Tuesday, September 4, 2012

Seronoknya Bercuti Di Genting Highlands

Hi Korang,

Rasanya time cuti-cuti ni tak bawa family berjalan tak syok gak kan. Bukan apa, kesian kat anak-anak tu. Dah berhempas pulas belajar siang malam menimba ilmu diorg pun nak juga break time.

Apa kata korang ke Genting Highlands?

Dahlah dekat, boleh balik hari nak tidur sana pun boleh. Memacam boleh buat kat atas puncak Genting ni.


Di antaranya ialah :

Mesti Tengok

Genting International  Magic Festival 2012

Persembahan yang extremely thrilled dari magicians ternama yang telah memenangi 8 anugerah Superstars of Magic 2 yang bermula dari 18 Ogos hingga Semptember untuk merasai persembahan hebat ini.




Mesti Makan

Bubbles and Bites

Merupakan restoran terbaru di Genting Highlands yang menghidangkan pelbagai jenis western dish yang begitu menyelerakan.


Mesti Makan

Genting Mooncakes

Festival Kuih Bulan merupakan acara yang boleh mengeratkan lagi tali persaudaraan di antara keluarga dan sahabat handai. Jangan lupa bawa pulang kuih bulan yang pelbagai perisa untuk dinikmati bersama.


Mesti Cuba

Taman Tema Genting

Terdapat pelbagai keseronokan yang patut korang rasai samaada di Outdoor Theme Park dan juga Indoor Theme Park. Sesuai untuk seisi keluarga






So macam mana? Rasa teruja kan.

Korang memanglah tidak but anak-anak mesti dah terkinja-kinja kan bila dengar nak ke sini. Apalagi time cuti sekolah nanti bawalah mereka yang tersayang ni bercuti ye.

At least release sket tension bebudak ni kan.


Aku?

Memang suka ke sini, mencuba segala jenis mak neka permainan yang ada especially Solero Shoot, sangat menguji kekuatan jantung tau.

Ada banyak lagi benda yang kita boleh buat di Genting Highlands ni. Nanti aku cerita lagi di entry berikutnya ye.


Monday, September 3, 2012

Bukan Makan Ketam @ William’s Crab Restaurant Mines

Hi Korang,

Tak semestinya bila pi restoran seafood macam William’s Crab ni kena makan seafood kan. Ada juga pilihan makan yang simple dan cepat.Macam nasi goreng, mee goreng, apa-apa yang bergoreng lah.


Restoran ni memang betul-betul sebelah office kat area Safari ni. Sebab malas nak jalan jauh dan aku ni kan puteri lilin, so ktorg pi lah makan lunch kat sini.


Pergi plak time lunch, mesti nak makan something yang dapat di munch within 1 hour kan. Jadi say no to Seafood dish lah ye. 



Bolehlah enjoy view kat sini, sementara nak tunggu makanan sampai kan. Ada ikan banyak kat dalam tasik ni.

Aku pilih very light dish iaitu

 Cantonese Kuay Teow

Memang sedap. Isi ayam pun banyak. Udang ada 2-3 ekor lagi. Sotong pun beso-beso, kuah pun pekat. Harga plak RM6 je sepinggan. Kalau aku makan nasi campur pun, harga lebih kurang gak.


Kemudian di tambah plak dengan Chinese Tea yang FREE je, tak payah bayar pun.


Memang banyak pilihan makanan kat sini, semuanya nampak menyelerakan. Nantilah aku paksa Mr Big belanja aku makan kat sini. Nak makan ketam banyak-banyak..

Eh, mana boleh lagi makan banyak-banyak, gemuk oooo..



Goodies Bag Yang Meriah

Hi Korang,

Time-time cuti panjang memang aku busy tak menentu. Ade je plan or outing yang dah di rancang. So weekend lepas ni, ktorg ada majlis kenduri kahwin, cousin sebelah Mr Big kawin dengan orang Indonesia + Jawa + Minang.

Hah ko dah terlalu banyak campurannya sampai ktorg tak sure husbandnya tu orang bangsa ape. Alah tak perla janji 1 Malaysia kan.

So ktorg bertandang ke sebelah lelaki tghari tadi di Bangi Lama. Makanan memang sedap. Walaupun lauk-lauk kampung tapi terbuka selera makan sampai bertambah lauk 2 kali tau.

Ini plak goodies bag yang ktorg dapat.

Official Goodies Bag, memacam ada dalam ni

Bunga telur masin, boleh menambah sedap masa makan malam kan

Yes, ini yang terbaik.Memang banyak ktorg dapat sebab table buffet candilicious ni dekat dengan table ktorg la.



Hah best giler kan. Macam-macam hado. Semuanya akan menambah berat badan aku kan. 

Terima kasih kat tuan rumah ye..