Tuesday, September 4, 2012

Ada TV Commercial Video Shooting Lagi

Hi Korang,

Sejak muka aku tak seberape cun tapi comel ni masuk TVC, ada plak yang sudi ajak lagi buat video commercial featuring aku kan. Khakahkaha statement tak agak-agak kan. Ko ingat aku ni Rozita Che Wan ke? Jangan nak perasan CLP oit..


Lagi sekali Samsung nak pakai muka aku ni untuk iklan Samsung Tablet diorang yang terbaru. So bergegasla my agent (Nuffies) tepon aku sehari sebelum shooting kan.


Lokasi shooting kat Jalan Yap Ah Shak je, area bawah tu tepi jalan. Kononnya nak dapat feedback mengenai tablet terbaru dari Samsung ni. Ada simple skrip yang nak kena go thru. Tak yah nak hafal pun, cuma kena ingat a few points je. Nasib baik videographer tu aku dah kenal so tak delah rasa kekok sangat depan camera.


Bukan aku sorang jelah, ada lagi blogger lain cam Rawlins dan Submerryn. Duk bertapa lah ktorg kat bawah ni. Seronok gak tengok sorang demi sorang kena interview, bukan apa boleh tengok ekspressi muka kan.


Tak sangka plak abis shooting ktorg dapat habuan ni. Aku siap dapat 2 lagi. Ingatkan pi suka2 je rupanya dapat upah sekali kan. Cam nielah baru bestkan, terus bersemangat nak buat TVC lagi.


Dah berpenat lelah selama 1 jam duk kat tepi jalan ni, ktorg naik atas lepak kat opis Nuffnang kejap. Pi mengacau Nuffies kan sambil duk gossip2 hehehehe


Anyway thanks to Nuffnang dan Samsung for this special opportunity, hopefully ada lagi project sebegini kan. Bertambah glamour plak aku pas ni.

CLP notes : Ingat orang cun je ke boleh masuk TV, mak pun boleh nokss..


Seronoknya Bercuti Di Genting Highlands

Hi Korang,

Rasanya time cuti-cuti ni tak bawa family berjalan tak syok gak kan. Bukan apa, kesian kat anak-anak tu. Dah berhempas pulas belajar siang malam menimba ilmu diorg pun nak juga break time.

Apa kata korang ke Genting Highlands?

Dahlah dekat, boleh balik hari nak tidur sana pun boleh. Memacam boleh buat kat atas puncak Genting ni.


Di antaranya ialah :

Mesti Tengok

Genting International  Magic Festival 2012

Persembahan yang extremely thrilled dari magicians ternama yang telah memenangi 8 anugerah Superstars of Magic 2 yang bermula dari 18 Ogos hingga Semptember untuk merasai persembahan hebat ini.




Mesti Makan

Bubbles and Bites

Merupakan restoran terbaru di Genting Highlands yang menghidangkan pelbagai jenis western dish yang begitu menyelerakan.


Mesti Makan

Genting Mooncakes

Festival Kuih Bulan merupakan acara yang boleh mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara keluarga dan sahabat handai. Jangan lupa bawa pulang kuih bulan yang pelbagai perisa untuk dinikmati bersama.


Mesti Cuba

Taman Tema Genting

Terdapat pelbagai keseronokan yang patut korang rasai samaada di Outdoor Theme Park dan juga Indoor Theme Park. Sesuai untuk seisi keluarga






So macam mana? Rasa teruja kan.

Korang memanglah tidak but anak-anak mesti dah terkinja-kinja kan bila dengar nak ke sini. Apalagi time cuti sekolah nanti bawalah mereka yang tersayang ni bercuti ye.

At least release sket tension bebudak ni kan.


Aku?

Memang suka ke sini, mencuba segala jenis mak neka permainan yang ada especially Solero Shoot, sangat menguji kekuatan jantung tau.

Ada banyak lagi benda yang kita boleh buat di Genting Highlands ni. Nanti aku cerita lagi di entry berikutnya ye.


Monday, September 3, 2012

Bukan Makan Ketam @ William’s Crab Restaurant Mines

Hi Korang,

Tak semestinya bila pi restoran seafood macam William’s Crab ni kena makan seafood kan. Ada juga pilihan makan yang simple dan cepat.Macam nasi goreng, mee goreng, apa-apa yang bergoreng lah.


Restoran ni memang betul-betul sebelah office kat area Safari ni. Sebab malas nak jalan jauh dan aku ni kan puteri lilin, so ktorg pi lah makan lunch kat sini.


Pergi plak time lunch, mesti nak makan something yang dapat di munch within 1 hour kan. Jadi say no to Seafood dish lah ye. 



Bolehlah enjoy view kat sini, sementara nak tunggu makanan sampai kan. Ada ikan banyak kat dalam tasik ni.

Aku pilih very light dish iaitu

 Cantonese Kuay Teow

Memang sedap. Isi ayam pun banyak. Udang ada 2-3 ekor lagi. Sotong pun beso-beso, kuah pun pekat. Harga plak RM6 je sepinggan. Kalau aku makan nasi campur pun, harga lebih kurang gak.


Kemudian di tambah plak dengan Chinese Tea yang FREE je, tak payah bayar pun.


Memang banyak pilihan makanan kat sini, semuanya nampak menyelerakan. Nantilah aku paksa Mr Big belanja aku makan kat sini. Nak makan ketam banyak-banyak..

Eh, mana boleh lagi makan banyak-banyak, gemuk oooo..