Thursday, September 6, 2012

Seronoknya Bercuti Di Genting Highlands Lagi

Hi Korang,

Hari tuh aku dah cerita pasal memacam aktiviti boleh dibuat ketika bercuti di Genting Highlands, boleh refer kat ENTRY ni ye. Now aku nak sambung lagi apa lagi yang seronok dibuat di atas puncak Genting ni.

Sabo jap, nak perah idea ni



Selain dari berjimba kat Outdoor dan Indoor Theme Park, ada gak aktiviti lain yang korang boleh buat seperti main salji di The New Snow World, cuba terapung badan di Sky Venture, terbang macam Superman di Flying Coaster, main bowling, archery, tengok show Ripley’s Believe It Or Not!, main video game, lepak kat Q-Center dan Cyberworld.


Banyak kan, ermm tak puas lagi dengan apa yang ada. Ishk korang ni memang tau.


Boleh try naik cable car ke kaki bukit Genting. Best ooo, perjalanannya not bad boleh tengok seluruh Genting Highlands dari dalam cable car ni. Bila dah turun bawah tuh, boleh ke Strawberry Farm, Orchid Farm dan Mushroom Farm di Awana. Semuanya terletak satu tempat so senang sket nak berjalan kan.


Dah penat-penat tu, boleh lah berehat sebentar di Swee Cave Temple. Salah satu tempat yang dapat merehatkan minda dari segala kekusutan. Sejuk dan nyaman je bila berada di sini.

Macam mana? Syiok kan

Itulah aku pun memula ingatkan kat atas puncak tu ada pelbagai aktiviti rupanya kat bawah ni best gak. Rasanya kalau ade weekends yang free boleh jugak aku ke Genting Highlands untuk berehat di hujung minggu.

So korang pun dah boleh start plan untuk pi bercuti bawak anak-anak ni kan. Senang bila dah plan, nak save budget pun tak susah.


Aku maybe nak main Spinner, Solero Shoot dan Corksrew lah, sesaje nak tengok jantung aku ni still kuat lagi ke tidak ek.

Segalanya ada di Genting Highlands..

Pics : Credit to Google

Wednesday, September 5, 2012

Pizza Hut Red Carpet Party

Hi Korang,

Setelah 2-3 kali fill up form kat fanpages Pizza Hut ni, dapat jugak akhirnya aku di jemputkan. 


Kali ni Red Carpet Party ni di adakan kat Pizza Hut Kota Damansara. Jauh gak but dari opis tak delah jem lah so cepat gak lah aku sampai kan.




Disebabkan Mr Big tak sempat nak pi, jawabnya aku keseorangan malam tuh. Nasib baik ada geng2 blogger yang kenal dan baru kenal duk sekali so tak delah rasa kekok sangat kan.



Ada 3-4 games yang diorg dah sediakan untuk ktorg ni main dan menang hadiah, but aku tak leh nak join coz tak de partner jadi duk melayan je orang-orang ni memain lah.


Sambil nak tunggu dinner, ada macam trivia yang telah disediakan. Jawapan leh refer kat FB PizzaHut. Nasib baik ada smartphone ni, banyak gak menolong aku menjawab soalan sampai DJ Arnold tu tak kasi aku jawab lagi kan. Hehehehhehehe

Ok dinner is served!


Memang banyak pilihan pizza yang sedap dan lazat but aku tak boleh nak makan banyaklah, maybe penangan PB kot. Aku cuma dapat makan 1 ½ keping Pizza je dan sket spageti. Aduhai sedih rasanya plak. Tapi tak perlah janji dapat rasa Super Pan Pizza tu sudahlah.


Sambil makan tu ada Magic Show dari Edison Lee. Muda je orangnya tak sangka plak magician.  Serious walaupun aku duk depan tapi aku still cam tak caya camner dia boleh buat magic tu kan. Hebatlah. 


Ada juga demostrasi cam buat air sedap yang ada kat Pizza Hut ni, rupanya diorg ada pakai special bahan yang di namakan MONIN. Memang sedap oo dapat juga aku merasa kat situ gak.


Ok jawab soalan lagi, kali aku boleh jawab satu je sebab before that aku dah jawab banyak kan. So bantulah bebudak ni bagi jawapan. Tergelak-gelak dibuat nasib baik ada Wave3 ni, kalau tak hancur hati dibuatnya kan.


Prize giving ceremony untuk yang menang main game tadi. Yana Yassin ade menang satu, yang banyak ShilaAzizi, dia dengan lakinya sapu semua khakahkahakak jeles wokeh. Takperlah janji aku ada menang voucher gak kan.


Anyway Red Carpet Party ni memang cukup meriah dan best. Makanannya walaupun simple tapi sedap ooo. Kalau ade jemputan sebegini lagi rasanya nak pi lagi lah. Dapat berkenalan dengan kengkawan baru tu yang lagi awesome!

CLP notes : Tak banyak amik gambo pun coz malas sangatlah time tuh.


WW - Warna Warni Yang Menarik

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week


Mesti korang suka kan sebab boleh di makan.