanyak di atas tanda ingatan korang semua. Segala ucapan dan doa-doa diharapkan dapat memberi rahmat kepada aku hendaknya.
I love you korang...
CLP notes : Amat susah menulis mengenai perasaan, emosi akan turut terganggu...